Thursday, December 4, 2014

Ho Chin Minh City (Saigon) - Day 3

Hari ke - 3 di Ho Chin Minh City. Aktiviti hari ini adalah mengunjungi tempat bersejarah iaitu Cu Chi Tunnel.  Ia terletak sekitar 70km dari Barat Laut bandar Ho Chi Minh City. Cu Chi Tunnel merupakan tempat tinggalan sejarah ketika tercetusnya peperangan antara Vietnam dan Amerika pada tahun 1970-an. Vietnam berjaya mempertahankan negara mereka dari dikuasai Amerika apabila tinggalan sejarah ini membuktikan bagaimana mereka berjaya membentuk laluan bawah tanah (terowong) 3 level sejauh 250km panjangnya.



Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 1/2 jam. Sebelum sampai ke tempat yang dituju, kami berhenti seketika di sebuah pusat kraftangan untuk orang-orang OKU. di sini mereka membuat kraftangan menggunakan kulit telur dan hasil seni mereka adalah sangat kemas dan cantik.


sesampai di sana, kami terus melalui satu terowong besar. sebenarnya terowong tu adalah laluan masuk utama ke Cu Chi Tunnel. Sampai jer di dalam kawasan Cu chi Tunnel kami telah diberi penerangan mengenai Cu Chi Tunnel.


Setelah penerangan diberikan, kami di bawa ke sebuah pondok untuk menonton dokumentari mengenai peperangan yang berlaku di Vietnam dan bagaimana Cu Chi Tunnel ini berfungsi pada ketika itu.


Dah tgk cerita, haruslah kita melawat kawasan pula kan.., Kami di bawa melalui denai-denai dan ditunjukkan dengan laluan-laluan rahsia. Memang rasa macam x percaya laluan rahsia itu ditutupi dengan daun-daun pokok dan kita tidak akan dapat melihat laluan itu dengan mata kasar. Laluan itu juga sangat kecik dan hanya saiz2 tertentu jer yang dapat masuk ke situ.hihihi...




Terowong sempit yang bersambung dengan beberapa penjuru hanya cukup untuk laluan satu orang dewasa yang mempunyai saiz badan sederhana. Pastinya keadaan terowong yang sempit dan gelap ini kurang oksigen di dalamnya. Oleh itu, dinasihatkan kepada mereka yang mempunyai penyakit seperti athma, darah tinggi, jantung dan lain-lain yang dirasakan tidak sesuai untuk mencuba terowong ini untuk tidak memasukinya. Bagi mengelakkan takungan air dan banjir di dalam terowong, ia bersambung dengan sungai berhampiran sebagai pembuangan air hujan.


Ini pula merupakan kereta kebal M41 milik Amerika yang berjaya dimusnahkan oleh tentera Vietnam pada tahun 1970. Bagaimana mereka berjaya memusnahkan kereta kebal ini, hanya mereka sahaja yang mengetahuinya.



Dah tengok kereta kebal, kami di bawa tgk jenis-jenis jerangkap samar yang terdapat disini. kalau membayangkan musuh-musuh yang tersangkut di situ mmg terasa ngeri. jadi jalan terbaik jangan bayangkan. jadinya, saya pun tak ambil gambar sebab tak nak anda bayangkan juga.hihihi.... Setelah itu kami di bawa ke pondok yang menunjukkan cara-cara mereka membuat peluru/bom. kebanyakkan bom yang mereka buat adalah hasil daripada bom pihak musuh dan mereka telah men'modify' bom-bom tersebut. Cam power jer ayat men'modify' tu. 



Husband pula ambil peluang untuk merasai pengalaman menggunakan senjata api yang betul-betul punyer. Alah...tapi gambo tak letak sini sebab hanya penembak jer yang boleh turun ke lapang sasar tu. Jadinya gambar-gambarnya tak der la.


Seterusnya husband saya sekali lagi mengambil peluang merasai kegelapan di dalam terowong yang digunakan semasa perang. Saya x dapat join sebab jaga anak-anak kan. Komen husband, gelap dan sempit. memang masa jalan tu ikut orang depan jer.hihihi...




Destinasi terakhir adalah makan....di sini kami dihidangkan dengan ubi kayu rebus....badan dah penat, ubi kayu rebus pun rasa sedap sangat dah.




Akhir sekali bergambar kenangan buat kali terakhir di Cu Chi Tunnel. Naik jer bas, semua hanya melayan mata. 


Aktiviti hari ini tidak berakhir begitu sahaja. kami sampi di Ho Chin Minh City lebih kurang jam 2 petang. perut dah lapo...cari makan dan balik bilik. rehat-rehat sekejap dan terus ke Pasar BenThan....ader misi yang perlu diselesaikan. Misi Shopping dan shopping. Paling puas hati dapat tempah baju Prada Lace. tertunai hajat di hatai. Pukul 5ptg tempah dan pukul 8 baju dah sampai balik hotel.

Seperti malam-malam terdahulu, aktiviti malam nie adalah shopping di Pasar Malam. malam terakhir. Esok dah nak balik. rasa x puas plak shopping nie. Wink Wink...ader niat nk datang lagi nie. Balik pun tak lagi dah niat nk datang lagi. Bagus kan...Ok, tak nak melalut panjang, jumpa lagi esok.

Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
azravitamin.blogspot.com 
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA. Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment