Kalau gambar-gambar candid nie semua by Alif yer |
Untuk masuk ke Uluwatu ini anda perlu membeli tiket dengan kadar bayaran IDR15,000/person. Sebelum masuk anda akan diminta untuk memakai kain ikat pinggang berwarna kuning. Bagi mereka yang memakai suar pendek, mereka dikehendaki memakai kain berwarna ungu.
Tips semasa di Uluwatu ini adalah:
- Sila bawa bekalan air yang mencukupi kerana anda pasti akan terasa dahaga kerana perjalanan anda di tepian bukit itu agak panjang dan seandainya anda hendak terus menonton Tarian Kecak maka lebih lama anda akan berada di situ. Pastikan bekalan air mencukupi dan air ini di simpan didalam beg kerana....rujuk tips kedua.
- Sila pastikan anda tidak memegang makanan di tangan. Semuanya perlu disimpan di dalam bag kerana di sini terdapat banyak monyet yang akan tertarik dan meragut bekalan makanan anda. Bukan makanan jer tau, cermin mata dan sunglases pun turut menjadi perhatian monyet-monyet di Uluwatu ini. Jadi berhati-hati la yer.
Sesungguhnya indahnya ciptaan Allah... Sangat-sangat mengujakan aku yang pertama kali sampi disini. Dengan permandangan yang indah, deruan angin yang mempersonakan. Senang citer, selalu aku tengok view camnie kat tv-tv HD yang dok display kat kedai-kedai elektrik tu. Tapi kali ini aku dapat tengok live. Rasa cam tak percaya jer...
Setelah puas menikmati keindahan alam ini, kami pun berjalan menuju ke tempat tarian kecak. Namun sepanjang perjalanan itu, dalam hati aku tak henti-henti aku bersyukur kerana berpeluang menikmati keindahan ini. SubhanAllah...
Aksi poyo tak menahan.ahaha... |
Untuk anda yang mempunyai plan untuk menonton tarian kecak, anda dinasihatkan untuk sampai di Uluwatu ini sebelum jam 6 petang. Ini kerana show untuk tarian kecak ini bermula jam 6.00petang. Bayaran yang dikenakan untuk anda yang ingin menonton tarian kecak ini adalah IDR100,000/person.
Penuh tempat nie dengan penonton. Bayangkan satu kepala IDR100,000 |
Keunikan tarian kecak ini adalah, ia merupakan pertunjukan tarian seni khas Bali yang lebih utama menceritakan mengenai Ramayana dan dimainkan terutama oleh lelaki. Tarian ini dipertunjukkan oleh 70 penari laki-laki yang duduk berbaris melingkar dan dengan irama tertentu menyerukan "cak" dan mengangkat kedua lengan dan menggambarkan kisah Ramayana saat barisan kera membantu Rama melawan Rahwana. Selain para penari itu, ada pula para penari lain yang memegang watak sebagai tokoh-tokoh Ramayana seperti Rama, Shinta, Rahwana, Hanoman, dan Sugriwa.
Anda akan dipertontonkan dengan tarian ini ketika matahari terbenam. Sungguh mempersonakan dan karakter-karektar yang dibawa oleh setiap watak dalam penceritaan itu juga cukup menjadi. Paling Win adalah watak monyet putih. Monyet ini akan berlari-lari ke tempat penonton dan bakal membuat anda tertawa.
Cantik sangat view masa nie |
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment