Assalamualaikum....Semoga hari-hari anda berlalu dengan kejayaan. Kali nie sis nak buat post throwback skit. Kita ke bulan Julai 2019. Sis nak story tentang kembara sis bersama keluarga, abah, mak dan adik-adik ke bumi Seoul, Korea. Musim-musim K-Pop nie pakat-pakat beriya la nak ke Korea nie. Kembara Sis bermula 14 Julai 2019 (Ahad) hingga 20 Julai 2019 (Sabtu). Sis kembali tiba di Malaysia pada 21 Julai 2019 jam 5 pagi. Sememangnya puas sungguh berjalan kali nie, nak plak bersama-sama keluarga tersayang.
Sis memang sengaja ambil flight tengah malam untuk pergi dan balik supaya anak-anak sis tak bosan dengan 6 jam penerbangan itu. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Perjalanan sis dengan penerbangan Air Asia pada 14 Julai 2019 12 tengah malam. Sis selamat smpi di Incheon Airport pada jam 8.30pagi waktu tempatan. Perkara pertama yang anda perlu lakukan biler sampai di airport adalah membeli T-Money card. Ini kerana segala penggunaan subway di Seoul nanti adalah menggunakan T-Money. T-Money nie sama seperti Kad TnG kita. Kena top up untuk gunakan. Setiap orang perlu ada termasuk kanak-kanak berusia 3 tahun ke atas. Untuk memudahkan urusan, setiap kad tu semua dah topup W30k sesiap. Untuk ke Seoul, kami membeli tiket keretapi laju (KTX) di mesin jualan tiket. Lupa nak maklumkan yang T-Money tu boleh didapati di kedai-kedai serbaneka di airport.
Welcome to Incheon Airport
Inilah rupa T-Money dalam terdapat skali subway map route
Perjalanan menggunakan KTX dari Incheon Airport ke Seoul mengambil masa hampir 40min. Destinasi kami yang pertama untuk hari ini adalah Seoul World Cup Stadium. Stadium ini dibina bagi kegunaan World Cup pada tahun 2002. Stadium ini terletak di 240 Woldeukeom-ro, Seongsan 2(i)-dong, Mapo-gu.
Memandangkan adik-adik sis peminat tegar K-Pop jadinya diorang nak ke NIT Cafe/Wollim Ent. Sis layankan jer walau sis tak tahu aper2 pun. hihihi...Sampaikan la hajat diorang.
Dari sini kami terus pulang ke homestay yang sis dah booked menggunakan AirBnb. Sis pilih kawasan Hongdae kerana di stesen ini ader direct KTX ke airport. Jadinya waktu pulang nanti tak perlu sewa transport. boleh gunakan KTX jer. Untuk ke homestay kami, kami perlu turun di stesen subway Hongik University (Exit 8 & 9). Yang membezakan setiap exit tu adalah cabang kawasan dan juga seperti Exit 8 & 9 ini adalah seberang-seberang jalan jer. jadi seberang jalan underground sesiap. Memandangkan sis sekeluarga ramai iaitu seramai 11 orang makanya sis pilih homestay 3 bilik untuk keseselesaan kami bayaran RM800 semalam. Dah hampir sama harga sewa umah sebulan di Malaysia. :)
Dihadapan homestay
Selepas berehat dan mandi2, apa lagi, kita datang berjalan kan bukan untuk duduk di umah or hotel,hihihi...jadinya kami pun keluar la. Tujuan untuk arini adalah ker Ewha Womans University. Bukan nak kata tapi cantik dan bersih sungguh persekitaran dari exit subway tu hinggalah ke perkarangan University. Di sepanjang jalan ke university terdapat kedai2 yang menjual pelbagai barangan dan juga makanan. Untuk ke Ewha Women University anda perlu naik subway Line 2 / Exit 2
Jalan dari Stesyen Subway ke University
Dah sampai pintu masuk University
Mak sis berposing di taman di University
Di kiri kanan bangunan itu adalah library. boleh bayangkan tak betapa banyaknya buku-buku dalam tu
Sempat mak abah sis berdating
masih di dalam Ewha Women University
Seterusnya dari Ewha Women University kami ke Dongdaemun Design Plaza. Merupakan salah satu landmark yang perlu anda pergi bila berkunjung ke Seoul. Bangunan ini telah direkabentuk oleh arkitek terkenal iaitu Zaha Hadid. Ia telah memulakan pembinaannya pada November 2011 dan siap pada Mac 2014. Sejak itu Dongdaemun Design Plaza menjadi tempat tumpuan pelancong dan juga penduduk tempatan. Untuk ke Dongdaemun Design Plaza anda boleh turun di Dongdaemun History and Culture Park Station (Line 2,4,5 / Exit 1,2).
Pandangan luar Dongdaemun Design Plaza
View di Dongdaemun, sangat cantik dengan lampu-lampu
Tamat sudah jelajahan kami untuk hari pertama di Seoul. Jumpa lagi esok. Bye!!!!! Perut dah lapar, nak makan n balik rehatkan diri di rumah.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment