Monday, February 10, 2020

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 6


Hari terakhir di Seoul. Tengah ari jam 12 baru kitaorang keluar umah usung beg2 yang dah penuh. Flight malam nie jam 12 tengah malam. So apa nak buat ader lagi 12 jam nie.hihihi...So, kitaorang decide untuk berjalan dan lepak di Gyeongui Line Forest Park. Kebetulan cuaca aritu agak mendung dengan angin yang kuat.mungkin tempias dari taufan Busan semalam kot. Lepak makan bingsu dulu, pastu coffee pastu makan di Mr Halal Guys. Memang sedap kat Mr Halal Guys. Kenapa la ari terakhir baru nmpk Mr. Halal Guys di Hongdae nie.

Dari Station Hongik University nie memang ader direct keretapi laju ke Incheon Aiport. Jadi agak memudahkan urusan. Sampai airport, lepak2 jap, check in barang n kalau boleh masuk ke boarding area trus. Sebab memang beratur panjang untuk lepas imigresen. Alhamdulillah, kami dapat express pass sbb bawak kanak-kanak dan warga emas. Untuk satu pas boleh 3 orang. kami dapat 4 pass maka dapat la selesai cepat ke laluan express. Dari pintu perlepasan itu perlu naik train lagi untuk ke terminal yang kita akan berlepas. Pastikan anda berada di terminal yang btul. Untuk makan malam x jadi masalah, di terminal 1 nie ader satu kedai Kervan Turkish Restaurant. Kebetulan kami pelanggan terakhir sebab dah nak tutup, pekerja kedai tu telah sedekahkan Fries goreng extra untuk kami. Rezeki malam terakhir bermusafir. 



Alhamdulillah, kami selamat tiba di Malaysia pada jam 5.30pagi waktu Malaysia. Tamat la sudah perjalanan kami ke Seoul, Korea selama 6 Hari 5 Malam. Satu kenangan yang akan terus kekal diingatan.

Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 5

Mari mengenal sejarah... Tema untuk arini. Pakaian bebas. Destinasi untuk ari ke 5 adalah Gyeongbokgung Palace. Ianya merupakan salah satu daripada tempat-tempat menarik di Korea. 

Gyeongbokgung Palace merupakan istana diraja yang pertama dan terbesar semasa zaman Dinasti Joseon. Dibina pada tahun 1395, Gyeongbokgung Palace terletak di tengah-tengah Seoul (pada dahulu dikenali sebagau Hanyang) yang menunjukan kemegahan Dinasti Joseon. Ianya yang terbesar diantara 5 istana (Gyeonghuigung Palace, Deoksugung Palace, Changgyeonggung Palace, Changdeokgung Palace) dan bertindak sebagai istana utama pada waktu itu. Kerajaan Korea telah banyak melabur masa dan kesungguhan dalam membina semula, membaik pulih dan memperbaiki Gyeongbokgun Palace ini demi generasi akan datang. Proses pembaikan semula istana ini termasuklah juga dari kerosakan yang di lakukan pihak Jepun semasa pemerintahan mereka.

Ok tak citer sejarah skit. Info tu sis dapat dari broucher yang di beri masa beli tiket. Bayaran masuk ke sini adalah 3000 won bagi dewasa dan 1500 won bagi kanak-kanak. Kami memang plan untuk sampai di sini dalam anggaran waktu jam 11 pagi sebab pada jam 11pagi dan 1 tghari akan ader upacara pertukaran penjaga diraja. Kami sampai mmg on time. Dapat la kami menyaksikannya walaupun di tengah panas mentari. Oh ya, untuk pengetahuan semua semasa kami ke sana adalah Summer time yer. Tapi panasnya xder la sepanas di Malaysia. Anggaran suhu masih di bawah 30 darjah celcius. Kelebihan jika berkunjung waktu ini adalah tak perlu sediakan baju yang khusus dan boleh pakai jer pakaian yang kita gunakan di Malaysia. Anak-anak pun lebih selesa jika dibanding dengan pergi ketika winter. lagi satu musim Summer nie siangnya lebih panjang, jadi takder la terkejar waktu sangat. ok, sambung balik tentang Geongbukgung Palace. Untuk ke sini menggunakan Subway : Gyeongbokgung Palace (Line 3/Exit 5) atau Angguk Station (Line 3/Exit 1).
Masing bersemangat untuk ari yang baru..budak kecik masih tdo

Selamat tiba di Station Geongbokgung Palace

Muka-muka kepenatan selepas berpanas menonton upacara pertukaran penjaga diraja

Tempat wajib bergambar

Di perkarangan Istana

Complete package!!!

Memandangkan hari ini adalah hari Jumaat, kami memang menyusun jadual perjalanan kami untuk menunaikan solat Jumaat di Masjid Besar Seoul yang terletak di Itaewon. Untuk kesini menggunakan Subway : Itaewon (Line 6/Exit 3). Untuk ke Masjid ini anda perlu jalan terus kemudian belok kanan di Usadan-ro Street. Teruskan perjalanan mendaki jalan berbukit kemudian belok ke kiri di Usadan-ro 10-gil street. Jalan terus sehingga nampak gerbang masjid di sebelah kiri anda. Di sepanjang perjalanan ini anda akan dapat melihat kedai-kedai makan dan runcit halal yang banyak terdapat di sini. Kalau ke Iatewon pastikan anda memcuba kebab di Mr. Kebab yer. 


Bergambar selepas menunaikan solat jumaat 


Destinasi kami yang terakhir untuk hari ini adalah Namdaemun Street. Di sini adalah tempat untuk anda membeli beli cenderamata seperti key chain, magnet fridge dan tshirt korea. Sepanjang perjalanan sis di Seoul, tshirt korea paling murah adalah di Namdaemun Street. Untuk yang hendak membeli brooch korea, boleh ke Namdaemun Plaza. Setiap tingkat di dalam plaza itu menjual barang-barang yang berbeza. Namun harus diingatkan, yang plaza nie tutup agak awal iaitu pada jam 5 petang. jadi pastikan anda sampai lebih awal jika hendak shopping banyak di sini. Tapi untuk gerai2 jualan di luar plaza masih dibuka selepas jam 5. Untuk keychain dan magnet fridge, sis beli di luar plaza dan pemilik kedai tu fasih bercakap melayu Indonesia. Dia juga faham apa yang kita cakap. Seronok x kira dapat jumpa Korean yang boleh cakap Melayu. Katanya dia pernah bekerja di Jakarta dan dari situ dia belajar bertutur dalam bahasa melayu.

Penat membeli belah

Kegigihan masih diteruskan sebab esok dah nak balik kan. Dari Namdaemun kami berjalan kaki ke Myeongdong Shopping Street lagi. Tak abis lagi mood shopping tu. Tapi senang cerita kalau kata  Myeongdong nie mmg takkan abis shoppingnya. Selepas itu kami terus pulang ke Hongdae (umah kitaorang la.hihihi...).

Jangan tak tahu Hongdae nie mrupakan pusat atau tempat lepak anak muda di sini. Memang happening giler area sini. Ader jualan barang2 dengan harga yang murah juga. kiranya dah balik umah mandi2 pastu keluar lagi. Malam nie kan malam minggu dan malam terakhir di Seoul. Makanya kena la gunakan dengan sebaik mungkin.




Sekian untuk malam terakhir di Seoul. Jumpa esok..Esok dah nak balik.

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 1
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 2
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 3
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 4
Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 6


Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

Friday, February 7, 2020

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 4

Hari ke 4 adalah hari 'Reward' untuk anak-anak. Memandangkan reward untuk diorg gambar pun x banyak yang dapat diambil sebab sibuk melayan diorg bermain. Untuk ke Lotte World Adventure dan Aquarium sis beli voucher juga di Klook dengan bayaran RM148 seorang untuk dewasa dan harga itu untuk masuk ke kedua-dua tempat ini. Tak banyak tips yang dapat sis kongsikan untuk kali nie tapi pastikan perut anda telah sekenyang-kenyangnya sbbnya di sini tiada makanan halal. ader satu kedai di Lotte tower tapi harganya cam makan kat restoren elit di KLCC la. makanya, untuk tgh ari tu kami lapik perut dengan bekalan roti yang di bawa jer. Pulang dari sini kami terus ke Dongdaemun untuk makan di sana. Dah ari ke 4 di sini, alhamdulillah dah semakin cekap dengan subway dan juga selok belok kedai makan halal di Dongdaemun dan Myeongdong. Di Dongdaemun kami makan di Pooja Restaurant. Kedai makan masakan India. Rasa yang tak mengecewakan. 










Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 
Penghantaran ke seluruh Malaysia

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 3

Untuk hari ke-3 kami ke destinasi wajib iaitu ke Nami Island. Ini semua pengaruh Winter Sonata. Untuk ke Nami Island kami ambil chartered bus dari Hongdae terus ke Nami Island. Sis beli voucher dengan bayaran RM88 untuk dewasa dan RM68 untuk kanak-kanak 3 tahun ke atas. Voucher ini termasuk pengankutan bas pergi dan balik, tiket feri dan tiket masuk ke Nami Island. Kami tiba di jeti feri jam 11 pagi dan kami perlu berada di situ kembali pada jam 3.00petang. kalau tak der kiranya driver bus akan anggap kita balik sendiri. jadi pandai-pandaila bajet masa yer. Perjalanan dalam feri ke Nami Island dalam 10 minit jer. Dari segi tempat makan anda tidak perlu risau kerana di Nami Island terdapat sebuah restoran iaitu Asian Cuisine Halal Restaurant. Di sini juga terdapat surau dan library untuk anak-anak.

Welcome to Nami Island

perjalanan atas feri.budak kecik lebih fokus pada air

Seronok dia bebas bermain dan berlari

jumpa geng la



Nak interframe gak budak kecik tu

kami puteri mak kami


Don't disturb

Pulang dari Nami Island kami turun bus di Myeongdong Shopping Street. Kalau anda yang nak ke sini dengan Subway : Myeongdong Station (Line 1/Exit 6). Sumpah boleh giler kat sini. semua benda nak beli. Product-product skincare dan kosmetik di jual murah. Masker yang dijual serendah RM1 pun ader itu tak termasuk lagi hand cream RM2-RM3. Arah tujuan sis adalah Nature Republic. Untuk beli cleanser dan sub block. Tapi tipula, banyak lagi yang lain sis terpaksa beli sebab terpengaruh.ahahaha...



Selepas penat shopping di Myeongdong kami beralih kepad operasi mengisi perut yang kosong. Di kawasan Myeongdong nie terdapat sebuah restoran Halal Kampungku. Masakan yang mmg terasa balik sampai Malaysia dan ayam goreng yang mabeles. Di tepi Restoran Kampungku juga terdapat Kampungku Halal Mart yang menjual barangan runcit yang halal. So, mak sis mmg borong abis stok makanan kat sini sbb bekalan makanan yang dibawak semakin menyusut walaupun 25kg beg bawa stok makanan jer yer.hihihi...

Di hadapan restoran Kampungku berlatar belakangkan Namsan Tower

Sebelum pulang ke rumah, kami singgah di Myeongdong Underground Shopping Center di Stesen Subway : Euljiro 1 (il)-ga station (Exit 7) sebab adik-adik sis nak beli album-album Kpop mereka. Katanya di sini tempat paling top untuk mendapatkan album Kpop dengan harga yang berbaloi sebab dapat banyak cenderahati. Ok, last. jumpa esok. sis nk balik tdo. Arini step tetap cecah 18k steps. tahniah tahniah.



Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. 4Penghantaran ke seluruh Malaysia

Kembara 6 Hari di Seoul, Korea - Part 2

Hari kedua di Seoul kami mulakan dengan ke Seoul City Hall. Untuk ke Seoul City Hall ini anda perlu turun di City Hall Station (Line 1, 2 / Exit 5). Sebelum keluar penuhkan perut sesiap dengan bersarapan di umah. Mak sis yang masak..bekalan semua kami bawa dari Malaysia. Satu beg 25kg hanya bekalan makanan sahaja.hihihi... untungnya sewa homestay nie adalah boleh memasak. Sampai di Seoul City Hall sesi untuk kami bergambar puas-puas. Kawasan padang yang luas memudahkan lagi kejer sis melepaskan anak sis yang umur 2 tahun 9 bulan tu untuk bebas berlari. Puas la dia bermain dan sis pun boleh la menikmati panorama bangunan-bangunan tinggi dikeliling padang ini.


Inilah keluarga sis

Port wajib bergambar biler ke sini yer

Dari sini kami jalan kaki melalui beberapa blok bangunan untuk ke Cheongyecheon Stream. Sungai ini terkenal dengan kejernihan airnya walaupun sungai ini terletak di tengah bandar. Jernih tahap yang cam air paip tu. Memang tak tipu. Kalau ke Seoul pastikan anda pergi ke sini.

Dalam perjalanan nampak monumen nie cam menarik jer...bolehla bergambar lagi

Nampak tak kejernihan airnya

Anak sis pun mata tgk air jer..mesti geram sgt tu

Pose wajib

Destinasi seterusnya adalah coffee cafe + library Arc. N. Book. Viral tempat nie dengan susunan buku-bukunya yang melengkung dari bawah hingga ke atas kepala anda. Untuk ke sini anda boleh turun subway di Euljiro 1(il)-ga Station (Line 2 / Exit 1-1). 

Pintu masuk ke cafe ini


inilah lokasi yang viralnya. aperpun tempat ini mmg nmpk esklusif

Seterusnya kami ke lagi satu library yang viral juga iaitu Starfield Library. Starfield library ini viral dengan tangga eskalator di tepi rak susunan buku dan lokasi library yang dibina secara 'open concept' di tengah-tengah pasaraya. untuk ke sini Subway : Samseong (Line 2/Exit 6).




Bersebelahan dengan Starfield nie adalah SM Town. SM Town ini adalah agensi yang menaungi artis-artis K-Pop Super Junior, Girl’s Generation, EXO, F(x), SHINee, NCT, Red Velvet, Super M, TVXQ, BoA dan banyak lagi.






Sis x paham sangat K-Pop ini, jadi sis tunggu adik2 sis kat luar jer. biar diorg jer bergembira dengan SM Town ni. Selanjutnya, dari SM Town nie kami ke K Star Road. Untuk ke K-Star Road Subway : Apgujeong Rodeo Station (Exit 7). Semasa di sini sis x dapat bergambar sgt sbb anak sis yang kecik tu tdo dalam beg kanggaroo dekat sis. Jadinya anak-anak sis yang lain jer bergambar dengan adik-adik.



Destinasi terakhir untuk ari nie adalah Banpo Bridge. Untuk ke sini dengan Subway : Express Bus Terminal Station (Line 3,7, 9 / Exit 8-1). Tapi sumpah nyesal sis ke sini sebab rupanya dari stesen subway tu masih jauh lagi kita perlu berjalan untuk sampai ke Banpo Bridge n persembahan lampu2nya biasa-biasa jer. Kira tak rugi pun kalau tak tak pergi.

Express Terminal Bus Station yang sangat bersih




Ini jer la permandangan-perandangan yang dapat anda lihat biler ke Banpo Bridge. Pada sis tak berbaloi dengan penat berjalan tu.hihihi...

Random pic sepanjang hari ke dua

eskalator di stesyen subway

Laluan pejalan kaki di stesen subway memang penuh gambar artis K-Pop

ini adalah ucapan hari lahir daripada peminat

mini library yang terdapat dalam gerabak subway

Tamat Part 2. Jumpa di Part 3 selepas ini yer.



Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 
Untuk mendapatkan Jamu Mutyara dan Jiwakukids serta konsultasi PERCUMA. Penghantaran ke seluruh Malaysia