Monday, February 10, 2020

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 5

Mari mengenal sejarah... Tema untuk arini. Pakaian bebas. Destinasi untuk ari ke 5 adalah Gyeongbokgung Palace. Ianya merupakan salah satu daripada tempat-tempat menarik di Korea. 

Gyeongbokgung Palace merupakan istana diraja yang pertama dan terbesar semasa zaman Dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395, Gyeongbokgung Palace terletak di tengah-tengah Seoul (pada dahulu dikenali sebagau Hanyang) yang menunjukan kemegahan Dinasti Joseon. Ianya yang terbesar diantara 5 istana (Gyeonghuigung Palace, Deoksugung Palace, Changgyeonggung Palace, Changdeokgung Palace) dan bertindak sebagai istana utama pada waktu itu. Kerajaan Korea telah banyak melabur masa dan kesungguhan dalam membina semula, membaik pulih dan memperbaiki Gyeongbokgun Palace ini demi generasi akan datang. Proses pembaikan semula istana ini termasuklah juga dari kerosakan yang di lakukan pihak Jepun semasa pemerintahan mereka.

Ok tak citer sejarah skit. Info tu sis dapat dari broucher yang di beri masa beli tiket. Bayaran masuk ke sini adalah 3000 won bagi dewasa dan 1500 won bagi kanak-kanak. Kami memang plan untuk sampai di sini dalam anggaran waktu jam 11 pagi sebab pada jam 11pagi dan 1 tghari akan ader upacara pertukaran penjaga diraja. Kami sampai mmg on time. Dapat la kami menyaksikannya walaupun di tengah panas mentari. Oh ya, untuk pengetahuan semua semasa kami ke sana adalah Summer time yer. Tapi panasnya xder la sepanas di Malaysia. Anggaran suhu masih di bawah 30 darjah celcius. Kelebihan jika berkunjung waktu ini adalah tak perlu sediakan baju yang khusus dan boleh pakai jer pakaian yang kita gunakan di Malaysia. Anak-anak pun lebih selesa jika dibanding dengan pergi ketika winter. lagi satu musim Summer nie siangnya lebih panjang, jadi takder la terkejar waktu sangat. ok, sambung balik tentang Geongbukgung Palace. Untuk ke sini menggunakan Subway : Gyeongbokgung Palace (Line 3/Exit 5) atau Angguk Station (Line 3/Exit 1).
Masing bersemangat untuk ari yang baru..budak kecik masih tdo

Selamat tiba di Station Geongbokgung Palace

Muka-muka kepenatan selepas berpanas menonton upacara pertukaran penjaga diraja

Tempat wajib bergambar

Di perkarangan Istana

Complete package!!!

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, kami memang menyusun jadual perjalanan kami untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Seoul yang terletak di Itaewon. Untuk kesini menggunakan Subway : Itaewon (Line 6/Exit 3). Untuk ke Masjid ini anda perlu jalan terus kemudian belok kanan di Usadan-ro Street. Teruskan perjalanan mendaki jalan berbukit kemudian belok ke kiri di Usadan-ro 10-gil street. Jalan terus sehingga nampak gerbang masjid di sebelah kiri anda. Di sepanjang perjalanan ini anda akan dapat melihat kedai-kedai makan dan runcit halal yang banyak terdapat di sini. Kalau ke Iatewon pastikan anda memcuba kebab di Mr. Kebab yer. 


Bergambar selepas menunaikan solat jumaat 


Destinasi kami yang terakhir untuk hari ini adalah Namdaemun Street. Di sini adalah tempat untuk anda membeli beli cenderamata seperti key chain, magnet fridge dan tshirt korea. Sepanjang perjalanan sis di Seoul, tshirt korea paling murah adalah di Namdaemun Street. Untuk yang hendak membeli brooch korea, boleh ke Namdaemun Plaza. Setiap tingkat di dalam plaza itu menjual barang-barang yang berbeza. Namun harus diingatkan, yang plaza nie tutup agak awal iaitu pada jam 5 petang. jadi pastikan anda sampai lebih awal jika hendak shopping banyak di sini. Tapi untuk gerai2 jualan di luar plaza masih dibuka selepas jam 5. Untuk keychain dan magnet fridge, sis beli di luar plaza dan pemilik kedai tu fasih bercakap melayu Indonesia. Dia juga faham apa yang kita cakap. Seronok x kira dapat jumpa Korean yang boleh cakap Melayu. Katanya dia pernah bekerja di Jakarta dan dari situ dia belajar bertutur dalam bahasa melayu.

Penat membeli belah

Kegigihan masih diteruskan sebab esok dah nak balik kan. Dari Namdaemun kami berjalan kaki ke Myeongdong Shopping Street lagi. Tak abis lagi mood shopping tu. Tapi senang cerita kalau kata  Myeongdong nie mmg takkan abis shoppingnya. Selepas itu kami terus pulang ke Hongdae (umah kitaorang la.hihihi...).

Jangan tak tahu Hongdae nie mrupakan pusat atau tempat lepak anak muda di sini. Memang happening giler area sini. Ader jualan barang2 dengan harga yang murah juga. kiranya dah balik umah mandi2 pastu keluar lagi. Malam nie kan malam minggu dan malam terakhir di Seoul. Makanya kena la gunakan dengan sebaik mungkin.




Sekian untuk malam terakhir di Seoul. Jumpa esok..Esok dah nak balik.

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 1
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 2
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 3
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 4
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 6


Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment