1.TERLALU KERAP MENCUCI MUKA
- "Kerap" itu subjektif, bergantung pada jenis kulit muka. Anda perlu mengenali jenis kulit anda (complexion) sama ada kering, biasa atau berminyak.
- Secara asasnya, 2 kali sehari adalah yang terbaik. Sekali di sebelah pagi dan sekali di sebelah malam.
- Kulit yang kering atau lebih berusia akan memerlukan rawatan tambahan seperti pelembab atau pun losyen untuk mengekalkan hidrasi wajah selepas mencuci muka.
- Kulit dengan minyak berlebihan perlu mencuci muka 2 - 3 kali sehari untuk menghilangkan minyak yang sering menyumbatkan pori-pori kulit muka dan menyebabkan masalah jerawat.
2.KESALAHAN MEMILIH PRODUK
- Terdapat jutaan jenis produk terjual dipasaran dengan pelbagai jenis kandungan untuk tujuan rawatan kulit yang berbeza-beza. Terdapat dalam jenis Foam (Buih), Gel, Cream (Krim) & Soap bar (Sabun).
- Adalah penting untuk kita mengenali dengan betul jenis dan masalah kulit kita sebelum memilih produk.
- Buat kajian tentang bahan-bahan yang terkandung dalam produk untuk mengelakkan risiko ke atas kulit anda.
- Baca label sebelum menggunakannya!
3.TERLALU CEPAT MENCUCI & MEMBILAS
- Selepas sapuan pada keseluruhan muka, tinggalkan beberapa saat 10-20 saat pada muka anda supaya bahan-bahan aktif dapat menguraikan minyak dan kotoran contohnya dari bahan make-up anda dengan menyeluruh. Biarkan pencuci muka anda melakukan "deep-cleansing".
- Bilasan yang terlalu cepat akan meninggalkan sisa-sisa kotoran yang akan terkumpul, menyumbatkan pori-pori muka dan menyebabkan timbulnya pelbagai masalah kulit lain seperti jerawat.
4.MENCUCI MUKA, KEMUDIAN RAMBUT
- Ini kesilapan yang paling ramai orang lakukan tanpa disedari. Rambut yang berpeluh, terdedah pada cuaca luar atau ditutup dengan tudung sepanjang hari mengumpulkan peluh, minyak dan bakteria.
- Mencuci muka dan kemudian mencuci rambut adalah perkara yang sia-sia! Kerana kotoran yang terkumpul dengan penggunaan syampu akan mengalir semula ke permukaan muka yang sudah dibersihkan dahulu.
- Cuci rambut dulu, kemudian, ambillah masa mencuci muka anda!
5.SUHU AIR YANG SALAH
- Kenyataan bahawa air panas "membuka pori" dan air sejuk "mengecilkan pori" adalah mitos semata!
- Air yang terlalu panas boleh memberi kesan irritasi pada wajah anda.
- Air yang terlalu sejuk tidak merosakkan kulit, namun ianya mungkin tidak selesa.
- Basuhlah muka dengan menggunakan air bersuhu normal atau sederhana.
- Kebanyakan pakar kulit muka berpendapat air suam mencuci lebih baik berbanding air sejuk.
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============
No comments:
Post a Comment