Friday, August 15, 2014

Reunion Hari Raya

Bulan Syawal masih belum berakhir, jadi tak salah rasanya nak bercerita tentang raya lagi kan. Kebiasaannya, Hari Raya adalah hari untuk kita berkumpul bersama sanak saudara. bagi aku plak, yang bestnyer sebab biler raya aku dan famili akan pulang berhari raya di kampung halaman kami di Sungai Petani, Kedah. Tempat aku dan suami dilahitkan dan dibesarkan. Boleh dikatakan keseluruhan ahli keluarga kami masih berada di sekitar Kedah. kawan-kawan plak kebanyakkannya sudah berhijrah ke kota seperti juga kami sekeluarga. jadinya masa raya nielah semua akan pulang ke Sungai Petani.

Malam raya, aktiviti aku dan suami seperti biasa adalah mengunjungi Bazar Jam Besar. Menara Jam Besar ini sendiri mempunyai sejarahnya yang tersendiri iaitu Jam Besar ini telah dibina pada tahun 1936 untuk memperingati Jubli Perak King George V dan Queen Mary.

Menara Jam Besar Sungai Petani
Nak juga ber'selfie' di sini
Pagi raya kini menjelang, tahun nie turn pagi raya di umah mak mertua. So, thn nie dah dapat g semayang raya sebab anak2 dah besar. dah tahu aper istilah sembahyang walaupun yang adik tu ader gak meng'creat'kan satu citer yang biarlah rahsia masa di Masjid. hihihi...

Selepas sembahyang raya dan bermaaf-maafan, balik umah mak aku plak. masa sampai kat umah mak dah penuh dengan kereta Mohd Shah's Family.
Kaum Wanita Mohd Shah's Family
Kaum wanita Tok Bidin's Family
Nie baru reunion family...masa raya jugaklah masa untuk reunion bersama member-member masa sekolah dulu. Jom layankan gambo-gambo bersama sahabat sejati dari di bangku sekolah lagi.
Sampai juga ke umah Pn. Zila
Sempat juga Pn. Fazni di rumah Pn. Zila

My BFF 
Nak nyelit gak budak tu tau
at Ana's Home
Amik aura Mak Buyung Liza
My Classmate 98-99
Dengan anak masing-masing
Macam ader set warna tema plak

 Nielah reunion ku pada tahun ini. Alhamdulillah, kemeriahan raya tidak dapat dijual beli. Selamat hari Raya Aidilfitri semua...




Thursday, August 14, 2014

Cerita Open House Raya 2014

Salam bulan Syawal semua,

Masih dalam mood raya semua kan...dan masih dapat undangan open house kan.. Nie cerita open house umahku yang telah selamat berlangsung  pada sabtu lepas. Buat kecik-kecik jer. malu la plak nk sebut open house. kita tukar ler jadi makan-makan raya. xder la nmpak GRAND sangat kan.

Niat dihati memula memang nak buat tapi memandangkan nak kena masak tu yang pikir 2-3kali. last skali memang kejer last minute.Rabu balik kejer kata ader member opis nk dtg beraya ari sabtu nie. pastu ckp ler ngan husband nk masak skit2 ler..trus husband pun kata nk join skali ler jemput member2 opis dia. maka terjadilah makan-makan raya kami.

Menu wajib untuk aku masak adalah Nasi Daging. Menu tambahan utk kali nie adalah spagethi bolognaise, spagethi carbonara dan meggi tom yam. yang jadi nak menunjukkan betapa sibuknyer diri ini pada hari kejadian, sekeping gambar makanan pun x sempat nk amik (Padahal aku nie kan orang yang suke tangkap gambo makanan). Acaner tu...

Yang sempat, hanya tangkap gambo tetamu yang datang. So, seperti biasa...Layankan...

Tetamu yang menjadi penyebab utama terjadinya Makan-Makan Raya Kami 
Baby Auni...Mak dia tgh sedap makan kat atas
Mak Auni tak abis makan lagi. My cousin plak take turn jaga Auni
Baby Khazim..
My friend since we are at primary school
Perjumpaan Geng Bas Sekolah
Sahabat dari sek menengah, sampai matrik, sampi u, sampi kini dan sampai bila-bila 

Itulah, cerita makan-makan raya kami untuk Tahun nie. Fuhhh....walau penat tapi sangat puas hati dengan kemeriahannya dan dapat bersua muka dengan teman2 lama yang dah lama x jumpa. 

Wednesday, August 13, 2014

Restoran Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Melaka

Lokasi Kuala Sungai Baru nie terletak berhampiran dengan Pengkalan Balak. Senang citer bersempadan dengan Port Dickson. 

Macam mana kitaorg boleh sampai ke sini?
Jawapannya sebab nak hantar adik ipar balik Kolej Universiti Islam Malaysia. memang dekat sangat Kuala Sungai Baru nie dengan kolej dia. tapi yang bestnyer, dia pun x pernah sampai sini.

Lokasi nie sangat menarik dan angin laut yang tak panas. sepoi2 bahas gitu. sambil menunggu air pasang. bot2 nelayan nie dh mula wat persediaan untuk keluar ke laut.

Cukup mendamaikan

Kami Adik Beradik

mak & abah
Kami sampai di sana lebih kurang pukul 5 petang. Tulis kat situ waktu operasi jam 5 petang - 12 tgh malam. Kiranyer waktu kitaorang sampi tu cun dah ler. Rupanyer ader delay skit.hihihi... pukul 5.30ptg baru diorg buka. aperpun setia menunggu sebab dah nampak pepahat.

Tepat jam 5.30 terus jer capai pepahat, sotong, ketam, ikan pari n ikan siakap.. nampak bersemangatnyer nk makan.hihihi...Order air 1jug fresh oren & 1 jug teh o ais. Jom tengok hasil setelah siap di masak. 

Restoran Ikan Bakar Kuala Sungai Baru
Sotong Celup Tepung
Siakap 3 Rasa
Ketam Berlada
Pepahat Sweet Sour
Kailan Ikan Masin
Ikan Pari Bakar Basah

Secara keseluruhannya... nie review saya yer.

Bil. peserta JJCM : 7 orang dewasa 
Bil. Bintang : 4/5 
Lokasi : Restoran Ikan Bakar Kuala Sungai Baru, Melaka
No.Contact : 06-3879934

Wednesday, August 6, 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2014

Selamat Hari Raya Aidilfitri saya dan keluarga ucapkan kepada semua. Semoga lebaran ini membawa seribu kebahagiaan dalam kehidupan kita semua. Maaf Zahir & Batin.

Nak bercerita tentang raya aritu perlukan mood. buat masa sekarang kurang mood lagi. Jadi saya kongsikan persalinan raya saya sekeluarga dulu yer untuk kali nie.

Family Sebelah Suami
Inilah Keluargaku
Ini pula keluarga kecil kami

Rupanyer x banyak pun persalinan raya..cam gempak sgt jer td mukadimah. padahal diri sendiri pin baru sedar yang x banyak bj raya tahun nie. Nasib baik sedar lps raya, kalo sebelum raya dah kompem2 aritu beli baju2 idaman kalbu nie.



En. Suami, kalau si Isteri nak beli baju2 nie lepas raya okay tak????

My Princess Dah Darjah 1 Tahun - Ujian Diagnostik Tahun 1

Apa tue ujian Diagnostik... Ok, dulu zaman mama n papa nk masuk sekolah takdernyer ujian-ujian nie semua. Cuma sebab mama n papa anak cikgu, jadi sblm masuk sekolah dah memang wan n mak tok kakak dh pastikan mam n papa dah boleh membaca. Tapi ingat lagi masa tu ader jer lagi kawan-kawan mama yang masuk Darjah 1 kenal huruf pun tak lagi. Masa tu plak, wan mmg bawa mama g skolah yang dia ngajar,sekolah kampung, Sekolah Kebangsaan Lubuk Kawah (Sekarang dah tukar nama jadi Sekolah Kebangsaan Dataran Muda). Wan selalu cerita kat sekolah tue jugak ler wan sekolah dulu.

Bila ingat2 balik memori mama sekolah tu mmg banyak sangat. Sekolah tue dikelilingi pokok-pokok getah dan xder bekalan elektrik. Jadi, biler cuaca tak baik kiranyer hari nak hujan memang kitaorg tak belajar sbb gelap xder lampu ditambah plak ngan pokok-pokok getah yang merendang. Nak tambah lagi, sekolah tu bukan jer xder elektrik tapi xder bekalan air. Sumber air di sekolah itu hanyalah air perigi yang terletak di tepi kantin. jadinyer kalau nak ke tandas kitaorg kena g amik air kat perigi tue dulu. mama kira nasib baik sebab ader wan. jadi kalau nk ke tandas ker mama g cari wan dulu. nak cari wan tak susah pun sbb sekolah tue ader 6 kelas jer. kalau wan xder kat kelas-kelas tue kiranya kat bilik guru ler.

Ciri-ciri yang dikatakan sebagai tandas pula adalah, ader satu lubang yang dikorek dan diletakkan jamban/mangkuk tandas kat atas tu. kiranyer segala hasil tinjahan terus masuk lubang tu. Khidmat Indah Water Konsortium sangat-sangat tidak diperlukan.hihihi... Kantin plak, yang ader hanya pakcik tukang kebun yang merangkap tukang jual makanan kat kantin tu. Makanan yang dijual semua dh berbungkus. Me Goreng, Bihun Goreng dan Nasi Lemak. Paling menakutkan biler musim ulat bulu. sangat-sangat banyak...Memori sungguh sekolah tue. 

Alamak, dh terlajak citer tentang mama plak. sebetulnyer nk citer tentang baru2 nie dh dapat surat dari pihak sekolah tentang kakak. bulan November nie, kakak perlu menduduki Ujian Diagnostik. Aper pulak ler Ujian nie. Cari punyer cari, dapatgak ler jumpa aper yang di maksudkan sebagai Ujian Diagnostik.

Apa Itu Ujian Diagnostik- LINUS?

LINUS ialah singkatan bagi "Literasi dan Numerasi Saringan" iaitu penguasaan Literasi dan Numerasi (3M - Membaca, Menulis dan Mengira). Melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP), Sub-NKRA LINUS telah diwujudkan bagi mencapai sasaran KPI yang telah ditetapkan. Setiap kanak-kanak kecuali berkeperluan khas* perlu menguasai kemahiran asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

*Kanak-kanak Berkeperluan Khas
Didefinasikan sebagai murid bermasalah pembelajaran, masalah pendengaran, masalah pertuturan, masalah penglihatan, terencat akal, mempunyai pelbagai kecacatan dan kurang upaya secara fizikal. Kurikulum khas literasi dan numerasi dibentuk untuk kanak-kanak berkeperluan khas.

LINUS merupakan satu program intervensi pendidikan bagi mengukuhkan penguasaan asas literasi dan numerasi, khusus bagi murid Tahap 1 (Tahun 1, 2 dan 3) di sekolah rendah.

OBJEKTIF LINUS

National Key Result Areas (NKRA's) KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikuti pendidikan rendah.

RASIONAL

KPM berpendapat suatu pendekatan yang bersepadu perlu dilaksanakan supaya masalah literasi dan numerasi dapat dikesan dan dipulihkan seawal tahap 1. Perkara ini perlu diberi perhatian yang serius kerana murid yang tidak menguasai kemahiran asas 3M merupakan kumpulan yang berisiko keciciran dan berhadapan dengan kesukaran memenuhi keperluan dan melanjutkan pelajaran serta kerjaya.

Literasi
Merupakan kebolehan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan, ayat tunggal dan majmuk yang mudah (dengan menggunakan kata hubung 'dan') serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian.

Numerasi
Merupakan kebolehan untuk melakukan operasi asas Matematik serta memahami idea Matematik yang mudah dan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran Matematik dalam kehidupan seharian.

Okay...untuk kakak, mama n papa sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak. Mama dah mula cuak nie. Kita mulakan gerakan Gerak Gempur dari sekarang yer kakak. InsyaAllah...