Alhamadulillah... Tanggal 4 Disember 2015 akhirnya dapat juga kaki ini menjejakkan kaki di bumi Bali. Boleh dikatakan Bali nie merupakan salah satu tempat sentiasa ada dalam senarai tempat-tempat yang ingin dilawati.
Penerbangan arini pada jam 9.30 pagi. Jadinya aku dengan en. suami dah plan nak breakfast di KLIA2 jer. Seperti biasa awal pagi lagi dah sampai di Stesen ERL Salak Tinggi. Tempat biasa parking keter RM2/per day. Tiket dari Stesen ERL Salak ke KLIA2 adalah rm3.20/person. Jadinya:
Total Parking keter 4 hari : RM2 x 4 = RM8
Total Tiket ERL sehala : RM3.20 x 2 = RM 6.40
Total = RM 20.80
Lebih menjimatkan jika dibandingkan dengan park kereta di KLIA2. Untuk kadar bayaran dan jadual perjalanan ERL anda boleh klik DI SINI
Sesampai di KLIA 2 aku dan en suami terus melepasi pintu Imigresen dan seterusnya perut dah lapar.hihihi... terus cari tempat untuk breakfast. Lepak2...minum2 kopi dulu...lepas tu baru ler terus melepasi kastam dan terus menuju ke pintu Q7 dimana penerbangan kami akan berlepas dari situ. Perjalanan lancar dan tepat waktu. Maknanya xder delay la yer.
Penerbangan kali ini mengambil masa lebih kurang 3jam. Penerbangan ini dijangka tiba di Denpasar jam 12.30tgh ari. Agak enjoy jugak dalam penerbangan ini sbb krew penerbangan dan kapten yang sporting. Siap diorang dendangkan beberapa lagu untuk hiburkan kami diiringi dengan petikan gitar. Korang memang terbaik la.
Jam 12.30tgh ari kami selamat tiba di Denpasar, Bali. Kagum dengan lapangan terbangnya yang besar dan selesa. Sangat-Sangat berbeza dengan lapangan terbang di Bandung. Bapak-Bapak Imigrasi pun tersenyum jer menyambut kedatangan tetamu.
Lepas jer dari Imigrasi, korang kena serahkan borang perakuan kastam yang perlu diisi ketika dalam penerbangan lagi..kalau xder pen boleh isi ketika di lapangan terbang sebelum melepasi pintu kastam. Semuanya lancar...
Jangan terkejut yer...Inilah permandangan yang akan anda hadap kalau anda berkunjung ke Bali. Sila teliti dan perhatikan nama anda betul-betul. Jika anda terlepas pandang nama anda, jangan risau anda bleh terus menuju ke kaunter informasi dan mintak diorg announcekan nama anda dan nama pak supir anda. Jika Pak supir ada di situ pasti dia akan terus datang kepada anda di kaunter informasi tu.
Kagum sebenarnya melihat keunikan senibina di Bali ini. elemen moden yang tetap diserapkan dengan elemen-elemen traditional dan ukiran-ukiran. Tak percaya anda tengok la sendiri gambar2 ini.
Berakhir cerita tetantang pernerbangan aku dan en. suami. Next entry jangan ketinggalan yer. akan aku ceritakan satu persatu tempat-tempat yang kami lawati. sesungguhnya sangat rugi untuk aku tinggalkan segala memori di Bali. Tunggu....
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment