Tuesday, June 24, 2014

Genting Highlands - One Day Trip

Hujung minggu aritu, saya dan husband plan nak bawa anak2 pergi bercuti ke Genting Highland. Destinasi yang anak-anak belum pernah sampai. Walaupun Outdoor theme Park ditutup hingga 2016 tapi kitaorg x kisah pun sbb anak2 kecil lagi. dh memang diorg tak layan pun lagi game2 kat outdoor tu. Perjalanan dari Nilai bermula pukul 7.30 pagi. Singgah Mc'Donald Sg Besi untuk beli breakfast jap n kul 9 kitaorg dah sampai di Stesen Skyway Gohtong Jaya. Alhamdulillah, orang x ramai. G chop tiket kat kaunter sbb kitaorg amik yang pakej (beli online) RM65/pax. Harga tu termasuk Indoor Theme Park, Snowworld, Ripley's Believe It or Not, 1 game bowling, RM10 ezycash and return ticket untuk Skyway. 


Nampak tak???memang tak ramai orang kan. Siap boleh berposing2 dulu lagi.

Peace...Cable Car plak yang tunggu kitaorang yer

Budak yang sorang tu nampak mata jer

Nice view...berkabus jer.sedar2 dah sampai kat dalam building.

Kami dah sampai. Dah sejuk sesangat bebdk nie. Untuk yang bawa anak-anak better bawa sweater yer.

Sebelum masuk ker Indoor Theme Park

Bayaran masuk untuk Indoor Theme Park. Kitaorang datang amik pass jer sebab dh beli pakej online yang RM65/person tu

Bebdk nie x layan sangat masuk Repliey's Belive It or Not nie.Mama n papa terpaksa jalan cecpt. diorg kira nak ajak keluar jer sebaba diorg x puas lagi main game2 kat luar tu

Gambar curi dalam Snowworld. Kata x bleh bawak masuk handphone kan. hihihi...Locker disediakan di pintu masuk tempat sejuk nie. Untuk masuk ke dalam Snoeworld nie ader masa-masanya iaitu sejam sekali bermula pukul 10.30pagi. jadi untuk anda yang nak ke snowworld nie saya sarankan anda untuk beli tiket dulu n pilih time kita nak masuk. Lagi satu, Katakan anda beli tiket untuk pukul 10.30 pagi pastikan pukul 10.10pagi anda dh berada disitu untuk pakai wnter cloth, glove n kasut semua. kalau tak nnt rugi masa anda sebab tempoh masa berada didalam tu adalah dari 10.30-11.10pagi.

Gambo selfie wajib

Turun dari Genting Highland kitaorang trus ke destinasi tarikan pelancong baru di Gohtong Jaya iaitu Genting Strawberry Park. Ini lah tempat anak2 mama tunggu sesgt nie. Diorg nie ske btul kalau dapat petik Strawberry. dapat petik strawberry n makan strawberry dalam kereta sekali hadap jer. kira complete pakej untuk diorg.

Di Genting Strawberry Park nie juga ada gerai-gerai jualan barangan cenderamata. Harga agak berpatutan dan kat sini juga ader taman lebah, lavender garden dan taman tanaman cendawan. Dapat gak ler anak-anak belajar dan tahu mengenai cara-cara penanaman cendewan.

Sebelum turun dari Gohtong Jaya, kitaorg singgah pula di Mini Cameron Highland. Di sini ada juga petik strawberry dan penanaman pokok-pokok suhu rendah dan jualan tanaman-tanaman ini.


Kesimpulannya, pengembaraan kitaorg arini menarik dan sangat puas hati. Banyak aktiviti-aktiviti yang anak-anak dapat lakukan termasuk main bowling walaupun xder plak gambo tgh main bowling.hihihi...yang penting anak-anak Enjoy!!!!


Tuesday, June 3, 2014

Tempat-Tempat Shopping Di Bandung

Sempena perjalanan kali ke 2 ke Kota Bandung, bleh ler nk review skit tentang tempat-tempat shopping yang mungkin menarik untuk anda kunjungi.

1. Pasar Baru 

Orang kata...klu pergi Bandung mesti g Pasar Baru. Kalau tak pergi kiranyer trip anda tu tidak lengkap ler. Ok, sebab orang kata jadi dedua kali saya g Bandung , saya mmg g Pasar Baru nie. Kompleks nie ada 7 lantai(7 tingkat). Setiap tingkat barangan yang dijual adalah berbeza. tetapi anda perlu berhati2 di sini sbb anada akan mudah sesat di dalam bangunan itu sendiri dan hati-hati dengan beg anda.

Dinasihatkan bawa bekalan air mineral sndr sbb harga air yang dijual di dalam Pasar Baru ini agak mahal harganya. Untuk anda yang berminat nak dapatkan barangan yang lebih murah harganya, anda boleh pergi ke kaki2 lima luar bangunan Pasar Baru. Untuk belian kain sulam yang berpatutan harga dan ukurannya yang agak tepat anda boleh berkunjung ke toko Sir Cinta di Parkir lot Lantai 5.

2. Rumah Mode
Orang kata gak...Rumah Mode adalah salah satu daripada Factory Outlet yang mesti anda g biler ker Bandung. Tapi saya kata pula, tahun lepas sudah pergi, tahun ini x perlu pergi. hihihi...terpulang pada individu sebabnya pada saya harganya agak mahal dan terlalu sesak dengan orang ramai. mungkin sebab Rumah Mode ini adalah salah satu tempat yang agak popular.

3. Toko Tiga
Toko Tiga adalah tempat untuk kita beli pelbagai jenis jenama jeans. terumata sekali adalah Levi's. Kebiasaannya kalau orang ke sini mesti beli Jeans. Sama juga cam saya yang mesti beli jeans di sini. Tahun lepas beli sepasang Levi's n tahun nie pun sepasang Levi's. Harga yang saya beli adalah 450 000IDR = RM 130. Di sini dengan setiap pembelian anada akan diberikan cenderamata keychain apabila anda membuata pembayaran.

4. Toko Anak Kecil
Destinasi wajib shopping saya adalah di Toko Anak Kecil. Ini adalah kerana tempat ini sangat selesa untuk memborong pakaian anak-anak. Banyak pilihan pakaian untuk anak-anak ada di sini. Beli Jeans, tshirt n dress untuk raya nanti. Pilihan untuk pakaian bayi pun banyak. Rasanya klu ader rezeki kembar aritu mmg lagi banyak ler saya memborong di sini. Di Toko Anak Kecil juga ada diberikan cenderamata mengikut jumlah belian yang kita buat. Antara cenderamata yang disediakan adalah bag make up n mug.

5. Terminal Tas


Tas di Indonesia bermaksud bag. Jadinya terminal Tas bermaksud Terminal Bag. Jadi bersesuaian dengan namanya sememangnya yang terjual disini adalah pelbagai jenis bag dengan pelbagai jenama. Disebabkan masa datang Bandung pun bawa satu beg galas jer kan, seharusnya terminal tas adalah tempat wajib dipergi sbb nak beli bag untuk letak pakaian-pakaian yang telah dan akan dishopping.hihihi...Di sini dapat beli Bag galas belakang dengan haraga 259 000IDR, Beg beroda 239 000IDR dan handbag 329 000IDR. ader lagi beli wallet kat Abah n handbag utk diri sendr lagi.hihihi...Terminal Tas ini terletak di Jalan Riau berhadapan dengan Summit Factory Outlet.

6. Cascade & Heritage



Cascade Factory Outlet ini pula terletak di Jalan Riau juga. Bangunannya terletak bersebelahan dengan Heritage. Untuk anda yang rindukan masakan mamak boleh berkunjung di sini kerana di sini terdapat sebuah kedai makanan 'Mamak Kitchen". Namun ketulenan mamak tu tak tahu la pula sebaba x mencuba kan. Bangunan Cascade dan Heritage ini berkongsi Basement parking. Kiranya bila anda dh masuk basement parking tu, anda boleh ler pergi ke dedua factory outlet ini. Untuk kali ini di Cascade dapat beli T-Shirt Nike Man U untuk adik dgn harga 79 000IDR. Di Heritage pula dapat beli baju Minion untuk dedua princess dengan harga 89 000IDR / pair. baju tu td sekali dengan seluar jeans Okay..Sangat berbaloi rasanya.

7. Bali Heaven
Bali Heaven ini pula terletak di Jalan Pasir Keliki. Betul2 kedudukannya di simpang 4 bawah flyover. Apa yang menariknya di sini adalah, saya dapat beli baju Bali dengan harga 49 000IDR jer.hihihi...fefeeling g Bali la tu. Lagipun hiasan dan jualan barang2 di sini berkonsepkan Bali. Namun ada juga dijual pakaian-pakaian seperti di Outlet Factory yang lain. Untuk anda yang gemar ke SPA di Bali Heaven turut terdapat SPA untuk pengunjung. Ubud Massage & SPA. Memang best. Dapat berurut dan mandi Susu lagi. yang mengurut kita pun ibu-ibu dari Bali yang mana lebih susah nak berinteraksi dengan diorang. macam ayam dengan itik bercakap (cam konfiden jer tahu itik n ayam bercakap camner.hihihi...) Total package yang saya ambil untuk 60min adalah 175 000IDR. Disebabkan saya nk kan privacy, so saya amik VIP room dengan bayaran 100 000IDR. Biler lagi nk merasa seperti Jutawan kalau bukan di Bandung.

8. The Summit

Cam tertinggal plak Factory Outlet yang terletak di Jalan Riau nie. Komen saya, saya suka di Summit berbanding Heritage. Lebih banyak pilihan yang bersesuaian untuk saya dan suami. Suami seperti biasa, mmg cari T-Shirt dia jer. Setakat skang nmpknya cam raya tahun nie bertemakan hitam putih. kebanyakkan T-shirt yang dia beli adalah hitam n putih. 

9.  The Secret
Lagi satu Factory Outlet yang terdapat di Jalan Riau nie adalah The Secret. Agak top jugak, tapi harga dia lebih eksklusif cam Rumah Mode. Pilihan baju agak banyak tp x bersesuaian dengan saya. Kesudahannya hanya sehelai baju jer yang berjaya di bawa pulang.hihihi...

10. The Passion
Eh...ada lagi satu ler factory Outlet di Jalan Riau yang boleh anda cuci-cuci poket. Di Passion harga nya lebih affordable dan design pun banyak yang menarik. Cuma waktu saya pergi tu dah malam, jadi susunan baju-baju dah mula kucar kacir.hihihi...tapi dalam kucar kacir tu pun masih sempat rembat 2-3 helai gak. Kalau x kucar kacir mesti lagi banyak yang dibeli kan...

11. Grande
 My favourite Outlet Factory sudah semestinya Grande yang terletak Jalan Dago. Tahun lepas pergi shopping di Grande nie pada sebelah pagi sebelum blk KL. Tahun nie sampai dua kali g Grande. Kalau x puas gak shopping di Grande nie tak tahu la lagi nk cakap cmner. Pada saya harga berpadanan dengan kualiti. Design banyak menarik. Paling best dapat beli stoking yang comfortable dengan harga 25 000IDR untuk 3 pasang. ahahaha...Stoking pun shopping kat Bandung. Jangan confius okay...

12. Glow
Glow nie terletak di Jalan Dago. Barangannya ala-ala bersamaan seperti Passion di Jalan Riau. Maksudnya harga-harganya adalah mampu milik. yang bestnyer ader plak lagi cenderamata...bestkan...dengan belian 500 000IDR anda boleh dapat topi. ahaha...topi jer. Tapi kira ok la tu strategy marketing diorg tu. ada inisiatif untuk tarik orang ke kdi mereka.

13. Jetset
Jetset nie terletak di sebelah Glow jer. ader juga yang dibeli di sini...bermaksud menarik perhatian la juga kan. Antara shopping di Jalan Riau atau Jalan Dago, pilihan saya adalah di Jalan Dago...

14. Blossom
Factory Outlet di Jalan Dago juga. Tapi Blossom nie memusnahkan impian saya.uhuhu...impian aper tu. Saya cakap ngan husband arini kita buat marathon, setiap kedai kita masuk mesti bawak kuar beg plastik kedai tu. Tapi !!!!! saya x berjaya beli aper2 pun di Blossom. Whuaaaaa....

15. Donatello
Untuk peminat kasut anda boleh berkunjung ke Donatello yang terletak di Jalan Dago. Saya mmg masuk dalam kedai nie tapi x beli aper2 pun sbb rasanya harga dan design lebih kurang di Malaysia jer.

16. Grutty
Untuk peminat barangan kulit anda boleh ler berkunjung ke Grutty yang terletak di Cibaduyut. terdapat pelbagai jenis barangan kulit yang terdapat disini. Tapi ada satu benda yang menyeramkan skit disini. bagi yang pergi ke Grutty dengan pak supir dan pak supir plak parking di parking bertingkat blkg Grutty, anda pasti akan melalui saat2 menyeramkan ini. Whuaaaa....Ramp nak naik parking bertingkat tu adalah sangat2 curam. Rasa seperi nak terbalik kereta masa saat menaiki dan menuruni tu. Berhadapan dengan Grutty terdapat juga kedai-kedai yang menjual kasut2 kulit. saya dapat beli sepasang sandal kulit dengan harga hanya 15 000IDR.

17. Cihampelas Walk
Banyak jeans-jeans di jual di sini. Namun anda perlu lebih berhati-hati sebab byk yang tiruan di sini. Kalau anda perminat Marvel dan Superhero...inilah tempat untuk anda untuk dapatkan baju-baju Superhero dengan harga yang murah. Lagi satu daya tarikan di jalan ini adalah di hadapan kedai-kedai ini terdapat mascot2 superhero.

Sekian, untuk kali nie.review utk tempat-tempat shopping yang menarik di Kota Bandung. Sampai kita ketemu lagi.