Friday, September 19, 2014

Restoran Al-Qasr, Cyberjaya

Setelah di selongkar gambar2 dalam phone nie baru perasan rupanya banyak lagi kedai makan yang masih belum di review. Whuaaa....ok, tarik nafas. kita mulakan satu-satu yer. Untuk kali ini saya memilih sebuah kedai masakan arab yang terletak di Cyberjaya. Tapi bukan Saba Restaurant yer. Korang nie cepat btul membayangkan Saba Restaurant biler sebut tentang nasi Arab di Cyberjaya nie.

Kedai yang saya maksudkan adalah Restaurant Al-Qasr yang lokasinya terletak di StreetMall, Cyberjaya. Berhampiran dengan Terminal Bas Cyberjaya. Lokasi yang agak mudah untuk parking kereta dan tiada bayaran dikeanakn untuk parking kereta yer.

Pintu Masuk Al-Qasr Restaurant

Suasana di restoren ini adalah cukup menarik dan tenang. ciri-ciri hiasan dalaman restoran ini akan membuatkan anda terpesona. Sebab tu la kot masakannya pun rasa sedap.hihihi...

Takkan ler nk tgk tempat jer kan...jom layankan my feveret menu biler berkunjung ke sini..

Arabic Pie & Pizza
Jangan terkejut yer... yang dipanggil pizza tu yang bentuknyer segi 3 tu. Dalamnyer inti cheese. Best!!!! yang Arabic pie nie plak kitaorg panggil Roti Sampan. ader 3 jenis toppingkat atas dia. ader sos cam bolognaise, lamb & cheese. Dimakan pula dengan sos garlic yang warna putih tu.

Spicy Mandi Chicken
Spicy Mandi chicken ini pula adalah portion untuk 2orang makan. Kira setengah ekor ayam. Harga untuk setengah ekor ayam nie adalah RM18. Untuk minuman pula selalu sangat x sempat tangkap gambar sebab dahaga sangat.hihihi..jadi sampi jer air trus jer minum. Minuman pilihan saya adalah milo ais dan teh ais. Milo ais yang kaw dan ala-ala ice blended. Teh ais pula agak unik. nak tahu apa keunikkannya...sila ler berkunjung ke Restoran Al-Qasr ini sendiri yer. selamat Mencuba.




Monday, September 15, 2014

Wallpaper DIY Yang Mudah dan Berbaloi

Assalamualaikum....terasa lamanya x mengupdate aper2 yang sepatutnya di sini. Sibuk sangat ker yer.. Tak la jugak, tapi agaknya penyakit "M" yang melanda diri sehingga telah membekukan segala idea-idea untuk penulisan di sini.

Keyboard laptop ini juga rasanyer menjadi salah satu faktor jadi "malas" kot. Sebabnya ada tangan-tangan yang kreatif kat umah nie yang telah mencabut huruf-huruf di keyboard laptop mama nie. Harap bersabar yer mama. anak-anak tengah nak membesar.

Kali nie nak cerita tentang demam wallpaper. hihihi...Ske btul tgk rumah-rumah yang ada wallpaper nie. Tetapi biler tgk quotation jer, nk bukak sebelah mata pun dh rasa tak boleh nak bukak. Kesudahannya, kita cari yang DIY. Mungkin boleh dapat yang lebih murah. Pencarian bermula dan pencarian berakhir di Kaison, Paradigm Mall.


Tadaaa....Nampak tak pelbagai pilihan corak yang terdapat di Kaison nie. Memang rambang mata dibuatnya dan yang paling penting anda harus pandai memilih corak yang senang nak seragamkan coraknya bila dipasang nanti.


Big boss tengah membuat saringan terakhir dan dibantu oleh budak kecik nie. Budak kecik nie dah sampai meniarap punyer nak pilih yang terbaik. Oppssss...lupa plak nak bercerita tentang harga. Harga untuk 1 roll 10meter & dah siap gam(macam sticker) adalah RM19.90.

Inilah corak yang telah menjadi pilihan Big Boss dan inilah cara nak pasang Wallpaper DIY nie. agak mudah, tapi biler bunga tu lari skit agak penat jugak ler nak kejar balik.hihihi...

Sebelum dan Selepas untuk tempat lepak tengok tv
Sebelum dan Selepas untuk area pintu utama
Tipu sangat la kan kalau g Kaison & beli wallpaper nie jer kan. Selain daripada wallpaper, bunga-bunga dan wangian,  antara yang menarik perhatian adalah frame gambar.

Konon tertarik sangat dengan frame putih nie sebab nampak English Style skit. Tapi agak malang sedikit sebab idea tak menjadi. Frame putih yang dipasang pada dinding putih = plain. Patutnya beli yang hitam tu. 

Kan...btul tak. Nampak tak menarik kan. Tapi tak per, dh ada idea untuk bagi ia nampak menarik.Hihihi...idea tu dh ader tapi masih x berkesempatan nak realisasikan idea itu. jadinya, duduk la dulu frame tu kat situ walaupun nmpk plain jer.hihihi...

Sekian untuk entry deco Bersama Atie kali nie yer. bertemu lagi di lain entry....