Hari kedua di Seoul kami mulakan dengan ke Seoul City Hall. Untuk ke Seoul City Hall ini anda perlu turun di City Hall Station (Line 1, 2 / Exit 5). Sebelum keluar penuhkan perut sesiap dengan bersarapan di umah. Mak sis yang masak..bekalan semua kami bawa dari Malaysia. Satu beg 25kg hanya bekalan makanan sahaja.hihihi... untungnya sewa homestay nie adalah boleh memasak. Sampai di Seoul City Hall sesi untuk kami bergambar puas-puas. Kawasan padang yang luas memudahkan lagi kejer sis melepaskan anak sis yang umur 2 tahun 9 bulan tu untuk bebas berlari. Puas la dia bermain dan sis pun boleh la menikmati panorama bangunan-bangunan tinggi dikeliling padang ini.
Inilah keluarga sis
Port wajib bergambar biler ke sini yer
Dari sini kami jalan kaki melalui beberapa blok bangunan untuk ke Cheongyecheon Stream. Sungai ini terkenal dengan kejernihan airnya walaupun sungai ini terletak di tengah bandar. Jernih tahap yang cam air paip tu. Memang tak tipu. Kalau ke Seoul pastikan anda pergi ke sini.
Dalam perjalanan nampak monumen nie cam menarik jer...bolehla bergambar lagi
Nampak tak kejernihan airnya
Anak sis pun mata tgk air jer..mesti geram sgt tu
Pose wajib
Destinasi seterusnya adalah coffee cafe + library Arc. N. Book. Viral tempat nie dengan susunan buku-bukunya yang melengkung dari bawah hingga ke atas kepala anda. Untuk ke sini anda boleh turun subway di Euljiro 1(il)-ga Station (Line 2 / Exit 1-1).
Pintu masuk ke cafe ini
inilah lokasi yang viralnya. aperpun tempat ini mmg nmpk esklusif
Seterusnya kami ke lagi satu library yang viral juga iaitu Starfield Library. Starfield library ini viral dengan tangga eskalator di tepi rak susunan buku dan lokasi library yang dibina secara 'open concept' di tengah-tengah pasaraya. untuk ke sini Subway : Samseong (Line 2/Exit 6).
Bersebelahan dengan Starfield nie adalah SM Town. SM Town ini adalah agensi yang menaungi artis-artis K-Pop Super Junior, Girl’s Generation, EXO, F(x), SHINee, NCT, Red Velvet, Super M, TVXQ, BoA dan banyak lagi.
Sis x paham sangat K-Pop ini, jadi sis tunggu adik2 sis kat luar jer. biar diorg jer bergembira dengan SM Town ni. Selanjutnya, dari SM Town nie kami ke K Star Road. Untuk ke K-Star Road Subway : Apgujeong Rodeo Station (Exit 7). Semasa di sini sis x dapat bergambar sgt sbb anak sis yang kecik tu tdo dalam beg kanggaroo dekat sis. Jadinya anak-anak sis yang lain jer bergambar dengan adik-adik.
Destinasi terakhir untuk ari nie adalah Banpo Bridge. Untuk ke sini dengan Subway : Express Bus Terminal Station (Line 3,7, 9 / Exit 8-1). Tapi sumpah nyesal sis ke sini sebab rupanya dari stesen subway tu masih jauh lagi kita perlu berjalan untuk sampai ke Banpo Bridge n persembahan lampu2nya biasa-biasa jer. Kira tak rugi pun kalau tak tak pergi.
Express Terminal Bus Station yang sangat bersih
Ini jer la permandangan-perandangan yang dapat anda lihat biler ke Banpo Bridge. Pada sis tak berbaloi dengan penat berjalan tu.hihihi...
Random pic sepanjang hari ke dua
eskalator di stesyen subway
Laluan pejalan kaki di stesen subway memang penuh gambar artis K-Pop
ini adalah ucapan hari lahir daripada peminat
mini library yang terdapat dalam gerabak subway
Tamat Part 2. Jumpa di Part 3 selepas ini yer.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment