Setelah di selongkar gambar2 dalam phone nie baru perasan rupanya banyak lagi kedai makan yang masih belum di review. Whuaaa....ok, tarik nafas. kita mulakan satu-satu yer. Untuk kali ini saya memilih sebuah kedai masakan arab yang terletak di Cyberjaya. Tapi bukan Saba Restaurant yer. Korang nie cepat btul membayangkan Saba Restaurant biler sebut tentang nasi Arab di Cyberjaya nie.
Kedai yang saya maksudkan adalah Restaurant Al-Qasr yang lokasinya terletak di StreetMall, Cyberjaya. Berhampiran dengan Terminal Bas Cyberjaya. Lokasi yang agak mudah untuk parking kereta dan tiada bayaran dikeanakn untuk parking kereta yer.
Pintu Masuk Al-Qasr Restaurant |
Suasana di restoren ini adalah cukup menarik dan tenang. ciri-ciri hiasan dalaman restoran ini akan membuatkan anda terpesona. Sebab tu la kot masakannya pun rasa sedap.hihihi...
Takkan ler nk tgk tempat jer kan...jom layankan my feveret menu biler berkunjung ke sini..
Arabic Pie & Pizza |
Jangan terkejut yer... yang dipanggil pizza tu yang bentuknyer segi 3 tu. Dalamnyer inti cheese. Best!!!! yang Arabic pie nie plak kitaorg panggil Roti Sampan. ader 3 jenis toppingkat atas dia. ader sos cam bolognaise, lamb & cheese. Dimakan pula dengan sos garlic yang warna putih tu.
Spicy Mandi Chicken |
Spicy Mandi chicken ini pula adalah portion untuk 2orang makan. Kira setengah ekor ayam. Harga untuk setengah ekor ayam nie adalah RM18. Untuk minuman pula selalu sangat x sempat tangkap gambar sebab dahaga sangat.hihihi..jadi sampi jer air trus jer minum. Minuman pilihan saya adalah milo ais dan teh ais. Milo ais yang kaw dan ala-ala ice blended. Teh ais pula agak unik. nak tahu apa keunikkannya...sila ler berkunjung ke Restoran Al-Qasr ini sendiri yer. selamat Mencuba.
Terima kasih Atira singgah di blog JM..so JM buat kunjungan balas di sini :-)
ReplyDeleteDi Cyberjaya tu byk restoran masakan timur tengah ni..JM pun belum pernah ke restoran ni biasa ke Saba' je