Tuesday, April 15, 2014

Tinggal Kenangan-Fasa 5 (Pengalaman D&C)

9 April 2014


Pagi nie kul 8 lebih papa dh sampai nk teman mama..kul 9 lebey nurse datang bgtau mama untuk salin baju OT. Baju Pink...


Kul 10.10 pagi, mama dipanggil utk ke OT..masa tu nurse mintak mama naik wheelchair. pastu mama kata ler leh tak mama nak jln jer sbbnyer mama x sakit pun ms tu. tp baik jer nurse tu jawab.."Puan duduk ler. Xper klu x sakit pun"

Sampai depan bilik OT papa dh x bleh teman mama. mama salam papa n mintak ampun n maaf dari papa. halalkan makan minum mama n mintak papa berdoa segalanya berjalan lancar.

Dalam bilik saringan OT, Nurse pasangkan drip kat tangan mama. dah lama x kena sakit jg rupanyer. last mama kena drip 6 thn yg lalu masa bersalinkan kakak. Pukul 10.30 nurse mintak masuk bilik OT n Dr. Kham pun masuk jumpa mama. Lps mama dh baring, Dr.  mintak mama mengucap sblm mama dibius. biler ubat yang pertama Dr masukkan ikut drip mama still sedar n biler ubat yang kedua mama dh xsedar.



Biler mama sedar rupanyer mama dh kat katil dalam wad. Mama pegang perut mama...baby2 mama dh xder dalam perut mama. Itu kenyataan yang perlu mama terima. 

Lps Dr. dtg check mama n dalam kul 3 lebih mama dh dibenarkan keluar dr wad..kat luar hospital rupanyer ari ujan lebat...Seperti memahami aper yang mama rasa dalam hati mama saat itu...segalanya sudah tersurat utk mama.. Dari hospital trus ambil kakak2 di skolah. merekalah permata hati mama utk selamanya...

APA ITU D&C

D&C ialah singkatan bagi  “dilation and curettage”.Dilation bermakna mengembangkan atau membesarkan saluran pintu rahim manakala curettage ialah pembersihan dengan secara mengorek dengan alat “curette” ruang rahim daripada kandungannya akibat daripada sisa-sisa kehamilan yang gugur atau lemak-lemak yang bertempek seperti “endometrial polyps” ataupun dari tumbuhan kanser pada dinding rahim. 

Namun kaedah yang mama lalui bukanlah kaedah D&C ini tetapi menggunakan kaedah ERPOC

APA ITU ERPOC

Menurut Pakar Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan (DEMC), Dr. Zamri Abd. Rahim, ERPOC adalah kaedah mengeluarkan produk kandungan yang tertinggal dalam uterus akibat keguguran. Actually, dulu doktor guna alat yang dipanggil kuret dengan cara mencungkil bahagian dalam rahim untuk mengeluarkan cebisan kandungan yang tertinggal, tp skekarang doktor akan guna alat yang macam vakum yang lebih selamat. Tapi, kat sesetengah hospital, kaedah ni still disebut D&C sedutan atau ada juga yang memanggilnya dengan aspirasi vakum.

PROSEDUR ERPOC

ERPOC ni merupakan pembedahan minor yang selamat dan mengambil masa lebih kurang 20 minit. Biasanya pesakit yang mengalami keguguran hanya perlu menjalani rawatan harian di hospital sama macam D&C. Mulanya pesakit akan dibius dan kemudian serviks akan dibuka menggunakan dilator. ERPOC biasanya menggunakan dua jenis vakum sama ada vakum elektrik (EVA) atau pam manual (MVA). Kanula (bahagian depan tiub) yang disteril akan dimasukkan ke dalam uterus bersambung dengan tiub dari pam dan ia menghasilkan vakum yang halus lalu menyedut seluruh kandungan dalam rahim. 

ADAKAH ERPOC MENYAKITKAN?

Tidak. Pesakit tidak berasa sakit kerana dibius ketika proses dilakukan. Selepas itu, pesakit mungkin mengalami sedikit kesakitan di bahagian perut seperti senak atau kejang ketika haid namun ia tidak lama. Luka di bahagian rahim juga jarang berlaku kerana ia tidak melibatkan proses kuretaj (menggunakan kuret).

 

3 comments:

  1. Sabar lah wahai kekanda atira...Allah knows better than we do...sabar yek...

    ReplyDelete
  2. Saya pun bakal menjalani proswdur ni hari rabu nanti, boleh tau berapa kos di demc ?

    ReplyDelete