Lebih kurang jam 9 pagi Alif sudah sedia menanti kami, untuk perjalanan hari ke 2 di Bali. Disebabkan aku dan en suami memilih untuk tidak menonton Barong Dance, jadinya Alif membawa kami pusing-pusing menaiki kereta melawti Pantai Sanur. Rugi pula rasanya x stop di Pantai Sanur. Jadinya tiada gambar di Pantai Sanur yer.
Pantai seterusnya Alif membawa kami ke Pantai Padang Galak. Pantai ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana pasir di pantai ini berwarna hitam, Turut kelihatan di pantai ini beberapa orang yang sedang berbaring di pantai dengan badan ditutupi dengan pasir pantai. Menurut Alif, itu adalah meruapakan salah satu cara perubatan dan mereka percaya yang pasir hitam itu dapat menyembuhkan penyakit.
Pasit hitam tepi pantai, ombak saling berkejaran... |
Untuk ke pantai ini, perlu membayar sebanyak IDR3000. Laluan ke pantai ini juga agak tidak terjaga. Di sepanjang laluan ke pantai ini terdapat satu kawasan taman tema air yang terbiar. Menurut Alif lagi, dahulunya taman tema ini sangat popular di Bali.
Sesampainya kami di pantai, agak mengujakan. keseluruhan pasir pantainya berwarna hitam. Walaupun panas tapi angin yang menghembus menjadikan suasana di situ tenang jer.
Dari pantai ini turut kelihatan satu-satunya bangunan hotel setinggi 10 tinggi. Bangunan hotel itu merupakn satu-satunya bangunan tinggi di Bali. Ini kerana, menurut kepercayaan masyarakat Bali, bangunan-bangunan yng di bina di Bali tidak boleh melebihi ketinggian 4 tinggi iaitu tidak melebihi ketinggian Pura mereka.
Hujung sekali tue ler hotel 10 tingkat tu.. |
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment