Bertemu kembali di hari ke-2 di Ho Chin Minh City. Aktiviti bermula jam 7pagi. Turun hotel, breakfast dan cari bekalan makanan untuk di bawa ke Delta Mekong. Seperti yang telah dijanjikan pihak travel agent jam 7.40pahi di lobi hotel. Pihak travel agent datang jemput kitaorang di hotel.
Kami pergi ke Delta Mekong dengan menaiki van ntah baper seater punyer. hihihi...kiranyer dekat belakang 12 orang dan depan ader 3 orang...kiranya 15 seater. boleh la yer kira macam tu.
Sesampai jer kitaorang di Jeti Delta Mekong kami diberi sedikit penerangan tentang trip untuk hari ini. kami diberitahu yang waktu balik nanti kitaorang akan balik dengan bas memandangkan van yang kami naik tadi akan membawa yang pelancong yang lain ke destinasi yang lain.
Benda pertama yang dibeli di jeti ini adalah topi askar untuk anak2. Takut diorang panas nanti sepanjang perjalanan. berharga rm3. murah kan...hihihi...
Kali pertama sampai di sini memang kagum melihat sungai yang begitu besar di depan mata. Lepas tu nampak plak bot2 yang tengah menunggu pelancong. Pengalaman naik bot masa di Sarawak masih menghantui diri. hihihi...Alhamdulillah, rupanya apabila naik boat nie rasa lebih selamat. lagipun mungkin sbb leka melihat pemandangan di sekeliling sungai menyebabkan rasa takut tu hilang. Menurut pemandu pelancong kitaorang, penduduk di sepanjang sungai mekong menjalankan aktiviti harian mereka menggunakan air sungai mekong dan ada antara mereka yang tinggal di rumah-rumah yang dibina secara terapung di atas sungai mekong. ada juga antara mereka yang tinggal hanya di dalam bot2 besar. Jangan terkejut pula bila smpai di sini sebab di sini pun ader jambatan yang mirip rekaan strukturnya seperti jambatan Pualu Pinang.
Tempat pertama yang kami kunjungi adalah perkampungan lebah. Di sini, mereka menjalankan kegiatan membela lebah. kami ditunjukkan dengan lebah2 yang dibela oleh mereka. setelah itu kami dihidangkan dengan teh yang dicampur dengan madu dan nipis. seperti yang kita tahu. 3 sekawan nie sangat bagus untuk tekak dan bagi mereka yang batuk.
Selesai Minum teh kami di bawa bersiar-siar keliling kampung. di sini kebanyakkan penduduk setempat menjual cenderamata-cenderamata handmade. Anda boleh pilih tapi saya tak der plak bertanya mengenai harga. hihihi...
selesai pusing-pusing kampung, kini tiba aktiviti yang dinanti-nantikan. aktiviti naik sampan kecik. semasa di jeti pemandu pelancong dh beritahu supaya jangan letak tangan di tepi sampan. dikhuatiri tangan anda akan tercedera apabila sampan-sampan ini berlaga antara satu sama lain. lorong sungai yang kecik tapi dipenuhi dengan berpuluh sampana kecil... rasanya boleh sampai ratusan sampan di sungai itu. Yang jadi lebih kagum apabila anak sulung saya yang penakut tu bleh plak selamba jer naik sampan tu sesorang dan duduk di bahagian depan sesorang. mungkin dia begitu teruja nak naik sampan tu sampi terlupa takut. hihihi.. kalau anda rasa kesian tgk orang-orang yang mendayung sampan tu anda boleh ler berikan tips pada mereka. jangan terkejut sblm smpi ke boat besar akan ader sampan-sampan disekeliling sungai tersebut yang akan meminta anda utk memberikan tip pada sahabat-sahabat yang mendayung sampan anda itu.
Dengan sampai ini kami di bawa semula ke bot besar yang memula kami naik tadi. Setelah itu, boat tersebut bawa kami ke pulau dimana tempat pemprosesan coconut candy. di sini anak no.2 saya dh tido, jadi tiada gambar yang dapat dikongsikan sebab penat dukung baby tua. hihihi... semasa disini diorang ader menunjukkan cara menyediakan coconut candy. yang bestnyer lagi dapat merasa coconut candy yang masih lagi panas2. memang best. Setelah itu kami di bawa untuk makan tengah hari. jadi, disinilah kami mengisi perut kami dengan bekalan yang telah dibawa. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. xder gambar juga lagi sbb baby tua masih tido.
Dari tempat makan ini kami dibawa naik boat sekali lagi. ketika ini air sungai dah semakin meningkat. Air pasang..kami kemudiannya di bawa ke satu pulau dimna di sini kami dihidangkan dengan buah-buahan tempatan. sambil2 makan buah-buahan tempatan sambil dengar nyanyian lagu-lagu traditional mereka. diorang akan letakkan bakul2 kecil di setiap meja. dalam bakul tu anda boleh la letakkan tip untuk mereka.
ini adalah destinasi terakhir untuk hari ini. sesampainya di jeti kami terus naik bas dan kakak terus terlelap. Mungkin penat sangat kot. Semasa perjalanan pulang itu, bas itu berhenti di satu RnR yang mempunyai pemandangan yang sangat cantik. jadinya saya dgn adik sahaja yang turun. Suami pula menunggu kakak yang tidur dalam bas.
Macam rasa tak penat jer kan...pulang dari sungai Mekong tu dan sampai di area Pasar BenThan lebih kurang jam 6.30ptg. Waktu tu dah gelap dah. balik bilik dulu dan mandi-mandi. Lepas tu malam keluar lagi pergi pasar malam. Aktiviti cari baju untuk dipakai esok hari pula. hihihi...ok...yang pasti anak-anak seronok dapat jalan-jalan naik bot arini.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
azravitamin.blogspot.com
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteJom Lawat Blog Azra Vitamin 4u
ReplyDelete