Friday, August 15, 2014

Reunion Hari Raya

Bulan Syawal masih belum berakhir, jadi tak salah rasanya nak bercerita tentang raya lagi kan. Kebiasaannya, Hari Raya adalah hari untuk kita berkumpul bersama sanak saudara. bagi aku plak, yang bestnyer sebab biler raya aku dan famili akan pulang berhari raya di kampung halaman kami di Sungai Petani, Kedah. Tempat aku dan suami dilahitkan dan dibesarkan. Boleh dikatakan keseluruhan ahli keluarga kami masih berada di sekitar Kedah. kawan-kawan plak kebanyakkannya sudah berhijrah ke kota seperti juga kami sekeluarga. jadinya masa raya nielah semua akan pulang ke Sungai Petani.

Malam raya, aktiviti aku dan suami seperti biasa adalah mengunjungi Bazar Jam Besar. Menara Jam Besar ini sendiri mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu Jam Besar ini telah dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Menara Jam Besar Sungai Petani
Nak juga ber'selfie' di sini
Pagi raya kini menjelang, tahun nie turn pagi raya di umah mak mertua. So, thn nie dah dapat g semayang raya sebab anak2 dah besar. dah tahu aper istilah sembahyang walaupun yang adik tu ader gak meng'creat'kan satu citer yang biarlah rahsia masa di Masjid. hihihi...

Selepas sembahyang raya dan bermaaf-maafan, balik umah mak aku plak. masa sampai kat umah mak dah penuh dengan kereta Mohd Shah's Family.
Kaum Wanita Mohd Shah's Family
Kaum wanita Tok Bidin's Family
Nie baru reunion family...masa raya jugaklah masa untuk reunion bersama member-member masa sekolah dulu. Jom layankan gambo-gambo bersama sahabat sejati dari di bangku sekolah lagi.
Sampai juga ke umah Pn. Zila
Sempat juga Pn. Fazni di rumah Pn. Zila

My BFF 
Nak nyelit gak budak tu tau
at Ana's Home
Amik aura Mak Buyung Liza
My Classmate 98-99
Dengan anak masing-masing
Macam ader set warna tema plak

 Nielah reunion ku pada tahun ini. Alhamdulillah, kemeriahan raya tidak dapat dijual beli. Selamat hari Raya Aidilfitri semua...




No comments:

Post a Comment