Thursday, May 8, 2014

Kuching 21 Feb 14 - 23 Feb 14

Percutian keluarga kali nie ker Kuching Bumi Kenyalang plak. Wah...hebat tak?? pergi bercuti bulan Februari, bulan May baru sempat nk wat entry kat sini. bagi yang dh baca entry2 yang sblm nie mesti boleh tahu kan kenapa entry tentang Kuching nie lambat skit terkeluar kat sini.

OK. Kali nie g bercuti ngan my famili, mak, abah dan adik2. mmg best dapat g bercuti reramai.

21 Feb 2014
Flight pagi nie kul 8.15 pagi. jadinyer kul 6.30 pagi selepas subuh dh bertolak kuar dari umah. perjalanan dari umah ke LCCT dalam 15min jer. x jauh pun.hihihi...Kul 6.30 pagi tu kuar umah n sempat singgah kdi mamak lagi untuk breakfast. Lebih kurang kul 7.30pagi dh sampai LCCT. Alhamdulillah, perjalanan dari LCCT hingga selamat mendarat mendarat di Kuching tanpa sebarang masalah.

Sampai airport kitaorg di sambut oleh kenalan rapat mak (Cik Ani) yang tinggal di sana dan perjalanan kami sepanjang berada di Kuching di bawa oleh Cik Ani. Dari airport kitaorg di bawa ke satu kedai makan. mmg target nak makan Mee Kolok. aper yang dapat saya cakap ttg Mee Kolok adalah....wat saya terbayang2 smpi sekarang. Nak lagi Mee Kolok..tp kat KL nie mana tempat ader jual Mee Kolok yek..


Lps makan Mee Kolok, kitaorg trus bertolak ke hotel. kat sana kitaorg stay kat Grand Magaretta Hotel. Yang bestnyer ttg hotel nie adalah terletak di tepi Sungai Sarawak dan berhadapan dengan patung kucing yang besar tu.


Lepas dh berehat sebentar kat hotel, kitaorg meneruskan perjalanan ke Kampung Budaya Sarawak. Di Kampung Budaya Sarawak, dapatlah tgk pelbagai bentuk rumah-rumah dan cara kehidupan suku kaum yang terdapat di Sarawak. Di akhir tour kitaorg di Kampung Budaya Sarawak, kitaorg dipersembahkan dengan persembahan budaya oleh artis2 kebudayaan di perkampungan itu.

Tips untuk ke Kampung Budaya Sarawak:
  1. Jika anda bergelar pelajar, sila bawa kad pelajar ketika mengunjungi Kampung Budaya Sarawak untuk mendapatkan diskaun yang sangat2 berbaloi. mmg rugi kalau tak bawa.
  2. Rancang perjalanan anda kerana persembahan kebudayaan di Kampung Budaya Sarawak hanya diadakan pada pukul 11 pagi dan 4.30 ptg.




Untuk aktiviti disebelah malam plak kitaorg bercadang nk makan di tebingan Sg Sarawak tu jer..Konon2nyer xnk ler ke seberang sungai sbb kena naik bot.uhuhu...tapi lepas berjalan sepanjang sungai tu xder pun kdi makan2 selera tempatan. kiranya tak nak western food ler. jadi nak tak nak terpaksa lah naik bot utk keseberang gak dengan bayarn 50sen seorang. Pengalaman naik bot tu memang scary sebabnya kita xder pki safety jacket pun n bot tu betul2 paras air jer..mmg rasanya kali tu jer kot naik boat tu.hihihi..

Muka mak menahan takut naik bot 50sen.hihihi...

22 Februari 2014
Aktiviti shopping arini. Mula gerak dari Kuching dalam 8.30 pagi. Destinasi arini adalah Pasar Sarikin..Kitaorg sampai di tempat ini lebih kurang pukul 10 pagi. Orang dh mula ramai masa tu. Tapi yang tak tahannya adalah...panas terik..mmg sangat panas tempat nie. Sampi jer situ terus belikan topi untuk princess2 kecik. tahu dah diorg mesti x tahan panas punyer. kedai-kedai yang menjual barangan adalah di kiri dan kanan sepanjang jalan. agak crowded sebabbnya kenderaan masih boleh melalui jalan tersebut dan jalannya agak sempit. jadi masa shopping kita kena tgk kenderaan yang melalui jalan itu juga yer.

Tips Pasar Sarikin:
  1. Pastikan sampai awal pagi sebab biler dh tgh ari cuaca sangat2 panas. 
  2. Pasar ini dibuka pada hari Sabtu dan Ahad sahaja. Namun pada hari Ahad, ia dibuka setengah hari sahaja.
  3. Kalau boleh bawa payung atau topi dan bekalan air yang secukupnya.
  4. Kalau nak beli cenceramata, di pasar ini tak banyak sangat dan harga agak mahal. Lebih baik beli di kedai2 di sepanjang jalan tepi Sungai Sarawak.


23 Februari 2014
Penerbangan pulang ke semenanjung pukul 3 ptg. Jadi pagi tu destinasi yang dituju adalah Pasar Satok...Nak beli Terubuk Masin. Sebelum tu sempat lg princess bergambar dgn naga dia..kata pun masa tu br lps CNY kan.


Lepas dah shopping Ikan terubuk masin, destinasi wajib dan terakhir yang kitaorg lawati adalah Kedai kek Lapis...Memang pelbagai jenis kek lapis yang terdapat di sini. Kedai yang menjadi pilihan kitaorg adalah Mira Cake House. Dijual dengan harga RM10 satu pek dan Beli 10 Percuma 1. Menarik kan...


Aktiviti kitaorg berakhir dengan beli kek lapis. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar dan ia merupakan satu pengalaman yang baru. 







Monday, May 5, 2014

Short Vacation - Balik Kampung Jer Pun...

Aktiviti sempena cuti hari buruh 1 May 2014 - 4 May 2014. Apa lagi klu cuti lelama nie klu tak balik kmpg kan..Last balik kmpg bulan 3 aritu. Banyak tujuan sbnrnyer balik kampung kali nie. Antaranya adalah:
  1. Sebab husband ader kursus di Penang dari ari isnin hingga rabu tu. So, dia balik dulu n aku balik kemudian ngan anak2 ari rabu tu.
  2. Nak g naik Bukit Bendera. Rasanyer dah lama x naik Bukit Bendera tu.
  3. Rindu nak makan pasembor Padang Kota
  4. Nak buat lawatan sosial ke USM...USM di hatiku..
  5. Nak berurut. lepas buat D&C aritu relax jer kan x berurut aper langsung.so, balik kampung nie bleh ler cari orang utk urut.
1 May 2014
ader aktiviti tambahan untuk ari nie...Lawatan ker Padang Besar. ahahaha...cam lawak plak biler kata lawatan kan. padahal g ngan sebijik Alza jer..apa lagi husband pun borong jersey ler biler ke sana. aku kononnya nk beli periuk pengukus sbb dh rajin wat kek kukus kan sekarang tapi biler pikirkn x cukup tmpat plak dalam Alza tu nnt.jadi terbataller niat beli periuk pengukus tu..beli t-shirt jer 2 helai...jangan lupa biler g Padang Besar mesti pekena pulut ayam...


Otw blk jangan lupa singgah beli harum manis plak. skang nie kan musim harum manis di Perlis. Sekilo haru manis RM25. amik kaw...beli 3biji = RM30. kiranyer sebiji rm10..tp bab rasa cm biasa jer...ker Tipah Tertipu.


Balik dari Padang Besar singgah ke Alor Setar plak makan Mee Abu..terletak di Jalan Sultanah tepi landasan ketapi..alamak, terlupa plak amik gambo rupa mee Abu tu.

Aktiviti arini belum berakhir...malam plak kitaorg semua g tgk Spiderman kat Sunshine Bertam..Wah..Bertam dh ader panggung wayang. Senang dh ler bebdk KMPP nk g tgk wayang skang..klu dulu masa tahun 2000 Bertam nie hanya ader KFC kat stesen bas tu jer.hihihi...Aryssa seperti biasa br tgk 5min dh lelap..senang citer. dapatler layan Spiderman ngan aman..Tp cam kurang best jer Spiderman kali nie...


2 May 2014
Aktiviti arini ader dalam checklist..g Bukit Bendera.Dah 8 tahn x naik Bukit Bendera nie. Rupanyer dh berbeza sesgt. mmg dh ckp ngan hubby kena bertolak awal sbb takut org ramai..kitaorg sampai dlm kul 10. kira ok ler beratur nk beli tiket ader dlm 6 org jer kat depan. total tiket Keretapi Bukit Bendera utk 2 dewasa 1 kanak-kanak = rm17. Aryssa x perlu lagi sbb x cukup 4thn lagi. rupanyer waktu menunggu pun dh x lama cam dulu. yang paling mengejutkan adalah perjalanan keretapi Bukit Bendera skang utk naik sampai ke atas hanya dlm 5min.Wah...x sempat fefeeling Ali Setan dh sampai dah.uhuhu...





Turun jer dari Bukit Bendera kitaorg trus ke destinasi seterusnya...USM Dihati. masih dalam checklist destinasi yang perlu dituju..



Dari USM g Chowrasta jap...konon nk g cari baju melayu untuk raya tapi cm x banyak pilihan la plak. so, aper lagi pasembor Padang Kota..Tadaaa..


Last aktiviti utk arini adalah balik umah tok hubby kat Kota Kuala Muda...Done lawatan ari ke-2.

3 May 2014
Arini ulangtahun hari kelahiran kelahiran adik aku Adib Farhan yang ke 16..so, beli kek utk atas dua nama ler skali ngan abang dia Asyrani yang lahir bulan 4...


Klu ptg semalam balik umah tok hubby, ptg nie balik umah tok aku plak kat Kuala Ketil. Balik dari umah tok g makan2 celebrate besday adik di restoran LeBoss Cafe Restaurant di Lagenda Height. Rasa makanan n harga yang agak berbaloi...klu ader yang berminat nk mencuba boleh call dulu untuk booking. sbb klu memlm agak full house di sini..bleh call 012-4920556 untuk booking.


Chicken Chop

Nasi Goreng Cina 

Spagethi Carbonara Seafood

Lamb Chop
Tamat sudah percutian balik kampung kali nie...4 may tu perjalanan balik ke Home Sweet Home jer..yang menariknyer perjalanan arini 7jam...uhuhu...selalu 5 jam dh smpi dah. penangan PLUS highway yang jammed...So, aper komen...aik, cm tertinggal satu daripada aktiviti checklist..berurut. sempat jer lagi. pagi ahad tu sebelum bertolak balik sempat panggil tukang urut datang berurut di umah. best sgt...urut satu badan baru rm30. Jimatkan...balik nnt bleh panggil dia lagi ler..