18th November 2015 - Since 1 January hingga skang baru ader niat nak update. Terlupa or sengaja dilupakan.hihihi... Boleh la rasanya dianggapkan sebagai sengaja dilupakan.
Pendekkan cerita...kali nie nak review tentang Percutian singkat kami 4 beranak ke Grand Lexis Port Dickson. Biler sebut Grand Lexis jer mesti terbayangkan private pool dalam bilik kan. Tempoh perjalanan dari rumah ke Grand Lexis nie dalam 45 minit jer. Tak jauh pun. Boleh balik ari tapi nak feel membenamkan diri dalam private pool tu yang mengatasi segalanya.
Penginapan kali nie aku beli voucher semasa MATTA Fair di PWTC bulan September aritu. Tempoh redeem plak sehingga bulan Mac 2016. Boleh redeem during weekend tetapi jika nak redeem during school holiday kena bayar extra plak lagi. So, kami redeem voucher nie during weekend.
Untuk pengetahuan anda-anda yang terniat nk beristirehat di Grand Lexis nie, waktu untuk check in adalah pukul 4.00 ptg lewat 2jam berbanding hotel-hotel biasa yang lain. Waktu check out plak sama jer cam hotel-hotel yang lain iaitu pukul 12.00tengah hari. Kami sampi di perkarangan Grand Lexis lebih kurang jam 3.45 petang. Alhamdulillah, walaupun kena beratur panjang tetapi proses check in agak cepat memandangkan banyak kaunter yang menguruskannya. Masalah hanyalah tempat letak kereta yang agak terhad sehinggakan kami terpaksa parking di tepi jalan besar sebelum masuk ke Grand Lexis. Namun agak nasib baik sebab bilik kami adalah jenis Deluxe Suite Garden, jadinya kawasan tu tepi jalan besar tempat kami parking kereta ler. jadinya satu kelebihan jugak untuk kitaorg, tak perlu naik buggy.
|
Muka-muka x sabar nk terjun |
|
Depan Bilik |
Review saya pula mengenai Grand Lexis adalah hotel ini sangat sesuai untuk anda yang ingin berehat dari kesibukan kota. Beristirehat bersama anak2. Boleh relax2 sambil tgk anak2 main air di pool. Facilities di dalam bilik pun memuaskan. Kebersihan pun ok cuma dari segi safety tu cam ader skit yang kurang. Ini mungkin sebab ader insiden yang berlaku pada anak saya di mana tapak kaki dia luka terbelah sebab kena jubin di dalam pool. Namun bagi saya ini mungkin kes terpencil. Dan mungkin nasib anak saya. Tapi terpaksa bawak ke klinik juga ler sebab luka tu non stop bleeding. Walau bagaimanapun anak saya still bernasib baik lagi sebab lepas luka tu dah stop bleeding, doctor cuma beritahu yang luka tu xperlu dijahit hanya monitor n balut elok2. Kejadian tu berlaku di hari pertama kitaorg check in di sana. Hari ke-2 tu dengan kaki yang berplaster berendam lagi anak saya tapi x lama ler, biler terasa sakit dia dh surrender la tak nak mandi dah. aper pun anak2 saya enjoy.
Alamak...ampun... boleh terstory tentang anak plak berbanding review bilik. Bilik yang saya dapat nie dilengkapi dengan 2 katil king. Bestla dapat tido ngan selesa tanpa perlu berhimpit dengan princess2. hihihi... Senang citer saya kongsikan room features untuk Garden Deluxe Suite nie yer:
- Size of units - 828 square feet
- Number of units - 69 chalets
- 2 king size beds
- Can accommodate 04 persons
- Private swimming pool with garden
- Dry Kitchenette
- Separate bath and toilet
- Mini fridge
- In-room safe box
- Astro - 19 channels
- 32" LCD flat screen TV
- Coffee and tea making facilities
- Electric kettle
- IDD telephone
- Individual air-conditioner
- Ceiling fan
- Microwave oven
- Iron and ironing board
- Wi-fi
- Umbrella
Jom saya kongsikan serba sedikit gambar2 yang menarik di dalam bilik dan gambar-gambar kami anak beranak merantau ke area bilik-bilik yang above the sea. Layankan la yer.
|
2 Katil King Size untuk bilik ini |
|
Boleh pilih nak buat air aper yer |
|
Inilah gaya orang yang kaki injured main air |
|
Ada budak dah buat akal tak nak bergambar |
|
OK...Papa pun dah join adik gak. Gambar belakang sudah... |
|
Memacam aksi la budak kecik nie tau |
OK... Siap untuk kali ini. Apa yang penting mak bapak enjoy and anak-anak pun enjoy. Tapi yg lebih enjoy rasanya mak budak la kot. Jarang dapat main air lelama ngan anak-anak. Selalu kalau kat open pool mama nie jadi tukang jaga barang and tukang amik gambar kat tepi pool jer. Next target Lexis Hibiscus plak...
Cadangan : Mungkin Grand Lexis boleh sediakan peti First Aid di setiap bilik memandangkan kebiasaanya orang pergi bercuti selalu terlupa bawa ubat. Biler terjadi insiden cam anak saya aritu agak kelam kabut jugak ler. Tapi Alhamdulillah, dipermudahkan urusan kami.
Tumpang Lalu Untuk Iklan....
Untuk mendapatkan Produk Shaklee dan konsultasi PERCUMA.
Penghantaran ke seluruh Malaysia