Mengakhiri perjalanan kami untuk hari pertama di Bali adalah Pantai Jimbaran. Setelah penat berkecak dance, aku dan en suami meneruskan perjalanan ke Pantai Jimbaran. Sebut sahaja Pantai Jimbaran apa yang terbayang adalah deretan restoran-restoran di persisiran pantai yang menawarkan pelbagai jenis juadah seafood.
Restoran pilihan kami adalah Jukung Bali Restoran. Restoran yang dirakemen oleh Alif. Bab makan di Bali ini harus berhati-hati sedikit. Perlu dititikberatakn skit bab status Halal sesuatu restoran. Di Jukung Bali Restoran ini, turun jer kereta anda dah akan nampak status Halal yang diiktiraf oleh majlis agama Indonesia terpapar di kedai ini.
Pilihan kami, adalah makan di meja-meja yang terletak di tepi pantai. Dengan desir ombak dan angin yang menderu. Candle light dinner yang sangat romantis.hihihi... Di sini disediakan makanan mengikut set-set yang telah disediakan. Disebabkan memang target nak makan lobster di Bali, maka pilihan kami set yang terdiri daripada:
- Grilled Fish (Red Snapper)
- Sotong Goreng Tepung
- Grilled Prawn
- Grilled mussel
- Grilled Lobster
- Kangkung Goreng
Dihadapan restoran menghadap pantai, kebanyakkan restoran-restoran menyediakan mini stage untuk persembahan tarian kebudayaan oleh penari-penari mereka. Selain daripada itu juga, keistimewaan lain restoran ini adalah akan ada kumpulan pemuzik yang akan bertandang ke meja anda dan mendendangkan lagu-lagu yang merdu. Anda boleh request lagu apa yang anda hendak atau mereka sendiri akan memilih lagu untuk kita. Lepas diorang nyanyikan untuk anda, jangan lah lupa pula nak bagi tip pada diorang yer. Kebiasaannya mereka akan menghulurkan topi pada anda untuk anda berikan tip pada mereka.
Mini stage tempat persembahan tarian kebudayaan Bali |
Kumpulan pemuzik yang akan mendendangkan lagu untuk anda |
Makan di Jukung Bali Restoran ini sungguh mendamaikan. Dengan deruan ombak, angin yang sepoi-sepoi bahasa dan dari pantai ini juga anda akan dapat lihat kapalterbang yang hendak mendarat di Denpasar.
Di persisir pantai juga ader dijual jagung bakar. Menurut orang-orang yang pernah beli, jagung-jagung yang dijual sangat manis dan dijual dengan harga yang berpatutan. aku sendiri tak mencuba kerana perut sangat-sangatlah pack dengan seafood.
Ini merupakan destinasi terakhir kami pada hari pertama di Bali. Untuk malam ini, kami akan menginap di Grand Whizz Hotel, Nusa Dua. InsyaAllah, akan menyusul entry khas mengenai tempat-tempat penginapan kami sepanjang 4hari 3malam di Bali.
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment