Alhamdulillah, dipermudahkan segala urusan kami 4 beranak, selamat pergi dan selamat pulang ke Malaysia. Perjalanan kami kali nie adalah ke Ho Chin Minh City atau dahulunya tempat ini dikenali dengan nama Saigon. Tempoh trip kami kali ini adalah 4hari 3malam. Sesuatu yang sangat indah apabila dapat bersama anak-anak selama 24jam sehari selama 4hari 3malam. Ini semua reward untuk anak-anak mama yang mama tinggalkan 8jam setiap hari untuk mama pergi bekerja. Terima kasih anak-anak mama yang memahami kehidupan keluarga kita. Alamak....ter'touching' plak awal-awal cerita nie.
Ok...kita teruskan. Rezeki kitaorg kali nie dalam tengah survey2 harga AirAsia terjumpa plak tiket dengan harga yang berpatutan jadi terus jer beli dalam tempoh penerbangan x sampai 2bulan dari tarikh belian. hihihi...kiranya kali nie tak perlu tunggu setahun untuk dapat tiket murah. Semua sudah sedia maklum yang penerbangan AirAsia sekarang beroperasi di KLIA 2 dan ini bermaksud dah takder parking murah rm16/day yer. Kalau parking di KLIA 2 sekarang rm46/day. Kalau dah 4hari cmner tu. uhuhu... Pikir-pikir punyer pikir akhirnya tercetus idea ERL.... Kul 6.30pagi dh kena ada di KLIA2. Jadinya pukul 5.30pagi kami 4 beranak dh kuar umah menuju ke Stesen ERL Kota Warisan. Bayaran parking di sini RM2/entry/day. Bayran ERL Transit untuk ke KLIA2 rm3.20 untuk dewasa dan rm1.60 untuk kanak-kanak. Jadinya untuk kami 4 beranak rm9.60.
Kami tiba di KLIA2 lebih kurang jam 6.20pagi. Sampai di sana buat segala urusan yang patut n perut pun dh mula lapar. Dah tak sabar dah rasanyer nk naik flight nie sebab nk makan. ahaha...
Ada budak dah x larat jalan |
Dah mula berdukung |
Sesampai di sana memang sangat berbeza antara airport Ho Chin Minh dengan LCCT. Nasib baik ler LCCT dh pindah ke KLIA2, kalau tidak....Aduh !!! siler sambung ayat tu sendiri yer. Selepas melepasi Imigresen trus jer cari money changer di airport. bukannya x tukar duit di Malaysia tp duit yang dapat di Malaysia semua note besar. target arini dari airport ke Pasar BenThan nk naik bas jer. Lepas tukar duit terus jer keluar dari airport dan menuju ke arah Bas 152 yang setia menanti. Bayaran untuk kami 4 beranak 10 000dng. Jumlah bayaran yang dikenakan adalah mengikut suka hati driver bas tu yer. Macam kitaorang dia cuma kira yang dewasa jer. anak-anak dia x kira. beg pun x kira.
Perjalanan hampir 20-30min sampai ler di stesen bas yang terletak betul-betul bulatan kuda Pasar BenThan. Aktiviti pertama adalah pergi check in dulu. walaupun masa tu baru pukul 10.30pagi tapi kitaorg pergi mencuba nasib. Hotel yang telah dibooking menggunakan Agoda adalah Saigon Pink 2. Nasib kitaorg baik sbb bilik kitaorang dh ready. jadinya dh boleh check in terus. rezeki anak-anak. dapatlah diorang berehat dulu sebelum meneruskan aktiviti untuk hari ini.
Lebih kurang pukul 12.30tgh hari mula keluar mencari makanan untuk lunch. pilihan saya untuk makan adalah Pho (Vietnam Noodles). Orang kata kalau datang Ho Chin Mhin kena cuba...Kos untuk sepinggan Pho ini adalah 100 000dng = RM15.80. hihihi...Husband kata nnt malam kita cuba kedai lain pula. banyak pilihan makanan muslim yang terdapat di hadapan n tepi-tepi hotel. kiranya area nie mmg pilihan yang tepat untuk orang muslim.
100 000dng Pho Bhan Mi |
10 000dng mineral water. kalau di 7e 5 000dng |
Lepas makan ader juga survey pakej muslim untuk ke Delta Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel. Bayaran untuk Delta Sungai Mekong 30USD/person termasuk makan. Tapi bile tanya makan di mana diorang kata makanan akan dibawa dr kedai diorang. So, kitaorang amik keputusan untuk jalan lagi. setiap travel agen yang terdapat di situ kitaorang tanya smpi dh x larat tanya trus jer buat keputusan di kedai yang terakhir tu. 80USD untuk kami 4 beranak dan perjalanan ke Delta Sungai Mekong dan Cu Chi Tunnel. Makanan kami boleh bawak sndr. terbaik!!!
Dari situ kitaorang berjalan-jalan sekitar Ho Chin Mihn City dan travel agent tadi bg map untuk kitaorang jalan n cari Post Office, Saigon Notre-Dame Basilica, Bangunan Parlimen, War Museum dan Hard Rock Cafe. Semua tempat tu kitaorang berjaya sampai kecuali War Museum sebab kakak dh x larat jalan dan saya dan suami x larat dukung adik.
Ada budak dah nak berdukung jer |
park untuk rest |
Saigon Post Office |
Malam tu kitaorang cuma jalan-jalan disekitar hotel. G pasar malam n yang tetap adalah mengulang minum kopi vietnam. Nak plak kopi halal vietnam nie mmg dijual betul-betul depan hotel. memang terbaik.
Menu Pho lagi |
Malam nie mencuba Pho do Restoran Hjh Basiroh. Disini harga makanan kebih murah berbanding yang tengah hari tadi. Semangkuk Pho 50 000dng. Secawan teh tarik 20 000dng. Kalau yang tgh ari tadi secawan teh tarik 45 000dng. Tetapi masalahnya adalah anak saya dh terpikat dengan Pho kedai yang tgh hari tadi. Jadinya sepanjang 4 hari di sana perlu bawak dia g makan pho di Restoran Melayu itu. Ok...untuk cerita yang berikutnya tunggu next part k..
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
azravitamin.blogspot.com
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment