Kintamani merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di kawasan tinggi. kawasan pergunungan ini terletak berhampiran dengan tasik batur. perjalanan mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke atas. Bayaran masuk ke Kintamani ini adalah IDR 30,000/person. Itu bayaran untuk Pelancong luar. Tetapai bayaran untuk pelancong tempatan (local) adalah IDR 15,000/person. Dengan bantuan skrip ucapan yang di ajar oleh Alif kami mendapat harga local ketika kunjungan kami di sini.
Ketika tiba di puncak Kintamani, keadaan adalah berkabus dan sangat sejuk. Ini kerana waktu itu baru saja lepas hujan. kiranya puncak Kintamani pun tidak kelihatan. Yang nampak hanyalah pandangan putih berkabus.
Di puncak Kintamani ini terdapat deretan restoran-restoran yang boleh dijadikan pilihan anda. Namun harus berhati-hati dalam memilih restoran di sini yer. Halal... hihihi... Takut nanti masuk-masuk jer dh nampak ba alif ba ya guling. Restoran pilihan kami adalah Restoran Sari Batur. Ini adalah restoran yang di bawa oleh Alif dan ramai juga rakan-rakan lain yang pernah mengunjungi Kintamani memberi cadangan restoran ini.
Perlu diingatkan, ketika jejakkan kaki jer dari kereta pasti akan di sambut seperti artis. Bukan apa yang sambut anda adalah penjual-penjual jalanan yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Sebelum turun kereta Alif sudah berpesan:
'Jangan dipegang barang-barang yang ditunjukkan. Kelak nanti dipaksanya Abang dan Kakak untuk membelinya. Namun sekiranya Abang dan Kakak memang mahu memberli, terserah'
Ok, berbekalkan pengalaman terkena di Tangkuban Perahu ketika kunjungan pertama kali aku dan en suami maka kami dapat dapat menangkis segala rayuan dengan 'terima kasih' saja. Ahahaha...berjaya. Duit berjaya diselamatkan.
Masuk jer ke restoran terus jer mata ini mencari tempat seperti yang pernah aku tengok dalam blog-blog yang pernah aku lawati.Tadaaaaaa....akhirnya berjaya gak aku dapat tempat cam yang diangan-angankan.
Sedih pula hati, tempat dah cun. Sekali x nmpk view apa pun. semuanya putih jer. semuanya berkabus. Puncak gunung pun tak nampak. Sayunyer hatiku. sabar2.. Disebabkan kawasan yang sejuk itu sampaikan aku dan en. suami bercakap pun keluar asap dari mulut.
Berbalik kepada cerita pakej makanan di sini pula. Makanan yang disediakan di sini adalah secara buffet iaitu IDR 135,000/person. Boleh makan banyak mana pun yang anda perlukan. Katapun buffet kan. Ini memang satu masalah, boleh pula aku terlupa nak snap gambo deretan makanan yang disediakan. Gambar makanan dalam pinggan aku pun kira ok la yer.
|
Hidangan Satay Bali wajib ada |
|
Cuaca sejuk, air yang paling sesuai semestinya kopi panas |
Ketika asyik kami menjamu hidangan, perlahan-lahan kami sedar yang kabus mulai beredar meninggalkan puncak Kintamani dan mula menjamu mata kami dengan permandangan yang sangat indah. Memang terbaik. Menjamu selera di puncak bukit, dengan cuaca yang sejuk dan pandangan mata yang sungguh mendamaikan. Besar sungguh kuasa Allah...
|
Masa nie kabus baru nak berarak |
Selepas lebih kurang sejam setengah kami berada di sini, kini masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal Kintamani. Suatu hari nanti kita pasti bertemu lagi.
|
Senangnya dalam hati... |
|
Kintamani...Peace Yall |
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
ALORA SKINCARE
===============
Set 4in1
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
* KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK
MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059
LIKE & SHARE
============