Thursday, December 19, 2013

Pengkongsian Kriteria Pemilihan TASKA

Bulan Disember dah tiba bermaksud, x lama lagi anak2 kita akan mula bersekolah bagi yang dh bersekolah. Bagi yang masih bwh umur (5thn ke bawah) mesti ler diorg ke Taska kan…

DEFINISI TASKA
Mana-mana premis yang menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4) tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah

AKTA TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308)

Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 digubal bertujuan:
  • Memastikan setiap TASKA yang ditubuhkan berdaftar
  • Mengadakan pemeriksaan dan pengawalan
  • Menentukan kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh kanak-kanak diutamakan
KATEGORI TASKA
  1. TASKA di Institusi- Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
  2. TASKA di Tempat Kerja- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Ditubuhkan di tempat kerja 
  3. TASKA Komuniti- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri 
  4. TASKA di Rumah- Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan
Sekadar pengkongsian bersama ibu-ibu yang nak hantar anak2 ke taska. Ini berdasarkan pengalaman saya dan ini merupakan pandangan dan pendapat saya sebagai seorg ibu. Mungkin ibu2 diluar sana ader yang lebih arif daripada saya… 

Kriteria pertama - lokasi taska itu terletak di antara perjalanan saya ke ofis. Kiranyer x perlu ler patah blk untuk ke ofis dari taska tersebut.

Kriteria kedua – berhampiran dengan ofis adalah satu kelebihan sbb klu misalnyer terjadi kes2 kecemasan seperti demam panas, kita bleh cepat smpi ke taska tersebut n bwk anak ke klinik.

Kriteria ketiga – Taska yang berdaftar. Walaupun ia criteria ketiga tapi ia merupakan criteria yang paling penting dalam pemilihan saya untuk antar anak ke Taska. Kekdg pengusaha2 taska nie akan beritahu yang taska tu berdaftar tapi sebenarnyer xder pun dalam Senarai Taska Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Anda bleh semak senarai taska berdaftar di sini:
Ada juga pengusaha yang memberitahu bahawa diorg dalam proses untuk pendaftaran dengan pihak JKM.  Tapi kita sebagai ibu bapa harus mengambil yang sebenarnyer banyak syarat2 yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah taska tu dapat didaftarkan dengan pihak JKM.

SYARAT-SYARAT PENUBUHAN TASKA
  1. Premis berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS)
  2. Premis mendapat sokongan/kelulusan daripada agensi-agensi teknikal iaitu:
  • Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
  • Jabatan Bomba dan Penyelamat; dan
  • Jabatan Kesihatan
  • Jabatan Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
3.  Memenuhi standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

STANDARD MINIMUM JKM
Di antara standard minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
  1. Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak mencukupi- Di bawah umur 3 tahun - 1:5- 3 hingga 4 tahun = 1:10- Kanak-kanak OKU = 1:4 
  2. Pengasuh merupakan warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  3. Pengasuh telah hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
  4. Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak dan 2.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak TASKA di rumah
  5. Menyedia dan mempamerkan jadual menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat umur kanak-kanak
  6. TASKA mempunyai kemudahan peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan kanak-kanak
  7. Menyedia dan menyenggara rekod-rekod di TASKA
  8. Menjaga kebersihan dan keselamatan di dalam dan luar premis TASKA
KURSUS ASAS ASUHAN KANAK-KANAK
  • Pengusaha, penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh JKM
Kriteria Keempat – Kebersihan taska itu sangat2 saya pentingkan sbb anak saya akan berada di Taska tersebut selama 8jam sehari 5 hari seminggu. Bermaksud klu taska tersebut tidak bersih anak2 kita juga akan terdedah dgn penyakit berjangkit yang muncul daripada persekitaran yang kotor. Kebersihan ini pula perlulah sepanjang masa bukan setakat ketika awal tahun saja sewaktu ibu bapa mula2 menghantar anak2 tp selepas itu dibiarkan tanpa kawalan.

Kriteria Kelima – Keselesaan. Adakah anak kita selesa untuk berada di situ sepanjang tempoh peninggalan kita dan adakah kemudahan yang terdapat di taska tersebut mencukupi untuk keperluan anak2 kita.

Kriteria Keenam – Kriteria terakhir yang saya akan tanya adalah dari segi bayaran. Pada saya, saya xnk mempertaruhkan keselamatan anak2 saya dengan wang ringgit. Saya x kisah untuk berbelanja lebih untuk anak2 asalkan anak2 saya dapat berada di taska yang tepat ketika saya bekerja. Selagi saya mampu saya akan berusaha berikan yang terbaik untuk anak2 saya.

Sebenarnya negara kita telah meperuntukkan beberapa undang2 ke atas TASKA yang tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
  • Didakwa di mahkamah dan boleha) didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanyab) bagi kesalahan kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya 
  • Dikenakan kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan
  • Pendaftaran TASKA dibatalkan
  • TASKA diarah tutup
Pada ibu bapa yang bakal hantar anak ke taska, diharap pengkongsian ini dapat membantu. Sesungguhnyer setiap orang mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza. Tepuk Dada Tanyalah Selera.

Untuk diri saya sebagai ibu bapa saya bersykur dipertemukan dengan Taska Dunia Elit di Puncak Jalil dan Taska I-Play Techzone di Cyberjaya. Walaupun kekadang terdapat percanggahan pendapat tapi pemilik2 kedua-dua taska ini bijak menyakinkn parent yang aper yang mereka buat itu bersebab tanpa menyalahkan ibu bapa. Yang pasti dalam soal ibu bapa dan taska tolak ansur/persefahaman adalah sangat penting.



1 comment: