Lokasi seterusnya adalah mencari coffee...Kopi Luwak sememangnya terkenal di Bali ini. Kopi luwak ini adalah kopi yang diproses daripada najis musang. Namun harus diingatkan yang sebanyak 3 lapisan kopi di buang terlebih dahulu sebelum kopi-kopi ini diproded untuk dijadikan hidangan.
Sesampai sahaja aku dan en suami di Manik Abian, kami telah disambut dengan ramah sekali oleh pekerja di sini. Kami seterusnya di bawa melalui denai kecil yang bersih dan cantik. Di situ kami diperkenalkan dengan spesis-spesis pokok dan tumbuhan herba yang terdapat di situ. Antaranya adalah seperti vanilla, coco, serai, halia dan banyak lagi ler yang kebanyakkannya hampir sama dengan tumbuhan herba di Malaysia.
Di satu pondok kecil, dalam perjalanan kami dapat dilihat seorang pekerjanya sedang menyangai kopi yang telah dijemur kering. di situ jer diletakkan najis musang yang akan dijadikan kopi luwak. Anda juga berpeluang untuk menyangai, menumbuk dan mengayak kopi yang telah di tumbuk.
Inilah rupa najis musang tu |
Setelah penat berjalan kami di bawa ke pinggir bukit. Di sini kami ditunjukkan dengan permandangan ladang kopi milik mereka. Saujana mata memandang. Di sini juga didirikan pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat dan menikmati hidangan kopi yang bakal di hidangkan kepada anda. Sebanyak 7 pilihan coffee/tea yangakan dihidangkan kepada anda tanpa dikenakan bayaran. Namun sekiranya anda ingin mencuba kopi luwak, bayanaran yang dikenakan adalah IDR50,000/cup.
Setelah mencuba kesemua coffee/tea yang dihidangkan, boleh pula aku tertarik dengan ginseng coffee dan lemongrass tea. Apalagi, sebelum balik semestinya ler mereka membawa kami ke kedai jualan coffee/tea mereka dan terus mencari dedua pilihan tea n coffee yang aku dan en suami jatuh cinta tu. Harga untuk serbuk tea/coffee bagi 10bancuhan adalah IDR100,000. Boleh juga kalau ada yang belikan sebagai cenderamata yang mana pakagingnya adalah untuk bancuhan 3 cawan.
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment