Hari terakhir di Kota Saigon. Alhamdulillah, nampaknya segalanya berjalan lancar. keterujaan dapat ber'holiday' bersama anak-anak dan suami mengatasi segalanya. Pagi ini kami breakfast di gerai tepi hotel. yang pasti minum bersama kopi panas. memang terbaik.
Tidak banyak yang boleh dokongsikan pada gari ini kerana aktiviti pada pagi nie hanyalah shopping. biler shopping, gambar pun dh lupa tangkap yer. Tiket pulang kami jam 4 petang. tapi disebabkan takut kesesakan lalulintas, jadi kita bertolak daripada hotel jam 12.30tgh ari. yang memudahkan kerja kami adalah teksi sememangnya sedia menunggu kami dihadapan hotel. Dengan bayaran yang dipersetujui iaitu 150,000 Vdg.
Disangkakan hujung minggu jalan akan sesak, rupanya tidak. jam 1tgh ari kami telah selamat tiba di International Airport Vietnam. Jadi masa masih terlalu awal. Lepak-lepak la dulu kat airport nie. kaunter check in dibuka jam 1.50tgh ari. yang berbezanya sistem di sini adalah, barang kita tidak memalui scanning kastam terlebih dahulu. tapi barang-barang kita akan terus di check in di kaunter. setelah dicheck in barulah barang-barang kita di bawa masuk ke bilik kastam untuk di scanning. Jadinya, kalau ader yang mencurigakan nanti nama kita akan diammouncekan untuk masuk ke bilik kastam tu.
Selepas checik in barang terus ke kaunter immigresen plak. settle jer tunggu waktu untuk penerbangan pulang ke tanah air. Satu pengalaman yang baru untuk aku dan suami. pengembaraan kitaorang 4 beranak ke negara luar. InsyaAllah, perancangan ke tempat lain pula selepas ini.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
azravitamin.blogspot.com
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia
No comments:
Post a Comment