Friday, February 7, 2020

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 3

Untuk hari ke-3 kami ke destinasi wajib iaitu ke Nami Island. Ini semua pengaruh Winter Sonata. Untuk ke Nami Island kami ambil chartered bus dari Hongdae terus ke Nami Island. Sis beli voucher dengan bayaran RM88 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Voucher ini termasuk pengankutan bas pergi dan balik, tiket feri dan tiket masuk ke Nami Island. Kami tiba di jeti feri jam 11 pagi dan kami perlu berada di situ kembali pada jam 3.00petang. kalau tak der kiranya driver bus akan anggap kita balik sendiri. jadi pandai-pandaila bajet masa yer. Perjalanan dalam feri ke Nami Island dalam 10 minit jer. Dari segi tempat makan anda tidak perlu risau kerana di Nami Island terdapat sebuah restoran iaitu Asian Cuisine Halal Restaurant. Di sini juga terdapat surau dan library untuk anak-anak.

Welcome to Nami Island

perjalanan atas feri.budak kecik lebih fokus pada air

Seronok dia bebas bermain dan berlari

jumpa geng la



Nak interframe gak budak kecik tu

kami puteri mak kami


Don't disturb

Pulang dari Nami Island kami turun bus di Myeongdong Shopping Street. Kalau anda yang nak ke sini dengan Subway : Myeongdong Station (Line 1/Exit 6). Sumpah boleh giler kat sini. semua benda nak beli. Product-product skincare dan kosmetik di jual murah. Masker yang dijual serendah RM1 pun ader itu tak termasuk lagi hand cream RM2-RM3. Arah tujuan sis adalah Nature Republic. Untuk beli cleanser dan sub block. Tapi tipula, banyak lagi yang lain sis terpaksa beli sebab terpengaruh.ahahaha...



Selepas penat shopping di Myeongdong kami beralih kepad operasi mengisi perut yang kosong. Di kawasan Myeongdong nie terdapat sebuah restoran Halal Kampungku. Masakan yang mmg terasa balik sampai Malaysia dan ayam goreng yang mabeles. Di tepi Restoran Kampungku juga terdapat Kampungku Halal Mart yang menjual barangan runcit yang halal. So, mak sis mmg borong abis stok makanan kat sini sbb bekalan makanan yang dibawak semakin menyusut walaupun 25kg beg bawa stok makanan jer yer.hihihi...

Di hadapan restoran Kampungku berlatar belakangkan Namsan Tower

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Myeongdong Underground Shopping Center di Stesen Subway : Euljiro 1 (il)-ga station (Exit 7) sebab adik-adik sis nak beli album-album Kpop mereka. Katanya di sini tempat paling top untuk mendapatkan album Kpop dengan harga yang berbaloi sebab dapat banyak cenderahati. Ok, last. jumpa esok. sis nk balik tdo. Arini step tetap cecah 18k steps. tahniah tahniah.



Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 4Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment