Tuesday, January 5, 2016

Pura Ulun Danu Beratan Tabanan, Bali

Hari ini merupakan hari ke-3 aku dan en suami berada di Bali. Esok dah nak balik. uhuhu...cepat sungguh masa berlalu. Terasa cam baru jer kaki nie menjejakkan kaki di Bali. Aktiviti kami untuk hari ini adalah untuk mengunjungi salah satu lokasi wajib jika berkunjung ke Bali iaitu Pura Ulun Danu. Mengapa tempat ini aku katakan sebagai tempat yang wajib dikunjungi. Sebabnya anda boleh tengok gambar di belakang note IDR50,000. Oppsss...lupa. bukan semua simpan note IDR kan . Nah aku bagi gambarnya k.



Nampak tak...aku ngan en suami nak ke situ ler. Bawah nie plak gambo aku ngan en . suami. sama tak cam dalam gambar duit tu. sama kan..Cuma bezanya, masa aku sampai tu air surut jadinya kawasan yang sepatutnya ader air tu nampak dasar tasik tue jer la.


Ok2...mula balik. Perjalanan dari Kuta ke Pura Ulun Danu ini mengambil masa hampir 2 jam. Kedudukan Ulun Danu ini adalah di ketinggian 1,200m dan keadaan cuaca di atas sana sangat dingin. Terasa cam di Cameron Highland. Kebetulan pula masa tu hujan, jadinya kedinginan adalah lebih daripada biasa. Namun menurut Alif cuaca di situ memang selalu hujan sebab di atas bukit.

Kami memulakan perjalan lebih awal kerana menurut Alif jika terlambat nanti jalan naik ke atas akan jem kerana banyak bas-bas pelancong yang akan naik ke atas. kiranya kami perlu mendahului bas-bas ini. 


Bayaran masuk ke Ulun Danu ini adalah IDR10,000/person. Ketika kami sampai di sini ramai kelihatan orang-orang yang berbaju putih. Rupanya mereka baru selesai menghadiri majlis keagamaan mereka di sini. Kebanyakkan mereka datang daripada kampung-kampung dr luar kawasan ini.



Lewat kami melalui kawasan 'pura' mereka, kami terus menuju ke kawasan tasik. Di sinilah terletaknya Monumen yang seperti terdapat di dalam gambar belakang note IDR50,000 itu. Peluang untuk bergambar di sini tidak kami lepaskan. Memang banyak btul gambar kami di Bali ini. Itu memang tidak dapat dinafikan. terasa rugi andai tertinggal memana spot-spot yang menarik.




Kan aku dah kata, masa kami berada di sana air tasik agak surut. Jadi kami dapatlah turun ke dasar tasik pula untuk bergambar.





Jalan nak keluar dari sini pun cantik jugak. uhuhu....Deretan pokok-pokok sejuk mata memandang. dah ler sememangnya suasana kat sana pun dingin. 



Setiap kali sebelum kunjungan kami berakhir, aku pasti akan katakan pada tempat-tempat ini, sampai kita ketemu lagi...

Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

No comments:

Post a Comment