Friday, February 7, 2020

Ada Apa Dengan Cinta di Yogyakarta 5 Hari 4 Malam - Part 5



Jogja Istimewa...Hari ini bakal berpisah dengan Kota Jogja. Yang tinggal selepas ini hanyalah memori yang indah untuk di bawa pulang. Penerbangan pulang kami adalah pada jam 5 petang. Jadinya masih ader masa untuk bersiar-siar sekitar Kota Jogja. 


Oleh itu, kami telah memilih untuk pergi ke Candi Ijo dan juga Tebing Brisik. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Candi Ija adalah Rph10 setiap orang untuk pelancong luar tapi agaknya aritu diorg nampak sis seperti lokal (indonesian) agaknya maka dapat la sis harga lokal isitu Rph5k setiap orang. Sungguh menakjubkan tempat ini. Dengan lokasinya di atas bukit dan kita dapat menikmati permandangan keseluruhan Kota Jogja. Hasil kesenian yang sangat halus.Lebih menghayati hasil keunikan candi ini berbanding Candi Borobudur. Mungkin sebabnya x ramai orang di sini.




Destinasi terakhir dalam pengembaraan sis dan en suami kali nie adalah ke Tebing Brisik. Di sini sudah mula ramai orang. Untuk bergambar di satu-satu tempat pun perlu beratur. 





Sudah tengahhari dan perut pun sudah lapar. Sebelum pulang kami mencari warung Soto dan Bakso. Kali nie x dapat lagi sis makan soto dan bakso. Kos untuk makan 2 mangkuk bakso, semangkuk soto dan  2 cawan soda gembira adalah Rph50k. makan smpi kembung namanya.



Alhamdulillah....tamatlah pengembaraan sis dan en suami selama 5 hari 4 malam. Satu kenangan dan pengalaman baru untuk kami. Sebelum pulang lagi dah berangan-berangan dengan en suami untuk buat pengembaraan dengan anak-anak pula dengan keretapi bermula dari Jakarta dan berakhir di Bali. InsyaAllah, doakan murah rezeki kami untuk melaksanakannya. Bagi anda yang perlukan contact Pak Agus supir kami sepanjang di sana boleh hubungi PAK AGUS (+62 856-2929984). Boleh la hubungi untuk dapatkan price anda. boleh nyatakan pada Pak Agus yang anda dapat nombor dari Ibu Atira dan Pak Azam. Jumpa lagi semua di lain tempat dan lain entry.




Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

No comments:

Post a Comment