Lokasi Kuala Sungai Baru nie terletak berhampiran dengan Pengkalan Balak. Senang citer bersempadan dengan Port Dickson.
Macam mana kitaorg boleh sampai ke sini?
Jawapannya sebab nak hantar adik ipar balik Kolej Universiti Islam Malaysia. memang dekat sangat Kuala Sungai Baru nie dengan kolej dia. tapi yang bestnyer, dia pun x pernah sampai sini.
Lokasi nie sangat menarik dan angin laut yang tak panas. sepoi2 bahas gitu. sambil menunggu air pasang. bot2 nelayan nie dh mula wat persediaan untuk keluar ke laut.
Cukup mendamaikan |
Kami Adik Beradik |
mak & abah |
Kami sampai di sana lebih kurang pukul 5 petang. Tulis kat situ waktu operasi jam 5 petang - 12 tgh malam. Kiranyer waktu kitaorang sampi tu cun dah ler. Rupanyer ader delay skit.hihihi... pukul 5.30ptg baru diorg buka. aperpun setia menunggu sebab dah nampak pepahat.
Tepat jam 5.30 terus jer capai pepahat, sotong, ketam, ikan pari n ikan siakap.. nampak bersemangatnyer nk makan.hihihi...Order air 1jug fresh oren & 1 jug teh o ais. Jom tengok hasil setelah siap di masak.
Restoran Ikan Bakar Kuala Sungai Baru |
Sotong Celup Tepung |
Siakap 3 Rasa |
Ketam Berlada |
Pepahat Sweet Sour |
Kailan Ikan Masin |
Ikan Pari Bakar Basah |
Secara keseluruhannya... nie review saya yer.
Bil. peserta JJCM : 7 orang dewasa
Bil. Bintang : 4/5
Lokasi : Restoran Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Melaka
No.Contact : 06-3879934
No comments:
Post a Comment