Percutian keluarga kali nie ker Kuching Bumi Kenyalang plak. Wah...hebat tak?? pergi bercuti bulan Februari, bulan May baru sempat nk wat entry kat sini. bagi yang dh baca entry2 yang sblm nie mesti boleh tahu kan kenapa entry tentang Kuching nie lambat skit terkeluar kat sini.
OK. Kali nie g bercuti ngan my famili, mak, abah dan adik2. mmg best dapat g bercuti reramai.
21 Feb 2014
Flight pagi nie kul 8.15 pagi. jadinyer kul 6.30 pagi selepas subuh dh bertolak kuar dari umah. perjalanan dari umah ke LCCT dalam 15min jer. x jauh pun.hihihi...Kul 6.30 pagi tu kuar umah n sempat singgah kdi mamak lagi untuk breakfast. Lebih kurang kul 7.30pagi dh sampai LCCT. Alhamdulillah, perjalanan dari LCCT hingga selamat mendarat mendarat di Kuching tanpa sebarang masalah.
Sampai airport kitaorg di sambut oleh kenalan rapat mak (Cik Ani) yang tinggal di sana dan perjalanan kami sepanjang berada di Kuching di bawa oleh Cik Ani. Dari airport kitaorg di bawa ke satu kedai makan. mmg target nak makan Mee Kolok. aper yang dapat saya cakap ttg Mee Kolok adalah....wat saya terbayang2 smpi sekarang. Nak lagi Mee Kolok..tp kat KL nie mana tempat ader jual Mee Kolok yek..
Lps makan Mee Kolok, kitaorg trus bertolak ke hotel. kat sana kitaorg stay kat Grand Magaretta Hotel. Yang bestnyer ttg hotel nie adalah terletak di tepi Sungai Sarawak dan berhadapan dengan patung kucing yang besar tu.
Lepas dh berehat sebentar kat hotel, kitaorg meneruskan perjalanan ke Kampung Budaya Sarawak. Di Kampung Budaya Sarawak, dapatlah tgk pelbagai bentuk rumah-rumah dan cara kehidupan suku kaum yang terdapat di Sarawak. Di akhir tour kitaorg di Kampung Budaya Sarawak, kitaorg dipersembahkan dengan persembahan budaya oleh artis2 kebudayaan di perkampungan itu.
Tips untuk ke Kampung Budaya Sarawak:
- Jika anda bergelar pelajar, sila bawa kad pelajar ketika mengunjungi Kampung Budaya Sarawak untuk mendapatkan diskaun yang sangat2 berbaloi. mmg rugi kalau tak bawa.
- Rancang perjalanan anda kerana persembahan kebudayaan di Kampung Budaya Sarawak hanya diadakan pada pukul 11 pagi dan 4.30 ptg.
Untuk aktiviti disebelah malam plak kitaorg bercadang nk makan di tebingan Sg Sarawak tu jer..Konon2nyer xnk ler ke seberang sungai sbb kena naik bot.uhuhu...tapi lepas berjalan sepanjang sungai tu xder pun kdi makan2 selera tempatan. kiranya tak nak western food ler. jadi nak tak nak terpaksa lah naik bot utk keseberang gak dengan bayarn 50sen seorang. Pengalaman naik bot tu memang scary sebabnya kita xder pki safety jacket pun n bot tu betul2 paras air jer..mmg rasanya kali tu jer kot naik boat tu.hihihi..
Muka mak menahan takut naik bot 50sen.hihihi... |
22 Februari 2014
Aktiviti shopping arini. Mula gerak dari Kuching dalam 8.30 pagi. Destinasi arini adalah Pasar Sarikin..Kitaorg sampai di tempat ini lebih kurang pukul 10 pagi. Orang dh mula ramai masa tu. Tapi yang tak tahannya adalah...panas terik..mmg sangat panas tempat nie. Sampi jer situ terus belikan topi untuk princess2 kecik. tahu dah diorg mesti x tahan panas punyer. kedai-kedai yang menjual barangan adalah di kiri dan kanan sepanjang jalan. agak crowded sebabbnya kenderaan masih boleh melalui jalan tersebut dan jalannya agak sempit. jadi masa shopping kita kena tgk kenderaan yang melalui jalan itu juga yer.
Tips Pasar Sarikin:
- Pastikan sampai awal pagi sebab biler dh tgh ari cuaca sangat2 panas.
- Pasar ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Namun pada hari Ahad, ia dibuka setengah hari sahaja.
- Kalau boleh bawa payung atau topi dan bekalan air yang secukupnya.
- Kalau nak beli cenceramata, di pasar ini tak banyak sangat dan harga agak mahal. Lebih baik beli di kedai2 di sepanjang jalan tepi Sungai Sarawak.
23 Februari 2014
Penerbangan pulang ke semenanjung pukul 3 ptg. Jadi pagi tu destinasi yang dituju adalah Pasar Satok...Nak beli Terubuk Masin. Sebelum tu sempat lg princess bergambar dgn naga dia..kata pun masa tu br lps CNY kan.
Lepas dah shopping Ikan terubuk masin, destinasi wajib dan terakhir yang kitaorg lawati adalah Kedai kek Lapis...Memang pelbagai jenis kek lapis yang terdapat di sini. Kedai yang menjadi pilihan kitaorg adalah Mira Cake House. Dijual dengan harga RM10 satu pek dan Beli 10 Percuma 1. Menarik kan...
Aktiviti kitaorg berakhir dengan beli kek lapis. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan ia merupakan satu pengalaman yang baru.
No comments:
Post a Comment