Monday, February 1, 2016

Para Thai, Mitsui Outlet Park

Selalunya bila weekend saja anak-anak mesti sibuk jer nak berjalan. Mesti kena keluar dari umah. Okay...kali nie tak tahu ke mana hala tuju. tapi tekak terasa seperti nak makan Thai Food. So, en. suami cadangkan pergi yang palinghampir dengan umah. Mitsui Outlet Park or KLIA2 jer la kan yang paling hampir dengan umah. Fikir punya fikir, kita g Mitsui Outlet Park ler. Dah lama pula rasanya tak ke sana. Padahal dari umah tak sampai 10 minit pun. hihihi...

Boleh pula kakak @ big princess nak bergambar depan Mitsui Outlet Park. So, papa layankan ler kakak bergambar.


Gelap plak gambar nie, masa nie dah nak malam. dah nak balik pun, selepas perut dah kenyang.hihihi...

Ok, sambung story about food hunting. Niat asal nak makan Nasi Pattaya di Food Court Mitsui jer. Sampai jer di sana tertarik dengan satu kedai makanan Thai yang mana terdapat barisan panjang pengunjung yang tengah tunggu giliran mendapatkan meja. Wah...nampak gaya mesti sedap nie kalau dah begitu panjang barisan yang menunggu. Apa lagi, terus terbayang Tomyam. Cancel Nasi pattaya tadi. Terus ajer beratur tunggu giliran. Walaupun beratur agak panjang tapi x lama pun tempoh menunggu.



Selepas belek-belek menu, menu pilihan aku dan en. suami semestinya Tom Yam Seafood, Sotong Stim dan Telur Dadar Udang/Ayam. Menu pilihan kakak plak adalah Thai Glass Noodle with meat ball soup.

Selepas menu di ambil, waiter di situ ader beritahu, kemungkinan sedikat kelewatan dalam penyediaan makanan memandangkan ramai orang ketika itu. Kami okay jer walaupun mulut dah kecur liur dah membayangkan Tom Yam nie. Melampau btul kan. Rasa pun x pernah lagi tom yam kat sini, tapi dh kecur liur.hihihi...





Tadaaaaa...Inilah pilihan menu kami di Para Thai untuk hari ini. Walaupun diberitahu mungkin makanan lambat, tapi tak der la lambat sangat pun. Mungkin apa yang boleh diperbaiki dari segi servis adalah mungkin kalau boleh makanan sampai dalam kadar yang serentak. Ketika kunjungan kami aritu, selang masa antara sesuatu menu itu sampai ader yang menghampiri ke tempoh hampir 5-7min. 

Apa yang best di Para Thai ini adalah.....TOM YAM !!!! Sangat Best. Memang boleh buat tak tidur malam membayangkannya. Selain daripada itu, layanan pekerja-pekerja di sini sangat puas hati. Sangat puas hati hati... Rasa yang pasti mencengkam jiwa. Tak rugi mencuba di sini. Tempat yang menarik untuk dikunjungi lagi.

Sekiranya anda berkunjung ke Mitsui Outlet Park, jangan lepaskan peluang untuk menikmati keenakkan Tom Yam di Para Thai. Itu saja untuk kali ini. Tersa cam nak makan Tom yam Para Thai la plak malam nie. hihihi... Jumpa lagi di lain story...

No comments:

Post a Comment