Pada kelazimannya, kita akan terfikirkan tentang tempat makan apabila berkunjung ke sesuatu tempat. Begitulah juga dengan aku apabila hendak berkunjung ke Bali. Perlu cari tempat makan yang Halal dan diyakini Halal nya itu. Seperti yang kita tahu kebanyakkan penduduk setempat adalah beragama Hindu. Di sebabkan itu juga aku mengambil pak supir muslim untuk membawa kami sepanjang tempoh 4H 3M di Bali. Ini kerana, dia tahu dimana tempat makan yang sesuai dengan kita. Jangan terkejut kalau sepanjang perjalanan anda di Bali anda akan dihidangkan dengan permandangan 'Babi Guling' yang dijual di tepi-tepi jalan.
Nasi Padang
Turun jer dari flight memang en suami dah aim nak makan nasi padang nie. Tidak sah kunjungan ke Indonesia kalau tak kena nasi Padang. Pilihan kami adalah sebuah restoran nasi padang yang terletak di jalan menuju ke Nusa Dua. Sebenarnya, aku dah lupa betul dengan nama restoran nie. Pada aku yang selalu ke Nasi padang di Indonesia nie, harganya agak mahal berbanding yang selalu aku g makan di Bandung. Mungkin tempat berbeza maka harga pun berbeza. Dari segi rasa pun agak kurang skit.
Restoran Jukung Bali
Mengenai restoran ini aku sudah membuat review di SINI
Restoran Batur Sari, Kintamani
Makanan yang disediakan di sini adalah secara buffet iaitu IDR 135,000/person. Boleh makan banyak mana pun yang anda perlukan. Katapun buffet kan. Ini memang satu masalah, boleh pula aku terlupa nak snap gambo deretan makanan yang disediakan. Gambar makanan dalam pinggan aku pun kira ok la yer.
Restoran Nasi Tempong
Nasi Tempong adalah hampir sama tapi tak serupa dengan ayam penyet. pilihan lauk anda boleh pilih samada ikan atau ayam atau sotong. Set nasi tempong ini lengkap bersama dengan sambal cili yang pedas, tempe dan sayur bayam. dari segi rasa memang hampir sama dengan ayam penyet. tambah pula dengan kicap manis mmemang terbaik. Dari segi harga pula adalah berpatutan. Tempat makannya juga agak selesa dan servis pun cepat.
Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro
Rasanya ini adalah restoran pilihan aku..maksudnya 'win' di hatiku. Masih terbayang-bayang lagi ayam masak telur asin dengan sambal bilis pete. Kena pula dengan nasi panas-panas dan kicap manis. nak pula masa makan tu dah terlajak waktu lunch. pukul 3 petang baru lunch. memang sangat-sangat 'win' la tempat nie. hihihi... Tempat makan selesa. berhawa dingin. sesuai untuk mereka yang berkunjung dengan anak kecil. servis tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Mungkin sebab orang ramai. tapi pukul 3 ramai orang penuh restoran kira boleh kategorikan restoran ini memang famous la kan.
Soda gembira..pasti gembira selepas minum |
Jus Alpukat terbaek punyer |
Sambal bilis pete |
Gurame Cili |
Ayam Telur Asin |
Murtabak / Terang Bulan
Disebabkan lunch tadi dah terlajak waktu dan terlajak makan sebab sedap sangat. Jadi malamnya aku dan en suami memilih untuk makan makanan ringan. Alif cadangkan pada kami untuk makan murtabak dan terang bulan. Murtabak di Bali ini sama seperti murtabak di Malaysia. Cuma Murtabak di sini di campur cendawan dan dimakan bersama acar timun. Terang Bulan pula adalah....... apam balik. memang sebijik sama seperti apam balik cuma tak der jagung tin jer. pilihan untuk terang bulan samada kacang atau coklat rice. tapi rasa murtabak tu memang 'A'. Sedap sangat. kulit murtabak garing diluar dan inti dalamnya gebu dan lembut jer. Beli dan bungkus makan di bilik hotel yer sebab murtabak dan terang bulan ini hany di jual di warung kaki lima kedai sahaja.
Restoran Nasi Padang Sederhana
Tidak sah kunjungan ke Indonesia kalau tak repeat makan nasi padang kan. ahaha..kali ini kami pilih untuk makan di Restoran nasi Padang Sederhana. Sama restoran yang seperti selalu aku dan en suami makan di Bandung. Ha..... kali nie baru best. baru puas hati. Rasa memang tak lari daripada di bandung. Gulai nangka, gulai ayam..memang rasa sebijik2. dan harga makan di sini juga sama seperti di bandung. ini baru best. Nasib ler jumpa di hari terakhir sebelum ke lapangan terbang. kalau tidak maunya hari-hari en suami ajak g makan nasi padang. sama cam g g bandung. hari-hari nasi padang.uhuhu...
OK...Inilah pilihan tempat makan aku dan en suami sepanjang 4H 3M berada di Bali. semoga ia dapat membantu anda-anda yang bakal berkunjung ke sana.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment