Wednesday, December 30, 2015

Tegallalang, Bali

Meneruskan perjalanan aku dan en suami untuk hari ini, destinasi yang di tuju adalah Tegallalang. Kedudukan Tegallalang adalah di ketinggian 600m di atas permukaan laut. Kawasan ini merupakan kawasan penanaman sawah padi di lereng-lereng bukit. Cuacanya yang nyaman memberikan pemandangan yang indah dan mendamaikan. Bayaran masuk untuk ke Tegallalang ini adalah IDR10,000/person.


Di pinggir-pinggir jalan sepanjang kawasan tumpuan pelancong Tegallalang ini, terdapat juga gerai-gerai milik penduduk setempat yang membuat jualan barangan cenderamata. Terdapat juga anak-anak kecil yang mencari pendapatan di sini dengan membuat jualan poskad. 


Berbeza dengan sawah di Malaysia, padi-padi di sini di tanam dilereng-lereng bukit. Kami turut berpeluang untuk turun sendiri ke lot-lot sawah padi itu dan dapat melihat sawah padi ini secara lebih dekat. Mungkin disebabkan di tempat kita sendiri mempunyai sawah padi, jadinya keterujaan untuk melihat pokok padi secara lebih dekat itu agak kurang jika dibandingkan dengan masyarakat daripada negara-negara barat yang sangat-sangat kagum dengan pokok padi.





Namun, tidak dapat dinafikan permandangan di sini sungguh mendamaikan memandangkan kehijauan sawah padi itu meliputi lereng-lereng bukit di sini.

Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Tuesday, December 22, 2015

Kopi Luwak Manik Abian, Bali

Lokasi seterusnya adalah mencari coffee...Kopi Luwak sememangnya terkenal di Bali ini. Kopi luwak ini adalah kopi yang diproses daripada najis musang. Namun harus diingatkan yang sebanyak 3 lapisan kopi di buang terlebih dahulu sebelum kopi-kopi ini diproded untuk dijadikan hidangan.



Sesampai sahaja aku dan en suami di Manik Abian, kami telah disambut dengan ramah sekali oleh pekerja di sini. Kami seterusnya di bawa melalui denai kecil yang bersih dan cantik. Di situ kami diperkenalkan dengan spesis-spesis pokok dan tumbuhan herba yang terdapat di situ. Antaranya adalah seperti vanilla, coco, serai, halia dan banyak lagi ler yang kebanyakkannya hampir sama dengan tumbuhan herba di Malaysia.



Di satu pondok kecil, dalam perjalanan kami dapat dilihat seorang pekerjanya sedang menyangai kopi yang telah dijemur kering. di situ jer diletakkan najis musang yang akan dijadikan kopi luwak. Anda juga berpeluang untuk menyangai, menumbuk dan mengayak kopi yang telah di tumbuk.





Inilah rupa najis musang tu
Setelah penat berjalan kami di bawa ke pinggir bukit. Di sini kami ditunjukkan dengan permandangan ladang kopi milik mereka. Saujana mata memandang. Di sini juga didirikan pondok-pondok untuk pengunjung beristirehat dan menikmati hidangan kopi yang bakal di hidangkan kepada anda. Sebanyak 7 pilihan coffee/tea yangakan dihidangkan kepada anda tanpa dikenakan bayaran. Namun sekiranya anda ingin mencuba kopi luwak, bayanaran yang dikenakan adalah IDR50,000/cup.


Setelah mencuba kesemua coffee/tea yang dihidangkan, boleh pula aku tertarik dengan ginseng coffee dan lemongrass tea. Apalagi, sebelum balik semestinya ler mereka membawa kami ke kedai jualan coffee/tea mereka dan terus mencari dedua pilihan tea n coffee yang aku dan en suami jatuh cinta tu. Harga untuk serbuk tea/coffee bagi 10bancuhan adalah IDR100,000. Boleh juga kalau ada yang belikan sebagai cenderamata yang mana pakagingnya adalah untuk bancuhan 3 cawan.





Tumpang Lalu Untuk Iklan...

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Kintamani

Kintamani merupakan salah satu tempat tarikan pelancong di kawasan tinggi. kawasan pergunungan ini terletak berhampiran dengan tasik batur. perjalanan mengambil masa lebih satu jam untuk sampai ke atas. Bayaran masuk ke Kintamani ini adalah IDR 30,000/person. Itu bayaran untuk Pelancong luar. Tetapai bayaran untuk pelancong tempatan (local) adalah IDR 15,000/person. Dengan bantuan skrip ucapan yang di ajar oleh Alif kami mendapat harga local ketika kunjungan kami di sini.


Ketika tiba di puncak Kintamani, keadaan adalah berkabus dan sangat sejuk. Ini kerana waktu itu baru saja lepas hujan. kiranya puncak Kintamani pun tidak kelihatan. Yang nampak hanyalah pandangan putih berkabus. 

Di puncak Kintamani ini terdapat deretan restoran-restoran yang boleh dijadikan pilihan anda. Namun harus berhati-hati dalam memilih restoran di sini yer. Halal... hihihi... Takut nanti masuk-masuk jer dh nampak ba alif ba ya guling. Restoran pilihan kami adalah Restoran Sari Batur. Ini adalah restoran yang di bawa oleh Alif dan ramai juga rakan-rakan lain yang pernah mengunjungi Kintamani memberi cadangan restoran ini.

Perlu diingatkan, ketika jejakkan kaki jer dari kereta pasti akan di sambut seperti artis. Bukan apa yang sambut anda adalah penjual-penjual jalanan yang menjual pelbagai barangan cenderahati. Sebelum turun kereta Alif sudah berpesan: 

'Jangan dipegang barang-barang yang ditunjukkan. Kelak nanti dipaksanya Abang dan Kakak untuk membelinya. Namun sekiranya Abang dan Kakak memang mahu memberli, terserah'

Ok, berbekalkan pengalaman terkena di Tangkuban Perahu ketika kunjungan pertama kali aku dan en suami maka kami dapat dapat menangkis segala rayuan dengan 'terima kasih' saja. Ahahaha...berjaya. Duit berjaya diselamatkan.

Masuk jer ke restoran terus jer mata ini mencari tempat seperti yang pernah aku tengok dalam blog-blog yang pernah aku lawati.Tadaaaaaa....akhirnya berjaya gak aku dapat tempat cam yang diangan-angankan.


Sedih pula hati, tempat dah cun. Sekali x nmpk view apa pun. semuanya putih jer. semuanya berkabus. Puncak gunung pun tak nampak. Sayunyer hatiku. sabar2.. Disebabkan kawasan yang sejuk itu sampaikan aku dan en. suami bercakap pun keluar asap dari mulut. 

Berbalik kepada cerita pakej makanan di sini pula. Makanan yang disediakan di sini adalah secara buffet iaitu IDR 135,000/person. Boleh makan banyak mana pun yang anda perlukan. Katapun buffet kan. Ini memang satu masalah, boleh pula aku terlupa nak snap gambo deretan makanan yang disediakan. Gambar makanan dalam pinggan aku pun kira ok la yer.
Hidangan Satay Bali wajib ada
Cuaca sejuk, air yang paling sesuai semestinya kopi panas
Ketika asyik kami menjamu hidangan, perlahan-lahan kami sedar yang kabus mulai beredar meninggalkan puncak Kintamani dan mula menjamu mata kami dengan permandangan yang sangat indah. Memang terbaik. Menjamu selera di puncak bukit, dengan cuaca yang sejuk dan pandangan mata yang sungguh mendamaikan. Besar sungguh kuasa Allah...



Masa nie kabus baru nak berarak
Selepas lebih kurang sejam setengah kami berada di sini, kini masanya untuk kami mengucapkan selamat tinggal Kintamani. Suatu hari nanti kita pasti bertemu lagi.

Senangnya dalam hati...


Kintamani...Peace Yall
Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Monday, December 21, 2015

Tempat Pembuatan Batik, Silver dan Lukisan

Dalam perjalanan kami ke Kintamani, ader beberapa pit stop kami antaranya adalah tempat penghasilan batik dan tenunan. Di sini dapat dilihat kebanyakkan pengunjung yang berbangsa asing begitu kagum dan tertarik dengan kaedah penghasilan batik dan hasil tenunan. Bagi kita mungkin sudah biasa kerana di Malaysia juga kita dapat lihat situasi ini.







Destinasi seterusnya tempat pembuatan barangan silver. Diorang nie sajer tau...tunjuk cara pembuatannya tu skit jer, pastu terus bawa masuk ke tempat jualan barangan diorang. memang nak jual produk jer niat diorang nie.hihihi....





Seterusnya adalah tempat seni lukis. Di sini kita dapat lihat kemahiran pelukis menggunakan pelbagai medium lukisan dalam mencorakkan idea-idea mereka.


Di setiap tempat yang dilawati, mereka turut menjual hasil seni dan kita boleh membuat pilihan mengikut citarasa kita.


Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Pantai Padang Galak, Bali

Lebih kurang jam 9 pagi Alif sudah sedia menanti kami, untuk perjalanan hari ke 2 di Bali. Disebabkan aku dan en suami memilih untuk tidak menonton Barong Dance, jadinya Alif membawa kami pusing-pusing menaiki kereta melawti Pantai Sanur. Rugi pula rasanya x stop di Pantai Sanur. Jadinya tiada gambar di Pantai Sanur yer.

Pantai seterusnya Alif membawa kami ke Pantai Padang Galak. Pantai ini mempunyai keistimewaannya yang tersendiri di mana pasir di pantai ini berwarna hitam, Turut kelihatan di pantai ini beberapa orang yang sedang berbaring di pantai dengan badan ditutupi dengan pasir pantai. Menurut Alif, itu adalah meruapakan salah satu cara perubatan dan mereka percaya yang pasir hitam itu dapat menyembuhkan penyakit.

Pasit hitam tepi pantai, ombak saling berkejaran...

Untuk ke pantai ini, perlu membayar sebanyak IDR3000. Laluan ke pantai ini juga agak tidak terjaga. Di sepanjang laluan ke pantai ini terdapat satu kawasan taman tema air yang terbiar. Menurut Alif lagi, dahulunya taman tema ini sangat popular di Bali. 


Sesampainya kami di pantai, agak mengujakan. keseluruhan pasir pantainya berwarna hitam. Walaupun panas tapi angin yang menghembus menjadikan suasana di situ tenang jer.


Dari pantai ini turut kelihatan satu-satunya bangunan hotel setinggi 10 tinggi. Bangunan hotel itu merupakn satu-satunya bangunan tinggi di Bali. Ini kerana, menurut kepercayaan masyarakat Bali, bangunan-bangunan yng di bina di Bali tidak boleh melebihi ketinggian 4 tinggi iaitu tidak melebihi ketinggian Pura mereka.

Hujung sekali tue ler hotel 10 tingkat tu..
Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============

Pantai Nusa Dua, Bali

Hari ke- 2 di Bali bermula. Aktiviti pagi nie adalah nak tgk sunrise di tepi pantai. tapi yang lawaknya, matahari dh kuar barulah kami sampai di pantai. salah faham komunikasi. hihihi... Perjalanan dari hotel yang kami tinggal iaitu Grand Whizz Hotel & Resort ke pantai lebih kurang 5min jer ngan jalan kaki. laluan ke pantai juga dilengkapi dengan kamera litar tertutup. 

Laluan ke pantai yang dilengkapi dengan CCTV
Di Pantai Club Med
Sampai jer di pantai, dapat lihat ramai pengunjung yang menjalankan kegiatan riadah di pagi hari. ada yang jalan-jalan cam aku dan en. suami, ada yang berbasikal dan ada yang berjogging. Ada juga penduduk setempat yang mandi manda di pantai. Turut kelihatan beberapa pekerja pencuci pantai sedang membersihkan sampah-sampah di tepi-tepi pantai. Patut la pantai-pantai di Bali nie bersih jer.

Nie pun Club Med juga
Akibat terpengaruh dengan satu cerita kat astro 737, tentang photography challenge, aku pun mmg terus cari pondok yang diorang gunakan sebagai salah satu objek dalam gambar-gambar mereka.hihihi... walaupun x secantik diorang punya gambo layankan jer la. ahaha...

Pondok nie ler.
Air di pantai ini sangat-sangat jernih. Whuaaaa...rasanya statement yang sama untuk setiap pantai.kalau la Pantai Port Dickson tu air sejernih nie mmg tetiap minggu aku g mandi kat PD. hihihi...
Jernih kan airnya
Macam mana nak cakap yer. Kecantikkan dan kedamaian di pantai ini tergambar melalui gambar-gambar yang saya sharekan nie. Kalau anda sendiri berada di situ anda pasti akan lebih teruja.

Nampak kan ponsok tu lagi.hihihi
Ok...Sambung next destination. Ari banyak tempat yang nak dilawati.

Tumpang Lalu Untuk Iklan....

ALORA  SKINCARE
===============
Set 4in1 
* Diluluskan KKM, diyakini halal..
KESAN SEAWAL 7 HARI !
* Sangat berkesan digunakan untuk SEMUA JENIS kulit muka.
* Sangat SENANG digunakan, CEPAT dan BERKESAN
* Produk BERKUALITI ANTARABANGSA pada harga MAMPU MILIK

MACAM MANA NAK DAPATKAN?
============================
sms : 010-2310059
wassap : +60 10-2310059

LIKE & SHARE
============