Monday, January 13, 2020

Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 1

Selamat Tahun Baru. Tiba akhirnya kita di tahun 2020. Sejak dari kecik lagi di laungkan Wawasan 2020. Ketika itu terasa jauhnya pandangan kita hingga ke tahun 2020 tetapi saper sangka akhirnya kita telah tiba di 2020. Ok, balik kepada tajuk posting kali nie.
Selepas cerita Ada Apa Dengan Cinta 2 menjalankan penggambaran di Kota Jogja, dalam hati sentiasa menyimpan angan-angan untuk ke Kota Jogja. Jadinya untuk anniversary yang ke 12 nie En. Suami menunaikan hajat ini. Kali pertama berpisah dengan anak yang paling kecil nie diusia dia 3tahun 2bulan. Alhamdulillah dipermudahkanNya walaupun mama hati tisu gak kat sana, siap bawa bantal tdo anak satu. Uhuhuhu...

Pengembaraan ke Kota Jogja kali nie untuk tempoh 5Hari 4Malam. Bermula dari 27 Disember 2019 - 31 Disember 2019. Penerbangan kali ini pada jam 3.20ptg dan sampai di Yogyakarta pada jam 5.00ptg. Pernerbangan mengambil masa lebihkurang 2jam30min. alhamdulillah...semuanya berjalan lancar.



Airport Yogyajakarta mmg kecil sahaja, turun kapal terbang, masuk bangunan terus dah tempat pemeriksaan imigresen. Selepas itu  pemeriksaan kastam. tapi kali nie pertama kali berhadapan dengan pemeriksaan menggunakan anjing. Anda akan diminta beratur dan akan di bawa anjing untuk menghidu anda dan juga beg anda. jangan cemas cuma relaks dan bertenang. Keluar jer di pintu ketibaan dah nampak nama sendiri yang dipegang oleh pak supir di sana. Supir kali nie nama Mas Agus. Memang dah di booking semasa di Malaysia lagi. untuk memudahkan urusan.sekurang2nya semasa tiba kita dah boleh tahu ader transport yang dah menunggu. kebetulan ketika kami tiba, di Jogja sedang hujan. Jarak antara airport dan Kota Jogja juga tidak jauh jika tidak jem. hanya dalam lingkungan 10-15min sahaja. Hari hujan, apa lagi perut lapar. Terus request pak supir bawak makan dulu. Disebabkan diri sendiri pun x sempat nak study bebtul makanan wajib di Jogja maka kita minta pak supir yang suggestkan. ok, tepat pilihan adalah Sate Klatak Pak Jede. 

Yang ini bukan Pak Jede yer. Hihihi...

Suasana Warung Sate Klathak

Set Sate Klathak, nasi putih dan Tongseng (sup kambing)

semestinya soda gembira

Pertama kali makan sate klathak ini mmg tak terkata sedapnya. Juicy daging kambing yang di bakar dengan hanya meletakkan air garam tu memang sedapnya. Kesimpulannya, menu sate klathak memang sangat sesuai untuk peminat daging kambing. Harga makan untuk malam itu Rph 100k. Seterusnya check in hotel. Hotel yang dipilih adalah Pop Sangaji. Kononnya dekat dengan Malioboro Street. tapi x tau la betul ker tak sebab x teroka lagi kawasan itu. tapi menurut pak supir, lokasi hotel itu terletak berhampiran dengan Tugu Putih yang menjadi tempat lepak anak2 muda di malam hari. Selepas check in dan berehat sebentar, trus keluar nk teroka kawasan tersebut. hari masih hujan, nasib juga hotel ader sediakan payung. boleh juga meredah hujan di malam itu. Ini hasil2 photo di tugu putih pada malam itu, tetapi x ramai orang sebab ari hujan.





Sebelum pulang ke hotel, sempat singgah di warung-warung di hadapan hotel beli makanan wajib biler di Indonesia iaitu Murtabak telur. memang sedap. Setiap kali ke buni Indonesia mmg ini yang akan di beli. Ok.Settle ari pertama di Kota Jogja. Sambung di Part 2 ya untuk ari kedua.






No comments:

Post a Comment