7 Disember 2015 - Merupakan hari terakhir di Bali. Sekejap jer dah nak balik. Penerbangan pulang arini pada pukul 5 petang. Banyak masa lagi untuk aku dan en suami merayap di Pantai Kuta ini. Alif akan datang pick up kami di hotel jam 12 tgh ari. So, lepas sarapan pagi kami pun memulakan perjalanan merayap di Pantai Kuta. Keluar jer dari hotel terus menuju ke pantai. Pepagi hari tak ramai lagi orang yang berkunjung ke pantai. Dapat lah aku dan en suami bercanda di pasiran pantai. Ewah...ahaha...xder maknanya nk bercanda yer. Boleh dapat lihat orang yang surfing di sini. bermandi manda dan berjemuran. santai gitu...
Seperti pantai-pantai yang lain pantai Kuta juga bersih walaupun airnya tidak sejernih pantai-pantai lain yang pernah saya lawati. Namun di Pantai Kuta terdapat lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti pantai yang dapat dilakukan di sini. Untuk ke pantai Kuta ini anda perlu melaui pintu gerbang. Ini kerana disepanjang pantai itu ader tembok yang menjadi pemisah antara pantai dan jalan. seperti dalam gambar di atas yer.
Di sepanjang jalan di pantai Kuta ini jugalah terletaknya Hard Rock Cafe Bali. Tidak lengkap kunjungan kalau tak singgah ke sini. Dapat bergambar pun jadi lah..Niat dipermulaan. Last skali tergoda juga biler masuk ke dalam. ahaha...Terbeli jugak.
Jangan tak tahu yer, Jamie Oliver pun ader restaurant di Bali nie. seperti biasa, gambar jagangn dilupakan. bukti tu. Saper Jamie Oliver nie?? Tak tahu ker... cuba tanya En. Google mesti banyak jawapan yang diterima. hihihi...
Last skali adalah tempat untuk menghabiskan duit. Beachwalk Kuta. Di sin terdapat pelbagai rangkaian kedai-kedai berjenama untuk anda shopping. Harga agak tak masuk akal sebab boleh cecah beratus ribu dan berjuta. ahaha... ratus ribu rupiah ler. klu ratus ribu ringgit malaysia, kaya makcik... dan design-design pun menarik.
Penat berjalan, di Pantai Kuta, Hilangkan dahaga dengan Starbuck secawan. ader wifi free. ahaha...bleh la lepak sambil minum n main fb. penat jalan penat shopping. lepas rehat-rehat, balik hotel, packing-packing barang pula. Whuaaaa...dah nak bye bye Bali ler..
Nampaknya berakhirlah sudah catatan saya mengenai pengembaraan aku dan en suami ke Bali pada kali ini. Berharap moga diberi kesempatan untuk mengunjungi Bali bersama anak-anak tercinta pula selepas ini....
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment