Destinasi terakhir untuk arini adalah Waterblow Nusa Dua. Arini aku dan en suami nak balik hotel awal. nak menikmati suasana malam di Pantai Kuta pula. Waterblow ini terletak di dalam kawasan hotel elit di Nusa Dua. Rupanya dekat jer jer dengan Hotel pertama yang kami nginap, Hotel Grand Whizz.
Dapat juga bergambar dengan anak gajah putih.hihihi... di sini terdapat monumen pendamaian anatra negara-negara Asean yang dicatatkan nama-nama negara yang terlibat termasuk Malaysia. Selain daripada itu di sini juga terdapat patung arca Rama Shinta. Rama Shinta merupakan kisah cinta paling agung yang terkenal di Bali.
Seterusnya kami terus bergerak menuju ke arah pantai. Sebelum memasuki kawasan waterblow ini, ada satu pintu gerbang. Jadi tidak susah untuk anda mencari dimana lokasi sebenar Waterblow ini. Memasuki sahaja pintu gerbang itu, kami melalui titian kayu yang mana di kiri dan kanan kami adea lah batuan karang yang tajam yang terbentuk kesan daripada hakisan ombak waterblow ini. Menurut Alif, waterblow ketika kami sampai itu tidak kuat. Jika betul-betul kuat daripada pintu gerbang itu lagi kita sudah boleh nampak ombak tinggi yang terbentuk di Waterblow ini.
Nampak tak? Waterblownya seperti malu-malu jer nk blow. uhuhu...mungkin bukan rezeki kami pada kali ini nak lihat ombak tinggi yang selalu diperkatakan dan dipertontonkan di dalam en google.
Sepetang di Waterblow Nusa Dua.... Ayuh..kita Shopping di Agung Bali pula petang ini sebelum Alif hantar kami pulang ke hotel.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment