Catatan di hari ke 3 bermula dengan Taman Sari. Taman Sari pada mulanya merupakan taman diraja Kota Jogja yang dilengkapi dengan kolam mandian bagi golongan istana do Kota Jogja. Namun ia sudah tidak digunakan lagi pada ketika kini. Memandangkan ketika kami tiba disana, taman ini masih belum dibuka kerana ia hanya mula dibuka pada pukul 8.30 pagi, oleh itu kami mengambil keputusan untuk pusing2 sendiri disekitar taman. Sebab kami perlu cepat untuk kejar waktu untuk sampai awal di Kalibiru sebelum orang ramai di sana. Maka, ini jer la gambar2 kami di sekitar Taman Sari.
Seperti yang telah dinyatakan tadi, destinasi kami yang seterusnya adalah Kalibiru. Untuk ke puncak Kalibiru, anda punya pilihan samada untuk menyewa jeep atau bagi yang selesa atau mahir untuk memandu sendiri ke puncak boleh menggunakan kereta sendiri. Disebabkan pak supir kami telah tahu dan mahir dengan selok belok di kawasan ini, jadinya kami terus di bawa ke puncak kalibiru dengan kereta pak supir jer. Jalannya agak berselekoh tajam dan cerunnya juga agak gerun.
Bayaran masuk ke Kalibiru ini adalah Rph 10k setiap orang. untuk mengambil gambar-gambar disetiap spot juga di kenakan bayaran lagi. ketika kami tiba, orang masih belum ramai, jadinya kami tidak perlu menunggu lama di setiap spot untuk bergambar. Untuk yang kami pilih bayarannya adalah Rph 15k setiap orang dan setiap gambar yang kita pilih dari kamera professional mereka perlu dibayar Rph5k bagi setiap photo. Namun bagi spot Basikal, bayaran yang dikenakan adalah Rph 30k setiap orang dan ia telah termasuk 4 pose gambar. Gambar yang dipilih tidak akan diprint seperti mana selalu saya bergambar di Bali, tetapi ia hanya ditransfer masuk ke smart phone kita. Memang berbaloi ke sini, view yang sangat menarik dengan udara yang nyaman.
Ok, sempat juga lagi mencari indomee di puncak Kalibiru. Harga makanan juga tidak la terlalu mahal. Semangkuk Indomee ini cuma berharga Rph 8k lebih kurang RM2.40 kita. Memang puas hati. Ternyata percaturan pak supir kami tepat. Ketika kami sampai memang x ramai orang dan parking juga masih banyak yang kosong. Namun, ketika kami pulang parking semua telah penuh dan ketika kami dalam perjalanan turun memang banyak kereta yang berselisih.
Destinasi seterusnya adalah Pantai Parangtritis. Memandangkan ketika kunjungan kami adalah di hari liburan warga indonesia, maka memang ramai la pengunjung ke sini. Pantainya mirip seperti Pantai Pandawa di Bali. Cuma di Pantai Pandawa, kebanyakkan pengunjungnya adalah dari negara luar namun di sini kebanyakkan adalah rakyat tempatan. Gerai jualan pun banyak terdapat disini. Menjual pelbagai cenderamata dan pakaian yang boleh debeli untuk di bawa pulang.
Kalau dah ke Pantai Parangtritis, mesti kena stop di Gumuk Pasir. Banyak juga aktiviti yang dapat dijalankan di sini seperti, naik jeep, sandboarding dan ATV. Menarik sbb kawasan pasirnya sangat luas seolah-olah anda berada di padang pasir. Untuk sandboarding, bayaran yang dikenakan adalah Rph 100k untuk 30min manakala untuk ATV pula adalah Rph 150k untuk 30 min juga.
sudah hari ketiga di bumi Indonesia tapi x dapat ketemu dengan nasi padang lagi nie. Makanya untuk makan malam kali nie, perut request nak makan nasi padang. Di Kota Jogja ini hanya ader satu cabang Restoran Nasi Padang Sederhana. Memang puas makan gulai ayam, gulai kikir (keting sapi), gulai nangka dan peparu goreng. Sambal merah sebagai penyedap rasa lagi. Memang puas hati.
Selepas makan, pulang ke hotel dan beristirehat sebentar. Kemudian, kita kuar lepak di tugu lagi. arini xder mod nak jalan-jalan so, just lepak minum di Kebon Ndalem. Coffee Latte & Laicy Tea.
Maka berakhir la pengembaraan kami untuk hari ke-3 di Kota Jogja. Jumpa esok pula yer.
No comments:
Post a Comment