Showing posts with label Bandung. Show all posts
Showing posts with label Bandung. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

Tempat-Tempat Shopping Di Bandung

Sempena perjalanan kali ke 2 ke Kota Bandung, bleh ler nk review skit tentang tempat-tempat shopping yang mungkin menarik untuk anda kunjungi.

1. Pasar Baru 

Orang kata...klu pergi Bandung mesti g Pasar Baru. Kalau tak pergi kiranyer trip anda tu tidak lengkap ler. Ok, sebab orang kata jadi dedua kali saya g Bandung , saya mmg g Pasar Baru nie. Kompleks nie ada 7 lantai(7 tingkat). Setiap tingkat barangan yang dijual adalah berbeza. tetapi anda perlu berhati2 di sini sbb anada akan mudah sesat di dalam bangunan itu sendiri dan hati-hati dengan beg anda.

Dinasihatkan bawa bekalan air mineral sndr sbb harga air yang dijual di dalam Pasar Baru ini agak mahal harganya. Untuk anda yang berminat nak dapatkan barangan yang lebih murah harganya, anda boleh pergi ke kaki2 lima luar bangunan Pasar Baru. Untuk belian kain sulam yang berpatutan harga dan ukurannya yang agak tepat anda boleh berkunjung ke toko Sir Cinta di Parkir lot Lantai 5.

2. Rumah Mode
Orang kata gak...Rumah Mode adalah salah satu daripada Factory Outlet yang mesti anda g biler ker Bandung. Tapi saya kata pula, tahun lepas sudah pergi, tahun ini x perlu pergi. hihihi...terpulang pada individu sebabnya pada saya harganya agak mahal dan terlalu sesak dengan orang ramai. mungkin sebab Rumah Mode ini adalah salah satu tempat yang agak popular.

3. Toko Tiga
Toko Tiga adalah tempat untuk kita beli pelbagai jenis jenama jeans. terumata sekali adalah Levi's. Kebiasaannya kalau orang ke sini mesti beli Jeans. Sama juga cam saya yang mesti beli jeans di sini. Tahun lepas beli sepasang Levi's n tahun nie pun sepasang Levi's. Harga yang saya beli adalah 450 000IDR = RM 130. Di sini dengan setiap pembelian anada akan diberikan cenderamata keychain apabila anda membuata pembayaran.

4. Toko Anak Kecil
Destinasi wajib shopping saya adalah di Toko Anak Kecil. Ini adalah kerana tempat ini sangat selesa untuk memborong pakaian anak-anak. Banyak pilihan pakaian untuk anak-anak ada di sini. Beli Jeans, tshirt n dress untuk raya nanti. Pilihan untuk pakaian bayi pun banyak. Rasanya klu ader rezeki kembar aritu mmg lagi banyak ler saya memborong di sini. Di Toko Anak Kecil juga ada diberikan cenderamata mengikut jumlah belian yang kita buat. Antara cenderamata yang disediakan adalah bag make up n mug.

5. Terminal Tas


Tas di Indonesia bermaksud bag. Jadinya terminal Tas bermaksud Terminal Bag. Jadi bersesuaian dengan namanya sememangnya yang terjual disini adalah pelbagai jenis bag dengan pelbagai jenama. Disebabkan masa datang Bandung pun bawa satu beg galas jer kan, seharusnya terminal tas adalah tempat wajib dipergi sbb nak beli bag untuk letak pakaian-pakaian yang telah dan akan dishopping.hihihi...Di sini dapat beli Bag galas belakang dengan haraga 259 000IDR, Beg beroda 239 000IDR dan handbag 329 000IDR. ader lagi beli wallet kat Abah n handbag utk diri sendr lagi.hihihi...Terminal Tas ini terletak di Jalan Riau berhadapan dengan Summit Factory Outlet.

6. Cascade & Heritage



Cascade Factory Outlet ini pula terletak di Jalan Riau juga. Bangunannya terletak bersebelahan dengan Heritage. Untuk anda yang rindukan masakan mamak boleh berkunjung di sini kerana di sini terdapat sebuah kedai makanan 'Mamak Kitchen". Namun ketulenan mamak tu tak tahu la pula sebaba x mencuba kan. Bangunan Cascade dan Heritage ini berkongsi Basement parking. Kiranya bila anda dh masuk basement parking tu, anda boleh ler pergi ke dedua factory outlet ini. Untuk kali ini di Cascade dapat beli T-Shirt Nike Man U untuk adik dgn harga 79 000IDR. Di Heritage pula dapat beli baju Minion untuk dedua princess dengan harga 89 000IDR / pair. baju tu td sekali dengan seluar jeans Okay..Sangat berbaloi rasanya.

7. Bali Heaven
Bali Heaven ini pula terletak di Jalan Pasir Keliki. Betul2 kedudukannya di simpang 4 bawah flyover. Apa yang menariknya di sini adalah, saya dapat beli baju Bali dengan harga 49 000IDR jer.hihihi...fefeeling g Bali la tu. Lagipun hiasan dan jualan barang2 di sini berkonsepkan Bali. Namun ada juga dijual pakaian-pakaian seperti di Outlet Factory yang lain. Untuk anda yang gemar ke SPA di Bali Heaven turut terdapat SPA untuk pengunjung. Ubud Massage & SPA. Memang best. Dapat berurut dan mandi Susu lagi. yang mengurut kita pun ibu-ibu dari Bali yang mana lebih susah nak berinteraksi dengan diorang. macam ayam dengan itik bercakap (cam konfiden jer tahu itik n ayam bercakap camner.hihihi...) Total package yang saya ambil untuk 60min adalah 175 000IDR. Disebabkan saya nk kan privacy, so saya amik VIP room dengan bayaran 100 000IDR. Biler lagi nk merasa seperti Jutawan kalau bukan di Bandung.

8. The Summit

Cam tertinggal plak Factory Outlet yang terletak di Jalan Riau nie. Komen saya, saya suka di Summit berbanding Heritage. Lebih banyak pilihan yang bersesuaian untuk saya dan suami. Suami seperti biasa, mmg cari T-Shirt dia jer. Setakat skang nmpknya cam raya tahun nie bertemakan hitam putih. kebanyakkan T-shirt yang dia beli adalah hitam n putih. 

9.  The Secret
Lagi satu Factory Outlet yang terdapat di Jalan Riau nie adalah The Secret. Agak top jugak, tapi harga dia lebih eksklusif cam Rumah Mode. Pilihan baju agak banyak tp x bersesuaian dengan saya. Kesudahannya hanya sehelai baju jer yang berjaya di bawa pulang.hihihi...

10. The Passion
Eh...ada lagi satu ler factory Outlet di Jalan Riau yang boleh anda cuci-cuci poket. Di Passion harga nya lebih affordable dan design pun banyak yang menarik. Cuma waktu saya pergi tu dah malam, jadi susunan baju-baju dah mula kucar kacir.hihihi...tapi dalam kucar kacir tu pun masih sempat rembat 2-3 helai gak. Kalau x kucar kacir mesti lagi banyak yang dibeli kan...

11. Grande
 My favourite Outlet Factory sudah semestinya Grande yang terletak Jalan Dago. Tahun lepas pergi shopping di Grande nie pada sebelah pagi sebelum blk KL. Tahun nie sampai dua kali g Grande. Kalau x puas gak shopping di Grande nie tak tahu la lagi nk cakap cmner. Pada saya harga berpadanan dengan kualiti. Design banyak menarik. Paling best dapat beli stoking yang comfortable dengan harga 25 000IDR untuk 3 pasang. ahahaha...Stoking pun shopping kat Bandung. Jangan confius okay...

12. Glow
Glow nie terletak di Jalan Dago. Barangannya ala-ala bersamaan seperti Passion di Jalan Riau. Maksudnya harga-harganya adalah mampu milik. yang bestnyer ader plak lagi cenderamata...bestkan...dengan belian 500 000IDR anda boleh dapat topi. ahaha...topi jer. Tapi kira ok la tu strategy marketing diorg tu. ada inisiatif untuk tarik orang ke kdi mereka.

13. Jetset
Jetset nie terletak di sebelah Glow jer. ader juga yang dibeli di sini...bermaksud menarik perhatian la juga kan. Antara shopping di Jalan Riau atau Jalan Dago, pilihan saya adalah di Jalan Dago...

14. Blossom
Factory Outlet di Jalan Dago juga. Tapi Blossom nie memusnahkan impian saya.uhuhu...impian aper tu. Saya cakap ngan husband arini kita buat marathon, setiap kedai kita masuk mesti bawak kuar beg plastik kedai tu. Tapi !!!!! saya x berjaya beli aper2 pun di Blossom. Whuaaaaa....

15. Donatello
Untuk peminat kasut anda boleh berkunjung ke Donatello yang terletak di Jalan Dago. Saya mmg masuk dalam kedai nie tapi x beli aper2 pun sbb rasanya harga dan design lebih kurang di Malaysia jer.

16. Grutty
Untuk peminat barangan kulit anda boleh ler berkunjung ke Grutty yang terletak di Cibaduyut. terdapat pelbagai jenis barangan kulit yang terdapat disini. Tapi ada satu benda yang menyeramkan skit disini. bagi yang pergi ke Grutty dengan pak supir dan pak supir plak parking di parking bertingkat blkg Grutty, anda pasti akan melalui saat2 menyeramkan ini. Whuaaaa....Ramp nak naik parking bertingkat tu adalah sangat2 curam. Rasa seperi nak terbalik kereta masa saat menaiki dan menuruni tu. Berhadapan dengan Grutty terdapat juga kedai-kedai yang menjual kasut2 kulit. saya dapat beli sepasang sandal kulit dengan harga hanya 15 000IDR.

17. Cihampelas Walk
Banyak jeans-jeans di jual di sini. Namun anda perlu lebih berhati-hati sebab byk yang tiruan di sini. Kalau anda perminat Marvel dan Superhero...inilah tempat untuk anda untuk dapatkan baju-baju Superhero dengan harga yang murah. Lagi satu daya tarikan di jalan ini adalah di hadapan kedai-kedai ini terdapat mascot2 superhero.

Sekian, untuk kali nie.review utk tempat-tempat shopping yang menarik di Kota Bandung. Sampai kita ketemu lagi.

Wednesday, June 5, 2013

Bandung - Day 4

Arini ari terakhir di Kota Bandung...Wuaaaaaa...sedeynyer...xnk blk bleh tak.tp aku pun x jutawan.kena balik gak ler cari duit smpi jutawan blk...yang bestnyer baru kat airport hubby dh bg suggestion, next year kita datang shopping raya lagi..whink2...InsyaAllah kita jumpa lagi tahun depan...nak plan ngan Pengantin Baru la plak nnt...









Tumpang Lalu Untuk Iklan

Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia


Bandung -Day 3

Kita mula pengembaraan untuk hari ke 3...destinasi pertama untuk arini adalah kilang baju kain pasang...tempat nie terletak di kawasan perumahan jer and pekerja2 dia sgt membantu kita dalam mencari baju2 yang kita nak. cam aku g aritu nk cari 3 pasang warna n corak yang sama(utk aku, mak n adik), so kita pilih satu yang mana kita berkenan,lps tu pekerja dia yang akan tolong carikan utk kita yang lagi dua tu...mmg best giler shopping kat sini...bleh shopping ngan santai.paling best hubby x bising klu lelama sbb dia bleh lepak2 duduk cm dlm gambo tu.siap nyembang2 lagi ngan pelancong dari Malaysia juga....Cuba tgk dalam gambo tu...bykkn pilihan warna n corak..kat sini ader gak jual telekung...baju2 kat sini sama harga semuanyer...masa aku g tu Rp110..kira2 dalam RM35 sepasang..adoi, nak pitam dibuatnyer sbb klu yang jual kat Malaysia sepasang jer dh RM100...Manyak untung woooo...



Balik daripada kilang nie kitaorg trus ke Cibaduyut untuk cari barang2 kulit...dh blk umah br prasan yang sekeping gambo pun aku x amik kat Cibaduyut nie.uhuhuhu...kat sini hubby plak yang shopping.dia beli wallet,kasut n belt. Biler dia tanya aku x berminat ker...jwpan aku adalah tak sbb tgk kasut2 dia pun cam kat Malaysia jer..xder yang menarik hati..so, portion shopping aku kat sini bleh simpan utk next destination.hihihi...

Lps tu seperti biasa perut dh lapo...apalagi, Pak Untung bagi cadangan untuk kitaorg makan masakan Padang dia Restoran Simpang Raya Bogor...Konsep makan kat sini, kita masuk n duduk. lps tu diorg datang tanya untuk berapa org.so, aku bgtau untuk 2 org. lps tu dia antar tea manis (tea o panas) dua n nasi putih pun dua...JENG JENG JENG...Lps tu dia antar lauk penuh meja..ahahaha...byknyer. Pak Untung bgtau kitaorg yang diorag hanya akan kira lauk2 yg kita makan jer.yang kita x mkn x dikira...aku amik sotong, kari kambing cencang, rendang daging n sayur pucuk ubi..total semua Rp82...hihihi...dlm RM20+++ jer..mmg puas ghati makan kat sini..


Destinasi berikutnyer adalah Pasar Baru Trade Center..Slalu nmpk dr bilik jer, kali nie kita g plak..kat sini ler tempat yang slalu org citer2 kan tu...Tips pertama biler sampai kat sini adalah tangkap gambar no parking lot yer...supaya time blk nnt senang.cam aku aritu kedai last aku g, aku trus tunjuk kat dia gambar parking lot tu n mintak dia tlg tunjukkan directionnyer.sbb mmg korg akan sesat dalam Pasar Baru Trade Center nie..sangat luas n crowded tempat nie..aku n hubby siap trn smpi bwh trus sbb tgk org2 yg berjual dikaki2 lima tu sgt menarik..skali biler g mmg crowded n aku jadi x selesa. Rasanyer bukan jiwa aku untuk shopping kat sini..lgpun kain pasang semua aku dh borong kat kilang tu td...dlm bukan jiwa tu pun sempat gak aku rembat kain pasang cotton untuk aku n anak2 pastu beli telekung untuk mak2 sedara n dress untuk diri sndr.


Dari Pasar Baru Trade Center kita ke Butik Anakecil.mmg syurga untuk baju-baju anak kecil. mmg shopping bj puteri2 tercinta ler...dekat Rp2juta gak abis menyopping baju bebdk tu..tp hubby dh siap bgtau yer, nie kira shopping untuk raya trus yek.hihihi..xper la , x kisah janji aku bleh shopping...

Destinasi terakhir adalah Terminal Tas and Outlet Factory The Summit...aku shopping bag ngan hubby..beli backpack baru lagi.hihihi...lp tu di The Summit, aku n hubby shopping jeans and baju2..nnt tgk baju yang aku pki time blk Malaysia yer (dalam next post).baju tu salah satu daripada baju yang aku beli kat The Summit. Murah giler baju tu Rp79k jer.mmg berbaloi sbb sgt selesa pki..rasa rugi plak x grab 2-3 helai.dh mula la tu...


Malam nie kita makan ayam penyet Surabaya plak..mmg sedap...try cari kat Malaysia x jmp dh yg sedap cmnie...kena g lagi ler Bandung untuk makan Ayam Penyet yang sedap nie.hihihi...

Sempat lagi lepak atas hotel sblm blk ke bilik...yang bestnyer kat sini ader 60channel tv dia.smpi x tau nk tgk yang mana satu.hihihi...



 Selamat Malam.....Esok kita jumpa lagi k...


Tumpang Lalu Untuk Iklan

Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia


Tuesday, June 4, 2013

Bandung - Day 2

Bangun pagi, gosok gigi, cuci muka dan mandi....Selamat Pagi Kota Bandung...Pukul 6 pagi di sini dh sama cm kul 8 pagi di Malaysia..Dingin jer n sgt best..kul 7 pagi dh siap trn g breakfast coz janji ngan Pak Supir pukul 8 pagi.destinasi kita arini adalah Tangkuban Perahu....Kawah gunung berapi yang separa aktif...Lps breakfast trus trn ke Lobby.Rupanyer Pak Eke (Pak Supir) dh siap nunggui kitaorg.lps tu pak Eke bgtau yang dia x dpt bwk kitaorg utk hari tu n seterusnyer.dia bawak ganti kawan dia Pak Untung...Untung pun Untung ler, janji x rugi.hihihi...



Kul 8 truskitaorg bertolak ke destinasi pertama iaitu Tangkuban Perahu...Akhirnyer dapat gak menjejakkan kaki ker Tangkuban Perahu..Sampai jer Tangkuban Perahu nie mmg ramai giler penjual2 yang akan cuba Approach kita untuk beli barang2 yang diorg jual.sambil jual sambil diorg citer2 psl citer dongeng mengenai Tangkuban Perahu nie.Cuaca kat sini sangat dingin n dapat bau sulfur gunung berapi...gerai2 jualan barang2 yang lain gak pun byk jugak.tp aku n hubby decide masuk satu kedai jer, pastu trus chow sblm abis semua duit kitaorg shopping kat sini...Harga kat sini yang diorg letak mmg tinggi, tapi klu kita pandai tawar n pujuk diorg dapat ler murah..cam T-shirt bandung aku beli kat sini Rp20k sehelai..biler g Pasar Baru harga Rp20k gak tp kualiti kain yang kat Tangkuban Perahu tu lagi elok berbanding kat Pasar Baru...Terpulang pada kita ler sbg pembeli utk memilih. Aper lagi yer yang wajib dibeli biler sampai disini...wajib beli Rasbery n Strawberry. Rasanyer sgt manis n sedap...harga dh lupa ler plak baper Rp.


Destinasi seterusnyer adalah Sari Ater Hot Spring..mmg luas kawasan air panas nie. kebetulan kitaorg g on weekend, so byk ler penduduk tempatan yg g berkelah di situ..x dpt mandi sbb x bwk bj salin,hanya kaki jer la yang dapat mandi...Sambil rendam kaki sambil makan aiskrim...Harga paling murah sebatang ais krim adalah Rp10k=Rm3.20 kita...agak mahal yer...

Dari Sari Ater Hot Spring, perut dh berkeroncong. sampai Pak Supir tanya nk stop ladang Strawberry pun dh x layan sbb dh lapar.trus saja kitaorg ker Kampung Daun. Kat sini ader menghidangkan masakan Sunda. Makanan kat sini mmg sedap.hubby makan Nasi Timbel n aku makan Nasi Ayam Bakar...Tambah plak ngan sayur Kangkung...air plak hubby minum Es Tea Manis = Teh O Ais n aku setia ngan Hot Lemon Tea.Mmg sgt sedap Hot Lemon Tea kat Bandung nie...
 Bawah nie plak gambo environment kat Kampung Daun nie.mmg Superb tempat nie.ngan air terjun n lanskap yang sangat menarik.So, klu ader yg berminat nk Ke Bandung pastikan Kampung Daun nie masuk dalam korg punyer program k...

Lps makan, perut kenyang, suka hati n bleh ler g shopping plak...Yeay....aktiviti shopping bermula. Destinasi pertama adalah Rumah Mode(sebutan  dia Mo-Dey)...Kat Rumah Mode  hubby byk beli jersi jer..bj aku 2 helai n bj anak2. Destinasi terakhir utk arini adalah Toko Tiga...Gedung Jeans Anda...ahaha...

Tumpang Lalu Untuk Iklan

Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia


Bandung - Day 1

Flight kitaorg tgh hari tanggal 18 may 2013. so, kitaorg bertolak dari Sungai Petani (Sbb antar anak blk kampung) dalam pukul 4pagi..alhamdulillah, pukul 9 lebey dh sampi area ELITE highway.itu pun dh termasuk time rest jap kat Hentian Sg. Perak. Disebabkan awal lg, so we all decide utk blk umah dulu jap. umah kitaorg kan dlm 10min jer ker LCCT.hihihi...blk mandi2 n rest jap. Dalam kul 11 br kitaorg bertolak ke LCCT. Sampai sana dh misi mencari parking plak. mmg plan nk parking kat area yg ujung landasan tu.yang RM16per entry tu. Skali masuk dlam tu, nsb x menyebelahi kitaorg..mmg full dan yang ader pun ujung skali.nk wat cmner.parking gak ler. Bayangkan berjalan dedua org laki bini nie ngan beg galas ditengah matahari tgh ari tu.uhuhuhu...

timing dh btul n agak baik. trus jer ke Balai Perlepasan Antarabangsa sbb dh web check-in kan.lgpun xder beg yang nk check-in.so, kejer jd mudah.tgh tunggu kat Gate utn berlepas tu skali ader announcement... Flight Delay wokey..Sbbkn klu kita tunggu lg rasa lama, so kita g minum dulu...



Nasib agak baik sbb flight delay dalam 45min jer...Kul 14.15 dah berlepas utk ke bandung. Penerbangan mengambil masa lebih kurang 2jam..kul 4 lebey kitaorg dh sampai Bandung. Mmg terkejut gak ngan airport diorg, lepas jer pintu Imigresan tu dh trus jalan besar. tepi pintu Imigresen tu gak ler tempat untuk pick up luggage.hihihi...

Salah satu tips yang pernah dibaca di blog blogger yang lain adalah amik taxi bluebird klu dari airport sbb harganyer agak fix iaitu Rp40k. Org yang mula approach kitaorg keter sapu bantal nk paw kitaorg ngan Rp100k.Nsb ler dh tau rate baper klu taxi Bluebird tu.So, trus g kat taxi tu jer la. Masa kitaorg sampi tu ader gak Pak Supir2 yang menawarkan perkhidmatan diorg.Disebabkan kitaorg dh mmg ader Pak Supir utk esok hari,so harap maaf yer Pak Supir sekalian.Dalam byk2 pak Supir tu ader sorg yang pandai sbb dia ader jual Sim Card.hihihi...trus beli ok sbb dh rindu kat anak2.dh mmg bwk standby handphone Nokia utk letak simcard nie sbb Iphone kan Simcard kecik.masaalah gak kan...Harga Sim card Simpati nie Rp10k.

Amik taxi bluebird n trus ke Gino Feruci Hotel..Settle check in...Tadaaa...nie ler blknyer utk kitaorg stay 4hari 3mlm...




Malam tu dh x tahu nk jalan mana amik taxi n mulaler kitaorg punyer pengembaraan. kitaorg ker Bandung Indah Plaza...Dalam mall tu ader supermarket matahari n harga dia murah2 gak...cam SOGO gak lebey kurang.semua barang ader SALE..hihihi...




Malam nie kita makan Rice-Bowl..Hubby amik nasi ayam aper ntah n saya amik nasi daging black pepper. untuk org yang makan kena berkuah mmg x sesuai sbb nasinyer x berkuah. tp biler dh 3-4 ari di bandung mmg kesimpulannyer makanan kat sini semua jenis x berkuah...Total makan malam nie Rp120k, lebey kurang RM40.kira ok la tu...


 

Nie plak environment kat depan Bandung Indah Plaza...ader stall2 yg jual casing phone, bunga ros segar n yang bestnyer jual kucing yang sangat2 la comel...keadaan jalan dpn Bandung Indah Plaza nie cam kat Batu Feringgi Night Market tu..Seperti biasa klu nk lintas jalan gunaler The Power of Hand.hihihi...klu tak mmg x lintas ler.

To be Continued...Jumpa Esok plak...


Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
azravitamin4u.blogspot.com
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

Bandung 2013

Sebln dh rupanyer x update blog nie...kesibukan melanda diri. hihihi...ulang alik blk kmpg jer. ngan antar anak blk kmpg, pastu g bercuti n blk kmpg lg amik anak n last skali adik ipar bertunang plak..pergh...mmg bz giler. so, arini nk mula skit2 pasal aktiviti g berholiday bersama hubby. kali nie pilih untuk g bercuti ke Bandung, Indonesia.

Urusan pertama adalah beli tiket flight....yg pasti dengan AirAsia. Untuk dua org termasuk makan n luggage rm600. kira ok la tu. pergi n balik kan. Luggage plak 40kg..harap2 mencukupi utk bwk blk semua hasil garapan di sana nnt..Hampeh sbnrnyer sbb exceed gak 5kg.sbbnyer beli kartika sari plak sblm blk.kena ler byr kat kaunter check in tu... kadar bayaran yg dikenakan adalah Rp155k untuk 1kg yg exceed. mmg rugi kat sini...disarankn untuk korg2 yg plan nk g biar amik lebey luggage tu tp jgn kurang..kiranyer cmnie ler...
Amik kg luggage lebey, barang kurang = rugi dalam beraper puluh jer
TAPI
Amik luggage kurang, barang lebey = rugi dalam ratus tu. x main dah puluh2 nie.

Kat airport gak nnt sblm blk, kita kena bayar utk airport tax Rp75k/person.so, standby duit utk tax yer sblm blk...jgn blasah shopping semua kat sana. 

Urusan kedua yang perlu disettlekan adalah bilik. Untuk bilik plak saya pilih untuk menggunakan khidmat Booking.com. dengan booking.com kita hanya perlu buat tempahan melalui website n masukkan no credit card utk secure kita punyer booking.diorg xkn deduct dr credit card kita selagi kita x check in. Dh usha2 kat dlm booking.com tu maka hati ini terpaut untuk menginap di Gino Feruci, Jalan Braga, Bandung. Sbb utama memilih hotel ini adalah disebabkan biler search kat Google, tgk hotel ini baru jer memulakan operasinyer last year.tgk gambo2 dia pun menarik n yg plg penting berpatutan. harga utk semalam dlam RP500k lebey. kiranyer untuk penginapan kitaorg 3mlm adalah Rp1.6juta.hihihi...trasa kaya sebentar.
Urusan Ketiga adalah mencari Pak Supir yg bagus n boleh kita percayai. Nsb saya baik sbb one of my friend slalu ke Bandung atas urusan perniagaannya.so, dia suggestkn untuk saya amik Pak Supir yang slalu dia amik. Call dia n dia ready utk bawak kitaorg selama 3 hari di sana dengan kadar bayaran Rp400k sehari. kita hanya perlu byr utk duit parking jer. yang lain semua dia tanggung. Tapi biler sampai pagi yang sepatutnyer Pak Supir tu bwk kitaorg, malang plak biler bapak dia x sihat di kampung n dia perlu pulang ke kampung. tp x perlu khuatir sbb semua dia dh settlekan.dia dh carikan kawan dia sbg ganti untuk bawak kitaorg. Mulaler perkenalan kitaorg dgn Pak Supir yg baru iaitu Pak Untung. Mmg untung ler Pak Untung nie.
Urusan Keempat perlu pastikan yang pasport kita masih valid dlm tempoh 6 bln akan datang. klu tak korang x lps kat imigresen yer....
Urusan Kelima tukar duit...pengalaman saya, klu korang nk tukar duit better tukar tengah minggu yer. klu ujung minggu rate tinggi skit klu dibandingkan ngan hari bekerja...biler tukar beza gak dlm RM20. hihihi...dapat beli memcm dh ngan rm20 tu kat sana.

Nnt saya pikir lagi aper urusan lain lagi n akan diupdate slalu yer...next post akan mula citer pengembaraan kitaorg ke Kota Bandung plak k...

Bandung Day 1
Bandung Day 2
Bandung Day 3
Bandung Day 4

Tumpang Lalu Untuk Iklan
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia