Friday, January 29, 2016

PERKARA-PERKARA SUNAT DILAKUKAN PADA HARI JUMAAT

Rasulullah SAW bersabda, Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. TAK BUAT RUGI Maka bergembira dan berbahagialah bagi mereka yang bersungguh-sungguh meraih keuntungan padanya dan amatlah ruginya mereka yang mengabaikannya

✔AMALAN PERTAMA: 
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.” Selain memotong kuku memakai pakaian yang bersih dan cantik serta bau-bauan. Disunatkan juga mencukur kepala, memotong kuku, memendekkan misai, memakai wangi-wangian dan mengenakan pakaian yang sebaik-baiknya.

✔AMALAN KEDUA. 
Sunat membaca surah Al Kahfi pada malam Jumaat dan di waktu siangnya. Surah ini panjang oleh itu, mulakan selepas asar hari khamis dan di sambung sehingga asar hari jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri yang bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

✔AMALAN KETIGA: 
Membaca Surah Ali-Imran. Sabda Nabi s.a.w. yangb bermaksud: “Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendo’akan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.”

✔AMALAN KEEMPAT: 
Memperbanyakkan membaca selawat ke atas Nabi s.a.w. pada malam hari dan di waktu siangnya. Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: “Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali)”.(HR.Al-Baihaqi)

✔AMALAN KELIMA: 
Membaca Yassin. Sesiapa membaca surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah

✔AMALAN KEENAM: 
Mandi Sunat Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.”

✔AMALAN KETUJUH: 
Solat Jumaat. Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

✔AMALAN KELAPAN: 
Berdoa Bersungguh-sungguh. Majoriti ulama’ berpendapat bahawa makbulnya do’a yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua. Ibnu Qayyim Al-Jauzi mengatakan: Di antara sekian banyak pendapat ada dua yang paling kuat, sebagaimana ditunjukkan dalam banyak hadis yang sahih, pertama saat duduknya khatib sampai selesainya solat.

✔AMALAN KESEMBILAN: 
Banyakkan Bersedekah. Sedekah pada hari itu lebih utama dibanding sedekah pada hari-hari lainnya.

✔AMALAN KESEPULUH: 
Melakukan sembahyang sunat 4 rakaat sebelum Jumaat dan 4 lagi selepasnya.

✔AMALAN KESEBELAS: 
Sunat membaca surah al Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas setiap satunya sebanyak 7x selepas memberi salam sembahyang Jumaat. Sabda Rasulullah s.a.w. “Sesiapa membaca surah Fatihah, al Ikhlas, al Falaq dan an Nas sebanyak 7 kali sebelum ia mengubah cara duduknya setelah imam selesai memberi salam pada hari Jumaat, nescaya akan diampuni dosa-dosanya yang telah dilakukan dan yang akan datang serta diberi ganjaran pahala sebanyak bilangan orang yang beriman kepada Allah dan RasulNya.”

Semoga segala amalan kita diterima-Nya..Ameeenn...

Khasiat Apple Stem Cell


ALORA SKINCARE mengandungi agent aktif yang sangat penting untuk kulit iaitu apple stem cell.

Sedikit info tentang apple stem cell :
Buah Apple 'Uttwiler Spatlauber' yang tumbuh di hutan pegunungan Swiss utara memiliki rasa yang masam tapi ada keunikan tersendiri, iaitu dapat menyembuhkan diri sendiri dengan cepat jika tergores atau terluka dan dapat bertahan hingga 4 sampai dengan 6 bulan walau sudah dipetik dari pohonnya. 

Buah Apple ini dapat melakukan regenerasi sel pada buahnya, sehingga menarik perhatian para ilmuwan untuk menelitinya. 

Manusia memiliki beberapa lapis kulit, kulit paling luar pada tubuh manusia adalah kulit yang paling rawan dan cepat mengalami kerosakan, proses penuaan, luka, sunburn dan lain-lain. 

Kulit luar inilah yang paling banyak berinteraksi dengan lingkungan disekeliling kita spt sinar UV (matahari), debu, radikal bebas atau tergores kerana benda-benda tajam dan keras. Sel-sel lapisan kulit luar ini perlahan-lahan akan mati dan menimbulkan kedut. 

Disinilah diperlukan stem cell yang dapat meregenerasi sel-sel kulit luar tersebut.

Kesimpulannya.. Alora Skincara mampu membantu merawat penuaan dan kerosakan kulit. 

Dapatkan segera produk Alora Skincare di pasaran.


Hubungi : 010-2310059 untuk mendapatkan Alora Skincare

Harga Promo sepanjang bulan Januari 2016 adalah RM80 + FREE POSTAGE + FREE GIFT

Mulai 1 February 2016 harga Alora Skincare adalah RM89.90 (excluded postage)

Friday, January 8, 2016

Petua Untuk Kulit Cantik


Saper nak petua untuk dapatkan kulit cantik. Sebenarnya petua ini adalah lebih mudah untuk kita amalkan kerana kebanyakkannya dalah berasaskan sumber-sumber asas yang mudah untuk kita dapat. Di sini aku share kan beberapa petua yang mungkin dapat membantu korang-korang semua yang mengidamkan kulit muka yang cantik, gebu, mulus dan gojes.
  1. Untuk dapatkan kulit yang cerah dan awet muda - korang ambil tomato, ramaskan dengan putih telor, dan letak kat muke macam masker tu. amalkan selalu.paling tidak, 2 minggu sekali. korang akan dapati kulit korang akan licin dan gebu lepas amalkan petua nie.
  2. Untuk dapatkan kulit yang cantik dan berseri - pastikan masa korang bangun tido, sebelum gosok gigi dan mandi amalkan minum sekurang-kurangnya segelas air suam/masak. Petua ini adalah petua orang dulu-dulu yang dikatakan apabila kita mulakan hari kita dengan segelas air sebelum buat benda lain termasuk gosok gigi, insyallah, badan sihat dan kulit akan jadik cantik secara semulajadi.
  3. Amalkan pengambilan ulam-ulaman dan sayur-sayuran kerana ia sememangnya terbukti berkesan untuk dapatkan kulit awet muda.
  4. Petua orang dulu-dulu juga ada menyebut, ketika mandi, basahkan kaki terlebih dahulu..baru kepala,..tujuannya adalah supaya sel-sel dalam badan kita terkejut dan menurut mereka kalau nak badan sihat, nak kulit muda dari usia, otak cergas silalah basuhkan kaki dulu baru kepala.
  5. In sangat penting sebab kebanyakkan dari kita mesti selalu melakukannya. Ingat yer, selepas ini jangan sesekali korang basuh muka korang ditengah-tengah cuaca yang sangat panas atau ketika korang baru balik jalan-jalan and korang rasa sangat panas muke korang, so korang basuh.DONT! itu akan buat kulit korang cepat berkedut, seakan hangus dan terbakar, akan menggelapkan kulit korang. so, make sure, korang biarkan dulu sekejap, hingga rasa panas kat muke ilang, or basuh muke di dalam suhu yang sederhana..
  6. bagi mereka yang berkulit jerawat..setiap malam..amalkan basuh muke dengan air suam..dan amalkan petua letak tomato dan putih telur dimuka selain letak ubat jerawat dekat jerawat.kesannya mungkin agak lambat, tapi secara semulajadinya..jerawat akan beransur2 kering dan parut akan beransur2 hilang.
  7. Yang terakhir, sebolehnya..setiapkali nak basuh muka, make up or apa2 saja..mulakan dengan selawat..baru muka berseri2 okey..insyallah..:)
Itu dari segi petua yang aku kongsikan dengan korang semua. OK...aku nak kongsikan juga produk kecantikan untuk muka yang aku rasa sangat-sangat sesuai untuk kita. 

Alora Skincare


Set ini terdiri daripada 
  • Collagen Glutathione Soap
  • Night Flawless Cream
  • Night Glowing Cream 
  • Day Glowing Cream
Testimoni Alora Skincare

Paling penting skali, harga untuk korang dapatkan Alora Skincare adalah sangat berbaloi. Nak berbaloi lagi jika anda dapatkan dalam bulan January ini. kerana sepanjang January ini harga yang ditawarkan adalah RM80 sahaja termasuk penghantaran dan hadiah misteri menanti anda. 

Sekali lagi RM80 termasuk Postage dan hadiah misteri.

Hubungi pengedar sah anda hari ini juga. Jangan ketinggalan untuk dapatkan kulit yang cantik dan gojes

Alora..Alora Gojes Gitew





Wednesday, January 6, 2016

Alora Skincare

Dah selalu cerita tentang travel jer kan.  Arini aku nak cerita skit tentang produk penjagaan muka yang aku gunakan sekarang. Senang citer kita sebut produk kecantikan jer la. Pilihan aku sekarang adalah Alora Skincare.



Set Alora Skincare ni terdiri daripada 4 items :-

1/ Sabun Gluta
  • Dihasilkan daripada argan oil dan glutathione untuk keremajaan kulit
  • Membersih dan menyegarkan kulit
  • Mampu menghilangkan bintik-bintik hitam dan mengecutkan jerawat
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
2/ Krim malam Glowing
  • Mengurangkan parut jerawat dan jeragat
  • Mengecilkan pori-pori
  • Mencerahkan kulit wajah
3/ Cream malamFlawless
  • Menghilangkan bintik-bintik hitam
  • Mengecutkan jerawat dan mengatasi masalah jerawat
  • Menghaluskan, melicinkan dan menggebukan kulit
  • Mengurangkan garis-garis penuaan
4/ Krim siang Glowing
  • Memberi perlindungan penuh dengan SPF35
  • Memberi kelembapan kepada kulit dan menjadikan kulit bebas minyak
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
Set Alora Skincare ini juga sesuai untuk kegunaan wanita dan juga lelaki.

Sebab Jatuh Cinta dengan Alora Skincare!!!!
  1. Kulit muka rasa soft jer lepas di cuci. kebiasaannya selepas menggunakan pencuci muka, muka aku akan rasa kering dan terik. Tapi, dengan Alora Skincare aku rasa kulit muka lembut jer.
  2. Cream-cream muka Alora Skincare rasa ringan jer apabila di sapukan ke muka seolah-olah terasa seperti tiada cream yang disapukan.
  3. Kebiasaannya apabila pakai cream, muka akan lebih cepat berminyak. Namun tidak lagi apabila aku menggunakan Alora Skincare.
Harga Alora Skincare!!!!
Sangat- sangat berbaloi. Harga Alora Skincare sepanjang bulan Januari 2016 ini adalah 

RM80 + Free Postage + Free Gift

Diingatkan sekali lagi. harga ini untuk sepanjang bulan January ini sahaja. Selepas ini harga Alora Skincare akan kembali kepada harga biasa iaitu RM89.90.

Di mana boleh beli Alora Skincare!!!!
Anda boleh hubungi aku di talian 010-2310059. Sekali lagi 010-2310059. Jangan risau aku tak garang. Boleh jer kalau wassap or msg2 untuk bertanya mengenai produk.

Jom pakat-pakat Cuba!!!
Jom pakat-pakat Gojes!!!

Pak Supir di Bali

Tamat sudah rasanya aku bercerita tentang tempat-tempat yang harus dikunjungi apabila berkunjung ke Bali. Kali ini aku nak bercerita tentang pak supir sepanjang aku dan en suami berada di Bali. Pak supir yang super duper aktif dan happy sokmo.

Tadaaaa...

Pak supir kami namanya Alif dari YTO Bali Tour. Aku sangat-sangat recommended untuk gunakan khidmat Alif nie sebab :
  • Dia tahu banyak cerita dan selok belok Bali. Jalan-jalan pintas untuk elak jem dan cekap dalam pemanduan.
  • Seorang yang happy go lucky..jadinya perjalanan kita enjoy saja.
  • Dalam kereta boleh dengar n nyanyi2 lagu malaysia. dia akan pasang CD lagu Malaysia. tapi lagu-lagu zaman 90an dulu..angkatan exist, slam semua tu.hihihi...
  • Harga yang dikenakan sangat berpatutan.
  • Tahu tempat-tempat makan yang best2 dan Halal
  • Alif bukan saja our tourist guide tapi Alif juga our photographer. Sangat terbaik. Alif paling suka tangkap gambo-gambo candid. Menjadi plak tu wpun candid.
Banyak lagi ler. yang penting sangat selesa sepanjang perjalanan. Kiranya kalau sesaper yang ader plan nak ke Bali bolehlah hubungi Alif andai anda nak enjoy berada di Bali.

FB Alif : Alif TourBali 





Apa yang penting biler kita pergi holiday adalah ENJOY!!!!! Memang aku dan en suami enjoy sepanjang kami berada di Bali. Kami pulang dengan kenangan, kenangan yang indah.


Tumpang Lalu Untuk Iklan....

LIKE & SHARE FB PAGE

Tuesday, January 5, 2016

Hotel Pilihan Di Bali

Sepanjang berada di Bali 4Hari 3malam, aku dan en suami memilih untuk menginap di dua hotel dengan lokasi yang berbeza. 1 malam di Nusa Dua dan 2 malm lagi di pantai kuta. Pilihan kami untuk hotel di Nusa Dua adalah Grand Whizz Hotel dan di pantai kuta pula adalah Wina Holiday Villa. Kedua-dua hotel ini sekali dengan breakfast yer. Insyaallah diyakini status Halalnya. kalau agak was-was boleh makan omlette dan roti-roti yer. kalau di Wina Holiday Villa siap dipamerkan lagi sijil status Halal yang diperolehi daripada jabatan agama islam Indonesia.

Grand Whizz Hotel, Nusa Dua
Kos penginapan 1 malam = RM198
Katil = Queen
Breakfast = termasuk
Swimming pool = ada
Welcome drink = drink
Honeymoon decoration = ada. boleh request semasa membuat tempahan
Lokasi = 5 min berjalan kaki ke pantai dari hotel
Suasana = sunyi dan lebih privasi
Servis = 8/10
Kebersihan bilik = 8/10






Wina Holiday Villa, Kuta
Kos penginapan 1 malam = RM99
Katil = Queen
Breakfast = termasuk
Swimming pool = ada
Welcome drink = drink
Honeymoon decoration = ada. boleh request semasa membuat tempahan
Lokasi = 3 min berjalan kaki ke pantai dari hotel
Suasana = meriah sebab berdekatan dengan pantai kuta yang happening
Servis = 8/10
Kebersihan bilik = 8/10












Review aku adalah sangat berbaloi dan paling berbaloi adalah tinggal di Wina Holiday Villa. Mungkin sebab harga yang lebih murah dan jarak perjalanan ke mall n kawasan hiburan dengan hanya berjalan kaki. Aperpun pilihan terletak di tangan anda. andai perlukan privacy dan ketenangan maka hotel di sekitar Nusa Dua adalah pilihan yang lebih tepat.

Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Tempat Makan Pilihan Di Bali

Pada kelazimannya, kita akan terfikirkan tentang tempat makan apabila berkunjung ke sesuatu tempat. Begitulah juga dengan aku apabila hendak berkunjung ke Bali. Perlu cari tempat makan yang Halal dan diyakini Halal nya itu. Seperti yang kita tahu kebanyakkan penduduk setempat adalah beragama Hindu. Di sebabkan itu juga aku mengambil pak supir muslim untuk membawa kami sepanjang tempoh 4H 3M di Bali. Ini kerana, dia tahu dimana tempat makan yang sesuai dengan kita. Jangan terkejut kalau sepanjang perjalanan anda di Bali anda akan dihidangkan dengan permandangan 'Babi Guling' yang dijual di tepi-tepi jalan.


Nasi Padang

Turun jer dari flight memang en suami dah aim nak makan nasi padang nie. Tidak sah kunjungan ke Indonesia kalau tak kena nasi Padang. Pilihan kami adalah sebuah restoran nasi padang yang terletak di jalan menuju ke Nusa Dua. Sebenarnya, aku dah lupa betul dengan nama restoran nie. Pada aku yang selalu ke Nasi padang di Indonesia nie, harganya agak mahal berbanding yang selalu aku g makan di Bandung. Mungkin tempat berbeza maka harga pun berbeza. Dari segi rasa pun agak kurang skit.



Restoran Jukung Bali
Mengenai restoran ini aku sudah membuat review di SINI


Restoran Batur Sari, Kintamani
Makanan yang disediakan di sini adalah secara buffet iaitu IDR 135,000/person. Boleh makan banyak mana pun yang anda perlukan. Katapun buffet kan. Ini memang satu masalah, boleh pula aku terlupa nak snap gambo deretan makanan yang disediakan. Gambar makanan dalam pinggan aku pun kira ok la yer.


Restoran Nasi Tempong
Nasi Tempong adalah hampir sama tapi tak serupa dengan ayam penyet. pilihan lauk anda boleh pilih samada ikan atau ayam atau sotong. Set nasi tempong ini lengkap bersama dengan sambal cili yang pedas, tempe dan sayur bayam. dari segi rasa memang hampir sama dengan ayam penyet. tambah pula dengan kicap manis mmemang terbaik. Dari segi harga pula adalah berpatutan. Tempat makannya juga agak selesa dan servis pun cepat.







Restoran Ayam Tulang Lunak Malioboro
Rasanya ini adalah restoran pilihan aku..maksudnya 'win' di hatiku. Masih terbayang-bayang lagi ayam masak telur asin dengan sambal bilis pete. Kena pula dengan nasi panas-panas dan kicap manis. nak pula masa makan tu dah terlajak waktu lunch. pukul 3 petang baru lunch. memang sangat-sangat 'win' la tempat nie. hihihi... Tempat makan selesa. berhawa dingin. sesuai untuk mereka yang berkunjung dengan anak kecil. servis tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Mungkin sebab orang ramai. tapi pukul 3 ramai orang penuh restoran kira boleh kategorikan restoran ini memang famous la kan. 



Soda gembira..pasti gembira selepas minum
Jus Alpukat terbaek punyer
Sambal bilis pete
Gurame Cili
Ayam Telur Asin
Murtabak / Terang Bulan
Disebabkan lunch tadi dah terlajak waktu dan terlajak makan sebab sedap sangat. Jadi malamnya aku dan en suami memilih untuk makan makanan ringan. Alif cadangkan pada kami untuk makan murtabak dan terang bulan. Murtabak di Bali ini sama seperti murtabak di Malaysia. Cuma Murtabak di sini di campur cendawan dan dimakan bersama acar timun. Terang Bulan pula adalah....... apam balik. memang sebijik sama seperti apam balik cuma tak der jagung tin jer. pilihan untuk terang bulan samada kacang atau coklat rice. tapi  rasa murtabak tu memang 'A'. Sedap sangat. kulit murtabak garing diluar dan inti dalamnya gebu dan lembut jer. Beli dan bungkus makan di bilik hotel yer sebab murtabak dan terang bulan ini hany di jual di warung kaki lima kedai sahaja.





Restoran Nasi Padang Sederhana
Tidak sah kunjungan ke Indonesia kalau tak repeat makan nasi padang kan. ahaha..kali ini kami pilih untuk makan di Restoran nasi Padang Sederhana. Sama restoran yang seperti selalu aku dan en suami makan di Bandung. Ha..... kali nie baru best. baru puas hati. Rasa memang tak lari daripada di bandung. Gulai nangka, gulai ayam..memang rasa sebijik2. dan harga makan di sini juga sama seperti di bandung. ini baru best. Nasib ler jumpa di hari terakhir sebelum ke lapangan terbang. kalau tidak maunya hari-hari en suami ajak g makan nasi padang. sama cam g g bandung. hari-hari nasi padang.uhuhu...


OK...Inilah pilihan tempat makan aku dan en suami sepanjang 4H 3M berada di Bali. semoga ia dapat membantu anda-anda yang bakal berkunjung ke sana.

Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Pantai Kuta, Bali

7 Disember 2015 - Merupakan hari terakhir di Bali. Sekejap jer dah nak balik. Penerbangan pulang arini pada pukul 5 petang. Banyak masa lagi untuk aku dan en suami merayap di Pantai Kuta ini. Alif akan datang pick up kami di hotel jam 12 tgh ari. So, lepas sarapan pagi kami pun memulakan perjalanan merayap di Pantai Kuta. Keluar jer dari hotel terus menuju ke pantai. Pepagi hari tak ramai lagi orang yang berkunjung ke pantai. Dapat lah aku dan en suami bercanda di pasiran pantai. Ewah...ahaha...xder maknanya nk bercanda yer. Boleh dapat lihat orang yang surfing di sini. bermandi manda dan berjemuran. santai gitu...









Seperti pantai-pantai yang lain pantai Kuta juga bersih walaupun airnya tidak sejernih pantai-pantai lain yang pernah saya lawati. Namun di Pantai Kuta terdapat lebih banyak lagi aktiviti-aktiviti pantai yang dapat dilakukan di sini. Untuk ke pantai Kuta ini anda perlu melaui pintu gerbang. Ini kerana disepanjang pantai itu ader tembok yang menjadi pemisah antara pantai dan jalan. seperti dalam gambar di atas yer.

Di sepanjang jalan di pantai Kuta ini jugalah terletaknya Hard Rock Cafe Bali. Tidak lengkap kunjungan kalau tak singgah ke sini. Dapat bergambar pun jadi lah..Niat dipermulaan. Last skali tergoda juga biler masuk ke dalam. ahaha...Terbeli jugak.








Jangan tak tahu yer, Jamie Oliver pun ader restaurant di Bali nie. seperti biasa, gambar jagangn dilupakan. bukti tu. Saper Jamie Oliver nie?? Tak tahu ker... cuba tanya En. Google mesti banyak jawapan yang diterima. hihihi...


Last skali adalah tempat untuk menghabiskan duit. Beachwalk Kuta. Di sin terdapat pelbagai rangkaian kedai-kedai berjenama untuk anda shopping. Harga agak tak masuk akal sebab boleh cecah beratus ribu dan berjuta. ahaha... ratus ribu rupiah ler. klu ratus ribu ringgit malaysia, kaya makcik... dan design-design pun menarik.




Penat berjalan, di Pantai Kuta, Hilangkan dahaga dengan Starbuck secawan. ader wifi free. ahaha...bleh la lepak sambil minum n main fb. penat jalan penat shopping. lepas rehat-rehat, balik hotel, packing-packing barang pula. Whuaaaa...dah nak bye bye Bali ler.. 

Nampaknya berakhirlah sudah catatan saya mengenai pengembaraan aku dan en suami ke Bali pada kali ini. Berharap moga diberi kesempatan untuk mengunjungi Bali bersama anak-anak tercinta pula selepas ini....

Tumpang Lalu Untuk Iklan.... 

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============