Friday, December 15, 2017

Kembara 5 Beranak (Kuala Lumpur-Sungai Petani-Padang Besar-Hatyai) TIPS

Salam semua. Bersua lagi kita. Kali nie Kembara 5 beranak ke Hatyai plak. Program 2Hari1Malam. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Sungai Petani menggunakan kereta. Sebab balik kampung kan. Kampung di Sungai Petani. Seterusnya dari Sungai Petani ke Padang Besar perkhidmatan Komuter digunakan. Terdapat 2 pilihan samada nak menggunakan Komuter atau ETS. Bayaran juga berbeza, Komuter (RM9.00) manakala ETS (RM23.00). Yang membezakan Komuter dan ETS adalah Komuter tiada seat number, ETS ader seat number dan Komuter akan berhenti di setiap stesyen tapi ETS tidak. Dalam perjalanan komuter dari Sungai Petani ke Padang Besar, akan ader 7 perhentian (Cam filem Erra Fazira ngan Farid Kamil dulu la plak).



Untuk Parking kereta di Stesyen Keretapi Sungai Petani pula, bayaran yang dikenakan adalah RM4.00 untuk sehari. Jadual Perjalanan Komuter adalah sejam sekali. Untuk perjalanan kami, kami telah memilih untuk naik komuter jam 6.59pagi. Setelah 7 perhentiaan, kami selamat sampai di Stesyen Keretapi Padang Besar lebih kurang jam 8.20pagi. TIPS : sampai sahaja di Stesyen Keretapi Padang Besar boleh la terus beratur di kaunter tiket keretapi Thailand. Kaunter tiket dibuka jam 9.00pagi tapi eloklah beratur awal untuk dapatkan tiket yang ade seat number. klu lambat tetap dapat beli tiket juga tapi tiket xder seat number.bermakna anda kena berdiri la yer. TIPS : jika pergi beramai bolehla berpecah separuh beratur beli tiket keretapi dan separuh lagi beratur di kaunter imigresen Malaysia. Kaunter imigresen dibuka jam 9.00pagi juga. perlu juga diingatkan yang anda hanya boleh ke kaunter imigresen jika ada tiket keretapi.

Selepas melepasi imigresen Malaysia anda perlu ke imigresen Thailand. Semasa beli tiket keretapi anda akan diberikan satu form declaration. anda perlu isi form tersebut yang mempunyai 2 bahagian iaitu bahagian ketibaan dan perlepasan. TIPS : untuk memudahkan urusan dan mempercepatkan, silalah bawa pen yer. Form untuk ketibaan  akan diambil oleh pihak imigresen Thailand ketika kita masuk ke Thailand dan form untuk perlepasan akan diambil oleh pihak imigresen Thailand ketika kita keluar dari Thailand. TIPS : Untuk mengelakkan masalah ketika keluar dari Thailand nanti, sila pastikan anak menyimpan form perlepasan dengan baik. Jangan hilangkan.




Selepas jer  chop passport di Imigresen Thailand boleh la anda ke keretapi yang akan membawa anda ke Hatyai. Perlu diingatkan,kalau ader seat number, boleh la anda duduk, jika tiada terpaksalah berdiri. TIPS : sewaktu anda membeli tiket, boleh la bertanya ada seat number lagi atau tidak.jika anda belilah untuk kanak-kanak juga, namun jika tiada, tak perlu lah anda beli untuk kanak-kanak sebab memang kena berdiri jika tiada seat number. oppss...hampir terlupa. harga tiket dari Padang Besar ke Hatyai adalah 70 baht. TIPS : Rancanglah perjalanan anda kerana jadual perjalanan Padang Besar ke Hatyai hanya 2 kali sehari iaitu jam 8.55 pagi (waktu Thailand) dan 2.45 petang (Waktu Thailand). Perbezaan waktu Malaysia dan Thailand adalah 1 jam. 


Perjalanan dari Padang Besar ke Hatyai mengambil masa lebih kurang satu jam sahaja. Tiba sahaja di Stesyen Keretapi Hatyai, boleh la pilih nak menggunakan perkhidmatan van persiaran atau tut tut (Teksi Bandar). Disebabkan plan kitaorang nak ke Samila Beach yang agak jauh dari bandar iaitu lebih kurang 25km dari Hatyai, jadi kami memilih perkhidmatan van persiaran yang lebih selesa untuk anak-anak.


Sampai sahaja di Samila Beach, jangan terkejut yer, memang ramai orang. Orang yang berjual makanan pun banyak. Tapi pandai-pandai la pilih yang Halal yer. Terdapat juga penjual minuman yang banyak yang akan sentiasa mengekori anda. TIPS : kalau ada anak kecil elok la bawa topi. kawasannya panas tapi berangin sejuk. Di Samila Beach nie juga ader bisnes naik kuda. Anak-anak mesti excited nak naik kuda.Bayaran untuk sekali pusingan di pantai adalah 150bath seorang dan jika hanya untuk bergambar 50bath seorang. TIPS : Jangan bincang samada nak naik atau tak kuda tue di kawasan berhampiran tempat kuda tu sebab sementara anda berbincang diorang sudah pun angkat anak anda naik atas kuda tu. bila anak-anak dah naik takkan la diorang nak turun. tentula dah excited n dah tentulah kita pun bayar jer la.hihihi...itu strategi diorang.


Di Samila Beach, wajiblah bergambar dengan Golden Mermaid yer. Beratur panjang plak tu orang nak bergambar dengan Golden Mermaid nie. lagi satu tempat yang wajib bergambar adalah dengan patung Kucing & Tikus. yang untuk bergambar dengan Golden Mermaid nie, tak der tips yer. pepandai la beratur or bleh gak amik idea seperti gambar di bawah.


Lagi satu tempat yang perlu ambil gambar di Samila Beach nie adalah dengan kepala NAGA. Kepala naga nie cam patung Merlion kat Singapore tu. Ader air yang pancut keluar dari mulut naga nie. 


Selepas bergambar dengan kepala naga nie, bleh la plan nak g tengok gajah pula. Tempat untuk tengok gajah nie dinamakan Chang Puak Camp. Di sini pelbagai aktiviti boleh dijalankan. kalau terasa nak ride dengan Gajah bayarannya adalah 500bath. kalau nak bergambar solo dengan gajah bayarannya 150bath. kalau nak beri gajah makan 200bath. untuk pilihan aktiviti nie terpulang la pada anda. TIPS : jangan terkejut bila turun jer dari van akan ader orang yang datang tangkap gambar anda. jangan malu-malu, pose jer yang dirasakan pose paling comel. nanti sebelum pulang gambar dah siap. pilih dan buat keputusan nak beli ker tak gambar anda dengan harga 120bath sekali frame.


Destinasi terakhir sebelum pulang ke bandar Hatyai adalah Khlong Hoe Floating Market. kat sini memang syurga makanan. jadi rambang mata tak tahu nak pilih makanan yang mana satu nak beli. semua nampak sedap. Yang wajib dicuba adalah kerabu megi, sotong bakar cili, sup perut lembu dan mee celup. Tapi yang lain-lain pun sedap juga. TIPS : pastikan bebtul lapar sebelum ke sini. Baru boleh makan dengan berganda.


Pada waktu malam, tempat yang paling happening adalah area depan hotel. Memang happening n memang hidup. Sebut jer nak makan aper, semua ada. Puas hati. Pulut ayam, pulut durian, roti pisang, sotong bakar gelek, buah-buahan. TIPS : Keluar awal selepas maghrib, jadinya boleh la buat trip makan, jalan n shopping kat jalan tu. lps shopping boleh sambung makan lagi.


Dah selamat makan-makan dan jalan-jalan di Hatyai, jangan la plak lupa jalan pulang yer. TIPS : Kaunter tiket keretapi mula dibuka jam 6.30pagi (waktu Thailand). Lagi awal beli tiket, lagi besar harapan untuk dapat tiket keretapi yang ader nombor seat. Nasib tak menyebelahi kitaorang sebabnya pergi beli tiket jam 8 pagi pun dah abis tiket yang ada seat nombor. Maksudnya perjalanan balik tu kena berdiri ler. Alhamdulillah, ader yang prihatin. masa dalam keretapi ada yang memberikan seat diorang sebab ada baby kan. Alhamdulillah.


Sebenarnya, kalau kita tahu jalan kat Hatyai bleh jer kita jalan kaki. masa balik tu dari hotel ke stesyen keretapi kitaorang jalan kaki jer. Ngan baby n anak-anak tapi masih mampu jalan kaki. kiranya memang tak jauh la kan. Ok la...sampai sini saja kot TIPS KE HATYAI untuk kali nie.BYEEEEEE...



Kembara 5 Beranak (Kuala Lumpur-Sungai Petani-Padang Besar-Hatyai) Itternary


10 December 2017

(Waktu Malaysia)
6.30 am - Bertolak dari rumah
6.59 am - Naik komuter dari Sungai Petani ke Padang Besar
8.20 am - Tiba di Padang Besar

(Waktu Thailand)
8.55 am - Naik keretapi dari Padang Besar ke Hat Yai
9.55 am - Tiba di Stesyen Keretapi Hat Yai
10.30 am - Shopping di Kedai Kacang
11.30 am - Makan tengah hari di Sami Kitchen
12.30 noon - Bertolak ke Pantai Samila, Songkla
1.30 pm - Tiba di Pantai Samila, Songkla
3.30pm -  Melawat Gajah di Chang Puak Camp
4.30pm - Shopping Makanan di Khlong Hae Floating Market, Hatyai
6.30 pm - Check in di Regency Hotel, Hatyai
8.00 pm - Shopping makanan dan baju-baju di depan hotel.

11 December 2017

(Waktu Thailand)
8.00 am - Keluar breakfast
9.00 am - Beli tiket keretapi untuk pulang ke Malaysia (kaunter mula buka 6.30am)
10.00am - Shopping di Plaza
11.15 am - Check out hotel
11.30 am - Sempat lagi kalau nak urut kaki dalam setengah jam
12.00 noon - Jalan kaki ke Stesyen Keretapi Hatyai (dalam 0.5km)
12.30 noon - tiba di Stesyen Keretapi Hatyai
1.00 pm - Keretapi bergerak pulang ke Malaysia

(Waktu Malaysia)
3.00 pm - Tiba di Padang Besar
4.00 pm - Shopping di Bazar Padang Besar (habiskan duit Bath)
6.00 pm - Bergerak kembali ke Stesyen Keretapi Padang Besar (jalan kaki)
6.30 pm - Pulang ke Sungai Petani dengan Komuter
8.00 pm - Selamat sampai di Sungai Petani

Wednesday, November 22, 2017

Kembara 5 Beranak (Kuala Lumpur-Jakarta-Bandung) - Itternary


17 November 2017

4.30 am - Keluar dari rumah menuju Stesyen ERL Salak Tinggi
4.45 am - Sampai ERL Salak Tinggi
5.00 am - Naik ERL menuju KLIA2
5.12 am - Tiba di KLIA2
6.20 am - Boarding
7.00 am - Berlepas dari KLIA menuju ke Soekarno-Hatta International Airport (Penerbangan 2jam)
8.00 am - Tiba di Soekarna-Hatta International Airport.
8.20 am - Diambil oleh Pak Supir (Mas Anton)
9.00 am - Tiba di Kota Belanda. Melawat muzium dan Kota Belanda
10.00 am - Tiba di Mangga Dua (2jam Shopping)
1.00 pm - Tiba di Hard Rock Cafe, Jakarta (30min shopping)
1.30 pm - Bertolak untuk makan tengahari
3.00 pm - Tiba di Natrabu, Jakarta (Makan tengahari)
4.30 pm - Tiba dia Monumen Nasional Indonesia (MONAS)
6.00 pm - Ke Stesyen Keretapi Gambir untuk print Boarding Pass untuk ke Bandung
7.00 pm - Check In Amaris Hotel Juanda.

18 November 2017

8.00 am - Breakfast di hotel
9.00 am - Check out Amaris Hotel Juanda. Naik Teksi BlueBird ke Stesyen Keretapi Gambir (Rp26k)
9.15 am - Tiba di Stesyen Keretapi Gambir
10.30 am - Bertolak ke Bandung dengan Argo Parahyangan (perjalanan 2jam 9min)
1.39 pm - Tiba di Stesyen Keretapi Bandung
1.50 pm - Diambil oleh Pak Supir ( Pa Adang)
2.15 pm - Destinasi pertama. Makan tengah ari di Restoran Sederhana (Masakan Padang)
3.15pm - Shopping di Toko Tiga
4.30 pm - Shopping di Toko Anak Kecil
5.30 pm - Shopping di Jalan Riau (Terminal Tas / For Men / The Secret)
6.30 pm - Makan Malam di Belacan Resto
7.30 pm - Check In di Favehotel Premier Cihampelas
8.30 pm - Jalan-jalan/shopping di Cihampelas Skywalk

19 November 2017

7.00 am - Breakfast di hotel
8.00 am - Bergerak ke Lembang
9.00 am - Tiba di Farmhouse, Lembang (Rp25k/per person)
11.30 am - Tiba di De Ranch, Lembang (Rp10k/per person)
12.30 am - Tiba di Floating Market, Lembang (Rp20k/per person)
1.15 pm - Hujan. Terpaksa pulang. Tak sempat pusing penuh Floating Market
1.45 pm - Tiba di Sapu Lidi Resto. Makan tengah ari di pondok tepi sawah.
2.45 pm - bergerak turun ke Bandung
3.15 pm - Shopping di Rumah Mode, Jalan Setiabudi 
5.00 pm - Shopping di Jalan Riau (Heritage)
7.00 pm - Makan Malam di Restoran Simpang Raya (Masakan Padang)
8.00 pm - Beli Pisang panggang cheese dulu buat bekal sebelum balik hotel
8.15 pm - Tiba di hotel

20 November 2017

7.30 am - Breakfast di hotel
8.30 am - Tiba di Pasar Baru. Shopping. Kedai tuju2 jer. Harga pecah telur.
9.30 am - Bergerak ke Trans Studio Bandung
10.00 am - Opening Show at Trans Studio Bandung
2.30 pm - Makan tengah hari di Restoran Sederhana (Masakan Padang)
3.30 pm - Tiba di Kartika Sari Jalan Dago. Shopping oleh-oleh
4.00 pm - Shopping di Jalan Dago (Glow/Blossom/Donatello)
5.15 pm - Shopping di Cihampelas Walk
6.30 pm - Makan malam di Stone Cafe Dago
7.30 pm - Shopping di Toko Anak Kecil (again...shopping baju anak jer)
8.30 pm - Beli pisang panggang cheese lagi buat bekal di hotel
8.45 pm - tiba di hotel

21 November 2017

6.00 am - Check out hotel
6.15 am - Tiba di Airport Husien Sastranegara Bandung
6.30 am - Check in bag and breakfast kat airport
7.50 am - Boarding
8.30 am - Berlepas dari Bandung menuju ke Kuala Lumpur
11.40 am - Tiba di KLIA2
12.48 pm - Naik ERL menuju ke Stesyen ERL Salak Tinggi
13.00pm - Tiba di Stesyen ERL Salak Tinggi. (total parking = RM35)
13.45 pm - Alhamdulillah. Selamat tiba di rumah selepas stop beli bekalan makan tengah hari.







Wednesday, January 25, 2017

Selamat Tahun Baru 2017

Selamat Tahun Baru 2017. Alhamdulillah, berlalu 2016 dengan penuh kenangan terindah. Semakin bertambah bilangan ahli keluarga kami dengan kehadiran Muhammad Azrief Raykal di malam Final Piala Malaysia. #herohijaukuning mama n papa. Kesian papa x dapat tgk final Kedah vs Selangor sebab teman mama di labour room masa tu. Pengalaman mama sepanjang mengandungkan dan melahirkan Raykal nnt mama rajin mama buat post baru istimewa untuk anak mama.

Banyak sebenarnya rentetan kenangan sepanjang 2016 yang perlu dikongsikan tapi aku sendiri yang tak sempat nak mengarang. Aperpun untuk tahun 2017 ini semakin banyak cabaran yang perlu kita lalui. Untuk diri sendiri perjuangan dalam memberikan anak fully breastfeed dan untuk Raykal kali nie buka setakat breastfeed tapi baby wearing. Dunia baru untuk baby baru aku. Happy breastfeeding and happy baby wearing.

Introducing my new hero. Muhammad Azrief Raykal. Punyer simpan nama tu semenjak tgk citer #Assalamualaikumcinta.