Monday, January 4, 2016

Tanah Lot, Bali

Setiap kunjungan ke Bali tidak sah andainya kita tidak mengunjungi Tanah Lot. Apa keistimewaan tempat ini sehingga adalah rugi andai kita tak pergi ke sini. Bayaran masuk ke Tanah Lot ini adalah IDR10,000/person. Senang cerita, aku listkan keistimewaan tempat ini berserta gambar la yer. 

1. Terletak di kawasan tebing bukit. Aku dan en. suami tiba di sini lebih kurang jam 5.30ptg. Ketika ini pengunjung dah semakin ramai. Kebanyakkannya nak melihat sunset di tebing bukit ini. Alif dah siap beritahu lokasi mana yang best untuk nak lihat sunset. 'Pastikan abang dengan kakak sudah berada di sini jam 6.15 nanti ya' - Pesanan Alif. hihihi... Kawasan ini adalah di bahagian permulaan Tanah Lot sebelum masuk ke kawasan bergambar yang lain. Cantik kan sunset di sini...



2. Nampak tak betapa ramainya manusia yang berada di bawah sana tu. Kawasan yang ramai orang berdiri itu akan tergelam di ketika air pasang dan 'pura' yang berada di atas batu itu akan seolah-olah terpisah dari daratan. Ketika aku dan en. suami tiba di kawasan ini. Air sedang mulai pasang. Cepat2 kami bergerak turun ke bawah. takut kempunan tak dapat bergambar di bawah. 




3. Ku sangkakan dari atas nak ke bawah tu tak jauh. rupanya berpeluh la gak. hihihi... Setakat berpeluh jer, anda tak perlu risau sebab dalam perjalanan ke bawah tu banyak lagi lokasi-lokasi menarik yang anda boleh bergambar yer. Untuk hantu bergambar cam saya memang puas hati bawak 2-3 gadjet sekali. ahaha...



4. Ketika aku dan en suami berada di atas batu2 di bahagian bawah siren amaran mengenai kenaikan paras air laut dah berbunyi dan melalui pembesar suara ade diberitahu untuk lebih berhati-hati ketika berada di batuan yer. Cepat-cepat kitaorang bergambar takut x sempat. tapi memang air dah mula memasahi batu-batu. ombak yang memutih menghempas batuan. indah sungguh...





Selesai bergambar di bawah terus aku dan en suami bergerak ke tempat yang telah diberitahu oleh Alif sebentar tadi. Saat yang dinantikan. Sunset di Tanah Lot, Bali.


Sampai kita ketemu lagi....

Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

No comments:

Post a Comment