28 Disember 2019 - Hari kedua dia Kota Jogja. Bermula dengan Klinik Kopi yang mula viral disebabkan AADC 2. Terletak di laluan sebelum ke Gunung Merapi jadi kita singgah jer la untuk memenuhi misi AADC kita di Kota Jogja walaupun tahu kedainya hanya buka di waktu petang. Jadi kalau sesiapa yang berangan nak minum kopi cam Cinta & Rangga minum kena susun plan ke area sini pada waktu petang yer.
Dapat posing jer pun jadi la
Waktu urusniaga Klinik Kopi ini yer.
Tiba di destinasi kedua untuk arini iaitu Gunung Merapi. Ini baru di kaki gunung Merapi. Untuk Gunung Merapi tour nie kita perlu sewa jeep dengan bayaran Rph350k untuk sebuah jeep. Satu jeep boleh memuatkan maksimum 4 orang dewasa. So, kalau g ramai2 bolehla bayaran tu bahagi 4 orang yer.
Tempat yang akan di bawa semasa Merapi Tour nie adalah muzium Gunung Merapi yang menunjukkan tinggalan barang2 dan peralatan rumah yang musnah ketika letusan Gunung Merapi pada tahun 2010.
Seterusnya adalah Batu Alien. Dikatakan batu ini mempunyai bentuk rupa manusia dan ia terbentuk selepas kejadian letusan Gunung Merapi pada tahun 2010 juga.
Bunker Kaliadem merupakan destinasi terakhir untuk Merapi Tour nie. Bunker ini mula dibina pada tahun 2001 dan siap sepenuhnya pada 2004. Ia mula digunakan pada tahun 2005 dan pada tahun 2006 bunker ini telah menyebabkan dua orang yang berlindung di sini ketika letusan gunung merapi telah terperangkap dan terkorban di sini. Sejak itu, ia tidak lagi digunakan.
Rupa trek laluan semasa Merapi Tour
Tidak sah Merapi Tour nie tanpa bergambar di jeep dan berlatar belakangkan Gunung Merapi. Tapi nasib kurang menyebelahi kami kerana kabus tebal telah menutupi Gunung Merapi. Patutnya gambar di jeep nie akan berlatar belakangkan Gunung Merapi.
Kopi Volcano Merapi yang berharga Rph35k dan rasanya sungguh nikmat
Menu makan tengah hari
Sebelum ke destanasi seterusnya, kita nikmati Gurame goreng dan ayam bakar dulu di Saung Makan Bu Empat. terletak dalam perjalanan ke Candi Borobudur yang merupakan kuil Buddha yang terbesar di Dunia dan juga merupakan salah satu daripada kawasan perlindungan UNESCO.
Jadi harga masuknya juga agak lumayan. Bagi yang sedang belajar boleh bawa Student Card yer untuk mendapatkan harga pelajar seperti diriku. Tapi diorang nie memang check detail sungguh, siap minta masuk portal University untuk pastikan yang kita nie masih pelajar berdaftar. Bayaran masuk untuk pelajar adalah 15USD.
Kebetulan hari yang kami g Candi Borobudur ni adalah hari cuti sekolah di Indonesia, makanya ramai sungguh la orang kat sana. tapi, besar sungguh candi nie. kagum mata nie mengamati seni bina bangunan nie dan kegahannya berdiri utuh. hasil ukiran yang sungguh halus. namun yang agak mengecewakan adalah tiada board atau risalah yang diberikan pada pengunjung untuk mengetahui sejarah kawasan ini secara tepat.
Ini jer la post di stupa yang paling grand bangat, memandangkan orang terlalu ramai dan terlalu sukar untuk mendapatkan pose dengan background tanpa orang ramai.
nampak tak kawasan Candi Borobudur ini memang dijaga elok dan sempurna. dari segi kebersihan memang tip top. susah nak jumpa sampah atau plastik coklat pun. memang ader pekerja yang sentiasa bersama penyapu di kawasan ini.
Destanasi terakhir, Gereja Ayam yang juga merupakan salah satu tempat shooting AADC. sepatutnya untuk sampi ke puncak ini ader jeep yang disediakan dengan bayaran Rph15k, namun pada ketika kami smpi, Gereja Ayam ini telah ditutup sebab dah nak malam. Kul 5 petang tu umpama jam 6 lebih dah di Malaysia. Jadinya atas kesungguhan nak juga bergambar di hadapan Gereja Ayam ini, maka menapakla memanjat bukit lebih kurang 200m. En. Suami pun ikut jer la punya nak sampaikan hajat Si Isteri. Terima kasih En. Suami.
Untuk dinner di hari kedua, pak supir telah mencadangkan untuk kami makan Mee Jawa yang merupakan salah satu signature menu di Kota Jogja. Pilihan kami adalah di Bakmi Jombor. Rasanya memang meletops cuma orang-orang di sini kurang makan makanan pedas jadinya menu semua kurang pedas. Dan dari segi perbandingan tempat makan, di Kota Jogja kebanyakkan tempat2 makannya adalah di warung dan harga makanannya lebih murah sebab di warung jika dibandingkan jika ke Bandung atau Bali yang mana harga makanan adalah lebih berlipat kali ganda namun tempat2 makannya pun lebih grand.
Pose wajib, bukti kami dah sampai Malioboro Street. Dari hotel kami stay untuk ke sini hanya jalan kaki. Nak kata jauh sangat tu tak la tapi jauh la juga.ahahaha...tapi still acceptable. kat Malioboro Street nie manusia memang ramai giler. ker memang semua tempat yang dikunjungi memang ramai orang. di sini terdapat banyak jualan barang2 batik dan Tshirt Jogja. Harga memang murah. Tapi untuk Tshirt Jogja tu aku dapat beli di Candi Borobudur lebih murah iaitu 7helai Rph100k. Di Malioboro street nie 6helai Rph100k. so, pepandai la buat pilihan dan pastikan baju yang didisplay dan di bungkus tu sama yer. kadang display jenis kain lain n yang dibungkus jenis kain lain. Selamat membeli belah yer. Selamat malam untuk hari Kedua.
Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 1
Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 3
Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 4
Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 5
No comments:
Post a Comment