Pernah tak korang pergi Pantai Tanjung Biru yang terletak di Port Dickson. Kebiasaannya, kalau sebut jer Port Dickson mesti terbayangkan Teluk Kemang kan. Aku pun camtu gak, sampi la terniat di hati nie sebelum pergi ke Grand Lexis Port Dickson tu aku pun try search pantai-pantai yang menarik di Port Dickson selain daripada Teluk Kemang. Akhirnya jawapan yang diterima, banyak plak yang share tentang Pantai Tanjung Biru atau lebih dikenali dengan nama Blue Lagoon.
Bagi memudahkan pencarian anda-anda yang ingin ke Pantai Tanjung Biru ini, lokasi pantai terletak berhampiran dengan Rumah Api Tanjung Tuan. Menggunakan laluan masuk yang sama. Apa yang menarik mengenai pantai ini dimata aku adalah, pada waktu aku mengunjungi pantai ini lebih kurang jam 2 petang, masih ada parking yang kosong walaupun tempat meletak kenderaannya agak terhad. Ini menunjukkan tidak ramai mengunjungi pantai. Walau tidak ramai tapi masih meriah dengan adernya berapa kumpulan yang buat Family Day dan BBQ di tepi pantai.
Tambah menarik lagi mengenai pantai ini adalah kenderaan kita boleh diparking trus berhampiran dengan pantai. bermaksud selepas tempat meletak kenderaan terus kawasan pantai. jadi x perlu bersusah payah berulang alik jauh mengambil barang-barang dari kereta ke pantai. Memang sangat sesuai untuk kita pergi berkelah.
Di pantai ini juga turut disediakan tandas awam yang sangat dekat dengan pantai. Tempat makan dan juga tempat jualan cenderamata turut disediakan. Nak senang cerita aku suka berkunjung ke Pantani Tanjung Biru kerana kemudahan yang disediakan memuaskan dan terletak berhampiran dengan kita. Pemandangan yang cantik dan anak2 pun selesan bermain pasir sambil mama dan papa beristerehat di tepi pantai.
Ada juga yang berkhemah kat belakang tu yer |
Kalau anda dah bosan dengan Pantai Teluk Kemang boleh lah cuba beralih ke Pantai Tanjung Biru plak yer. Kakak besar kata best...
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment