Wednesday, December 16, 2015

Pantai Pandawa, Bali

Destinasi pertama kami untuk kali ini adalah Pantai Pandawa. Sebelum itu saya kenalkan dulu Pak Supir aku dan en.suami sepanjang tempoh kami berada di sana yer. Namanya Alif daripada YTOBaliTour. Nanti ader entry khas aku akan buat untuk menceritakan tentang pak supir dan YTOBali Tour yer.

Untuk memudahkan penceritaan aku selanjutnya nanti, aku letakkan dulu map untuk Pulau Bali, sambil cerita sambil tengok map...baru bleh nampak dengan jelas kedudukan tempat- tempat yang akan aku ceritakan yer.



Sesungguhnya, Bali ini mempunyai pantai-pantai yang sangat menarik. Pantai pertama yang aku lawati adalah Pantai Pandawa. Keunikkan pantai di sini adalah untuk sampai ke pantai ini bukit-bukit di tepi pantai itu telah di tarah untuk dijadikan laluan kereta. Menurut Alif, dahulunya kenderaan tidak boleh sampai hingga ke tepi pantai. Jadinya pengunjung-pengunjung perlu berjalan kaki. Namun sekarang untuk memudahkan pengunjung maka telah ditarah bukit2 di situ untuk dijadikan jalan bagi kenderaan.



Cantikkan pantai nie
Pasirnya sangat halus dan bersih
Setiap tempat yang dilawati pasti ada ukiran pintu gerbang
Dekat parking lot pun sempat bergambar lagi
Ketika aku tiba di pantai ini, memang waktu tengah ari. Memang panas terik tapi keterujaan dengan pantainya yang cantik mengatasi segalanya. Pengunjung-pengunjung yang lain pun sibuk membuat aktiviti pantai sendiri. Aktiviti aku dengan en. suami pula adalah bergambar.hihihi...so, layankan la yer. memang terasa rugi nak tinggalkan gambar-gambar yang sangat cantik. Itu baru pantai yang pertama. Senang cerita banyak lagi tempat-tempat menarik selepas ini yang akan saya update. Jangan ketinggalan ya...



Inilah bukit yang ditarah untuk dijadikan jalan seperti yang aku ceritakan tadi

Nota Tambahan : Setiap persimpangan di Bali ini pasti ader patung ukiran
Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

No comments:

Post a Comment