Bulan Disember dah tiba bermaksud, x lama lagi anak2
kita akan mula bersekolah bagi yang dh bersekolah. Bagi yang masih bwh umur (5thn
ke bawah) mesti ler diorg ke Taska kan…
DEFINISI
TASKA
Mana-mana premis yang
menerima masuk empat (4) orang atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat (4)
tahun untuk dijaga dan diasuh dengan menerima upah
AKTA
TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK 1984 (Akta 308)
Akta Taman Asuhan
Kanak-Kanak 1984 digubal bertujuan:
- Memastikan
setiap TASKA yang ditubuhkan berdaftar
- Mengadakan
pemeriksaan dan pengawalan
- Menentukan
kebajikan, kesejahteraan, keselamatan dan perkembangan menyeluruh
kanak-kanak diutamakan
KATEGORI
TASKA
- TASKA di Institusi- Menerima 10
orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
- TASKA di Tempat Kerja- Menerima 10
orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Ditubuhkan di tempat
kerja
- TASKA Komuniti- Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan- Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri
- TASKA di Rumah- Menerima kurang daripada 10 orang kanak-kanak dalam jagaan
Sekadar
pengkongsian bersama ibu-ibu yang nak hantar anak2 ke taska. Ini berdasarkan
pengalaman saya dan ini merupakan pandangan dan pendapat saya sebagai seorg ibu.
Mungkin ibu2 diluar sana ader yang lebih arif daripada saya…
Kriteria
pertama
- lokasi taska itu terletak di antara perjalanan saya ke ofis. Kiranyer x perlu
ler patah blk untuk ke ofis dari taska tersebut.
Kriteria
kedua
– berhampiran dengan ofis adalah satu kelebihan sbb klu misalnyer terjadi kes2
kecemasan seperti demam panas, kita bleh cepat smpi ke taska tersebut n bwk
anak ke klinik.
Kriteria
ketiga
– Taska yang berdaftar. Walaupun ia criteria ketiga tapi ia merupakan criteria yang
paling penting dalam pemilihan saya untuk antar anak ke Taska. Kekdg pengusaha2
taska nie akan beritahu yang taska tu berdaftar tapi sebenarnyer xder pun dalam
Senarai Taska Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Anda bleh semak senarai taska berdaftar di sini:
Ada juga pengusaha yang memberitahu bahawa diorg
dalam proses untuk pendaftaran dengan pihak JKM. Tapi kita sebagai ibu bapa harus mengambil
yang sebenarnyer banyak syarat2 yang perlu dipatuhi sebelum sesebuah taska tu
dapat didaftarkan dengan pihak JKM.
SYARAT-SYARAT
PENUBUHAN TASKA
- Premis berdaftar dengan
Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Pendaftar Pertubuhan (ROS)
- Premis mendapat sokongan/kelulusan
daripada agensi-agensi teknikal iaitu:
- Pihak
Berkuasa Tempatan (PBT)
- Jabatan
Bomba dan Penyelamat; dan
- Jabatan
Kesihatan
- Jabatan
Tanah dan Survei (Sarawak sahaja)
3. Memenuhi
standard minimum Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
STANDARD MINIMUM JKM
Di antara standard
minimum yang ditetapkan adalah seperti berikut:
- Nisbah pengasuh dengan kanak-kanak
mencukupi- Di bawah umur 3 tahun - 1:5- 3 hingga 4 tahun = 1:10-
Kanak-kanak OKU = 1:4
- Pengasuh merupakan warganegara
Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
- Pengasuh telah hadir dan lulus
Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak (KAAK)
- Mematuhi nisbah kanak-kanak dengan
ruang lantai iaitu 3.5 meter persegi bagi seorang kanak-kanak dan 2.5
meter persegi bagi seorang kanak-kanak TASKA di rumah
- Menyedia dan mempamerkan jadual
menu makanan yang seimbang dan jadual aktiviti harian mengikut peringkat
umur kanak-kanak
- TASKA mempunyai kemudahan
peralatan dan perabot yang sesuai, selamat dan mencukupi bagi keperluan
kanak-kanak
- Menyedia dan menyenggara
rekod-rekod di TASKA
- Menjaga kebersihan dan keselamatan
di dalam dan luar premis TASKA
KURSUS ASAS ASUHAN
KANAK-KANAK
- Pengusaha,
penyelia dan pengasuh TASKA diwajibkan hadir dan lulus Kursus Asas Asuhan
Kanak-Kanak yang diiktiraf oleh JKM
Kriteria Keempat – Kebersihan taska itu sangat2 saya pentingkan sbb
anak saya akan berada di Taska tersebut selama 8jam sehari 5 hari seminggu. Bermaksud
klu taska tersebut tidak bersih anak2 kita juga akan terdedah dgn penyakit
berjangkit yang muncul daripada persekitaran yang kotor. Kebersihan ini pula
perlulah sepanjang masa bukan setakat ketika awal tahun saja sewaktu ibu bapa
mula2 menghantar anak2 tp selepas itu dibiarkan tanpa kawalan.
Kriteria Kelima – Keselesaan. Adakah anak kita selesa untuk berada
di situ sepanjang tempoh peninggalan kita dan adakah kemudahan yang terdapat di
taska tersebut mencukupi untuk keperluan anak2 kita.
Kriteria Keenam – Kriteria terakhir yang saya akan tanya adalah
dari segi bayaran. Pada saya, saya xnk mempertaruhkan keselamatan anak2 saya
dengan wang ringgit. Saya x kisah untuk berbelanja lebih untuk anak2 asalkan
anak2 saya dapat berada di taska yang tepat ketika saya bekerja. Selagi saya
mampu saya akan berusaha berikan yang terbaik untuk anak2 saya.
Sebenarnya negara kita telah
meperuntukkan beberapa undang2 ke atas TASKA yang tidak
berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi tidak mematuhi piawaian JKM adalah
melakukan kesalahan dan boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- Didakwa
di mahkamah dan boleha) didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjarakan
selama tempoh tidak melebihi 2 tahun atau kedua-duanyab) bagi kesalahan
kedua dan berikutnya boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara
selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya
- Dikenakan
kompaun maksimum RM5,000 bagi setiap kesalahan
- Pendaftaran
TASKA dibatalkan
- TASKA
diarah tutup
Pada ibu bapa yang bakal
hantar anak ke taska, diharap pengkongsian ini dapat membantu. Sesungguhnyer setiap
orang mempunyai pandangan dan pendirian yang berbeza. Tepuk Dada Tanyalah
Selera.
Untuk diri saya sebagai
ibu bapa saya bersykur dipertemukan dengan Taska Dunia Elit di Puncak Jalil dan
Taska I-Play Techzone di Cyberjaya. Walaupun kekadang terdapat percanggahan pendapat
tapi pemilik2 kedua-dua taska ini bijak menyakinkn parent yang aper yang mereka
buat itu bersebab tanpa menyalahkan ibu bapa. Yang pasti dalam soal ibu bapa
dan taska tolak ansur/persefahaman adalah sangat penting.