Friday, February 7, 2020

Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 4

Ke mana kita arini????? Perjalanan arini agak jauh ke Pantai Timang. Dengan impian dan harapan untuk makan lobster. Suke...Suke sangat. Jangan tipu sape yang x suka makan lobster. Kalau tak suka pun harus cuba makan disini mesti xkan menyesal punyer. 


Ia....memang diakui, Pantai Timang nie cantik sangat. Lautan Pacific. Air biru, ombak besar dan itu juga ler yang buatkan saya rasa, ok datang sini bukan untuk naik gondola. Maaf....sis memang penakut. sudahnya dedua orang x naik gondola mahu pun jambatan gantung. Tapi sis cuba kongsikan juga kos untuk naik gondola yer, bagi yang berminat naik gondola di sini. Caj untuk naik gondola adalah Rph200k/orang dan kos untuk naik jambatan gantung pula adalah Rph100k/orang. Untuk ke Pantai timang tak boleh guna kereta biasa, perlu sewa jeep juga dengan Rph350k. Jalan nk ke Pantai Timang tu mulanya mmg terfikir dah, klu jalan camnie guna keter biasa pun boleh TAPI sekejap jer, lps tu jalan-jalan mmg x proper langsung. Ok, mmg kena guna Jeep gak. hihihi...Layankan gambar2 kami di Pantai Timang yer.






Di Pantai Timang nie juga ader dibina port2 baru untuk anda pose n dapatkan gambar dengan view yang cun2. Bayaran yang dikenakan antar Rph5k-10k setiap orang. Percayalah, mmg berbaloi sbb view yang sangat cun seperti berada di Uluwatu, Bali. 


Lepas dah penat bergambar dan berpanas, tiba masa sis dengan en suami nak mengisi perut pula. Kami makan di Kedai Lobster Pak Sis. biler sampai di sini anda boleh masuk terus ke bahagian dapur untuk memilih lobster anda sendiri atau nak bergambar dengan lobster yer. Di sini juga ader disediakan pakej2 yang bersesuaian dengan anda. Sis dan en suami pilih pakej A untuk 2-3 orang yang berharga Rph650k. Kalau anda ke sini bertiga lebih jimat la jika ambil pakej nie tapi mungkin xder la sampai tersadai kekenyangan cam sis n en suami. hihihi... 





Selepas dah kenyang, kami menuju pulang ke Kota Jogja. Plannya dalam perjalanan pulang akan singgah ke Hutan Pinus Pengger dan Rumah Hobbit. Tapi nampaknya keadaan tak mengizinkan kami untuk puas bergambar di Pinus Pengger kerana hari hujan dan Rumah Hobbit juga tak sempat untuk kami singgah.





Perut dah mula bunyi minta diisi. Maka kami pun minta Pak Agus untuk carikan kami sate klatak. Kali nie kita Sate Klatak Pak Pong plak. Pada mulanya kami ke cabang utama Sate Kalatak Pak Pong tapi ramai sungguh manusia, sampaikan masa order pun dah dimaklumkan perlu menunggu 2jam. Aduh...tak daya rasanya nak menunggu. Maka kami pun buat keputusan untuk mencari sate klatak yang lain. Dalam pencarian itu, kami jumpa juga Sate Klatak Pak Pong di cabang kecilnya di tepi jalan. Alhamdulillah di sini tak ramai orang. sekejap jer dah dapat menu yang di order. Sememangnya rezeki kami. Puas sungguh makan kali nie. Dah tahu nikmatnya Sate Klatak.




Selepas makan, kami ke kilang Bakpia Pathok 25 untuk shopping kuih bakpia bagi dijadikan ole-ole untuk di bawa pulang ke Malaysia. Selepas itu kami terus pulang ke hotel. Selepas berehat sebentar, memandangkan malam ini malam terakhir kami di Kota Jogja maka kami pun keluar lagi ke Malioboro Street untuk shopping kali terakhir.Pak Agus juga ada mencadangkan pada kami untuk mencuba Kopi Jaws di Malioboro Street nie. Kopi ini dibuat dengan meletakkan bara arang ke dalam air kopi yang telah dibancuh. Rasanya lebih nikmat bila di makan dengan pisang goreng panas. Boleh la jadikan minum Kopi Jaws sebagai salah satu aktiviti wajib di sini yer. Esok dah nak balik.uhuhuhu...cepat sungguh masa berlalu. Ayuh la kita packing barang-barang untuk di bawa pulang.




Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
www.wasap.my/60102310059
Untuk mendapatkan Jiwakukids dan Mutyara dan konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment