Hujung minggu aritu, saya dan husband plan nak bawa anak2 pergi bercuti ke Genting Highland. Destinasi yang anak-anak belum pernah sampai. Walaupun Outdoor theme Park ditutup hingga 2016 tapi kitaorg x kisah pun sbb anak2 kecil lagi. dh memang diorg tak layan pun lagi game2 kat outdoor tu. Perjalanan dari Nilai bermula pukul 7.30 pagi. Singgah Mc'Donald Sg Besi untuk beli breakfast jap n kul 9 kitaorg dah sampai di Stesen Skyway Gohtong Jaya. Alhamdulillah, orang x ramai. G chop tiket kat kaunter sbb kitaorg amik yang pakej (beli online) RM65/pax. Harga tu termasuk Indoor Theme Park, Snowworld, Ripley's Believe It or Not, 1 game bowling, RM10 ezycash and return ticket untuk Skyway.
Nampak tak???memang tak ramai orang kan. Siap boleh berposing2 dulu lagi.
Peace...Cable Car plak yang tunggu kitaorang yer
Budak yang sorang tu nampak mata jer
Nice view...berkabus jer.sedar2 dah sampai kat dalam building.
Kami dah sampai. Dah sejuk sesangat bebdk nie. Untuk yang bawa anak-anak better bawa sweater yer.
Sebelum masuk ker Indoor Theme Park
Bayaran masuk untuk Indoor Theme Park. Kitaorang datang amik pass jer sebab dh beli pakej online yang RM65/person tu
Bebdk nie x layan sangat masuk Repliey's Belive It or Not nie.Mama n papa terpaksa jalan cecpt. diorg kira nak ajak keluar jer sebaba diorg x puas lagi main game2 kat luar tu
Gambar curi dalam Snowworld. Kata x bleh bawak masuk handphone kan. hihihi...Locker disediakan di pintu masuk tempat sejuk nie. Untuk masuk ke dalam Snoeworld nie ader masa-masanya iaitu sejam sekali bermula pukul 10.30pagi. jadi untuk anda yang nak ke snowworld nie saya sarankan anda untuk beli tiket dulu n pilih time kita nak masuk. Lagi satu, Katakan anda beli tiket untuk pukul 10.30 pagi pastikan pukul 10.10pagi anda dh berada disitu untuk pakai wnter cloth, glove n kasut semua. kalau tak nnt rugi masa anda sebab tempoh masa berada didalam tu adalah dari 10.30-11.10pagi.
Gambo selfie wajib
Turun dari Genting Highland kitaorang trus ke destinasi tarikan pelancong baru di Gohtong Jaya iaitu Genting Strawberry Park. Ini lah tempat anak2 mama tunggu sesgt nie. Diorg nie ske btul kalau dapat petik Strawberry. dapat petik strawberry n makan strawberry dalam kereta sekali hadap jer. kira complete pakej untuk diorg.
Di Genting Strawberry Park nie juga ada gerai-gerai jualan barangan cenderamata. Harga agak berpatutan dan kat sini juga ader taman lebah, lavender garden dan taman tanaman cendawan. Dapat gak ler anak-anak belajar dan tahu mengenai cara-cara penanaman cendewan.
Sebelum turun dari Gohtong Jaya, kitaorg singgah pula di Mini Cameron Highland. Di sini ada juga petik strawberry dan penanaman pokok-pokok suhu rendah dan jualan tanaman-tanaman ini.
Kesimpulannya, pengembaraan kitaorg arini menarik dan sangat puas hati. Banyak aktiviti-aktiviti yang anak-anak dapat lakukan termasuk main bowling walaupun xder plak gambo tgh main bowling.hihihi...yang penting anak-anak Enjoy!!!!
No comments:
Post a Comment