Wednesday, December 16, 2015

Pantai Padang-Padang, Bali

Seterusnya perjalanan aku dan en. suami untuk hari pertama ini adalah Pantai Padang-Padang. Menurut Alif, Padang-Padang dalam bahasa Jawa membawa maksud Terang-Terang. Apa yang terangnya di pantai ini yer. hihihi...Terang mata para lelaki sekalian. 


Sebelum masuk pantai, apa yang kena ader...semestinya pintu gerbang ukiran
Peringatan: Lokasi ini tidak sesuai untuk anda yang berkunjung bersama anak kecil. Kerana terang sangat permandangan ini. Banyak yang berjemur la senang cerita.

Pantai Padang-Padang ini juga merupakan salah satu lokasi penggambaran cerita Eat, Pray, Love lakonan Julia Roberts.


Untuk sampai ke pantai ini anda perlu melalui susuran kecil bertangga yang hanya muat untuk laluan seorang jer. Maksudnya laluan ini tidak boleh berselisih. Tak percaya...Tengok nie..
Jangan berebut-rebut yer...nanti tersepit kat lorong nie.
Btul tak... Memang muat-muat jer. Sampai jer di pantai memang ramai yang berjemur. Waktu itu plak memang tengah hari, memang sangat sesuai untuk pelancong-pelancong ini berjemur. Apa yang menariknya air di pantai ini sangat cantik dan kawasannya agak teduh berbanding Pantai Pandawa tadi. Aku dan en. suami sempat la bermain air dan menikmati keindahan pantainya.

Abaikan yang tengah berjemur tue yer...itu baru sikit, banyak lagi kat sini

Katanya  Eat, Pray, Love tue salah satu scenenya di batu ini ler
Sangat cantik pantai ini, lebih redup dan lebih relax

Sebelum balik, kita lalu lagi laluan sempit itu balik. Sebabnya, itulah satu-satunya laluan yang ada untuk ke pantai ini. Next destination Uluwatu, Bali.

Bye! Bye! Padang-Padang Beach
Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

No comments:

Post a Comment